Tuesday, November 23, 2010

iOS 4.2 is OUT!!!!


Ramalan kebanyakan pemerhati Apple nampaknya tersasar dari target asal nampaknya kerana hari ini Apple telah mengeluarkan iOS 4.2 yang boleh digunakan pada iPad, iPhone dan iPod.

Dengan beberapa fungsi yang menarik seperti Air Print, Air Play dan yang paling memberangsangkan ialah Find my iPhone, iPad or iPod Touch ianya menjadikan iOS suatu yang dinanti nanti oleh pengguna peralatan Apple ini.

Fungsian Track my iPhone, iPad and iPod Touch yang sebelum ini perlu melanggan perkhidmatan Mobile Me yang kos nya dianggarkan RM300 percuma untuk pengguna iPhone 4, iPad dan iPod generasi ke-4.

Selain itu iOS 4.2 ini juga datang dengan banyak lagi fungsi menarik seperti Text Tone di mana pengguna boleh menetapkan bunyi untuk orang tertentu. Biase orang buat kat isteri ke, girlfriend ke, ahli keluarga ke.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, layarilah laman web apple di www.apple.com/ios/

Selamat memuat naik iOS 4.2.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Credit to the owner
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM
PANDU SELAMAT BAGI MEREKA YANG PULANG KE KAMPUNG MACAM PENULIS NI.

Monday, November 15, 2010

Kelambatan iOS 4.2 - Dijangka keluar 24 November 2010 ini.

Dalam post yang lepas, penulis ada menyatakan desas desus yang iOS 4.2 akan keluar pada Jumaat lepas. Sabtu pagi tu punye lah semangat bukak safari dan pegi ke web apple.com dan tengok bahagian iphone iOS. Alih-alih, kat web mereka masih tiada perubahan. Sekali pegilah riki kat mane-mane sumber yang boleh dijadikan panduan.
Credit to the owner

Menurut sumber, Apple terpaksa menukar tarikh pengeluaran iOS 4.2 disebabkan masalah teknikal yang dihadapi pada iPad.

Tapi yang pasti iTunes10.1 dah pun boleh dimuat turun dari laman web Apple atau update dari iTunes10 sendiri.
Jadi kita tunggu jelah 9 hari dari post ni ditulis. Harap-harap kali ni iOS 4.2 dapat dimuat turun pada hari tersebut.

Wednesday, November 10, 2010

Apple iOS 4.2 dikeluarkan Jumaat ini?

Steve Jobs sewaktu pengenalan iOS 4.2 kepada pembangun aplikasi iPhone.
Dengar kabarnya, Apple akan mengeluarkan sistem operasi iPhone barunya iaitu versi 4.2 pada hari Jumaat ini. atau dengan tepatnye, November 12, jam 10 pagi waktu dieorang. Apple akan mengeluarkan sekali iTunes 10.1 pada hari sebelumnya.Ini berdasarkan bisik bisik dari orang yang bekerja dalam satu kumpulan penyedia telekomunikasi yang bekerjasama dengan Apple ni.

Dalam update terbaru ni, iOS 4.2 ni akan membolehkan multi-tasking dalam ipad dan meningkatkan keupayaan iphone 3G. Selain daripada tu, tidak didedahkan sangat apa yang bakal dalam dalam update kali ni, tapi yang pasti, memang lagi bagus dari sebelumnya.

Yelah, semua ini tak pasti lagi sebab kate pon kabar angin, tetapi, kalo diikutkan sejarah dan juga rentetan masa sebelum ini, biasanya kalo iTunes keluar hari ni, esoknya mesti keluar iOS.

So sama-samalah kita nantikan Jumaat ini macam mana. For sure, penulis akan download new iOS ni sebaik je available. haha. Layan lebih skit.

Adios.