Tuesday, December 28, 2010

Bahaya silap paham

Dipetik dari sumber terkenal, asscrewz.org untuk kongsian bersama.


Sebuah kisah btol di ofis

 Ayub:man pinjam la last kopek..pleaseee.....
Man:yela2 mimi mtk kopek ats meja..

mimi pun tampar kedua2 laki tersebut dan berlalu,
Mimi:xde benda len ke nk sbut..

Ayub org selangor....last kopek= btol2 last
Man org kedah..kopek= beg duit
mimi org kelantan kopek = buah dada

berhati2 ketika gunakan perkataan kopek

Wednesday, December 8, 2010

iPad 2 dalam masa 99 hari lagi!

Baru macam terdetik nak usha iPad, sekali ada desas desus yang iPad 2 akan mula dipasarkan dalam bulan 2 2011 iaitu lebih kurang 99 hari dari entri ini dituis. Dengar khabarnya lagi, untuk permulaan ni, lebih kurang 400 000 hingga 600 000 iPad 2 akan dikeluarkan oleh Foxconn iaitu pengilang untuk versi iPad 2 ini.

Ada sumber mengatakan sepatutnya, pengeluaran secara besar-besaran akan dibuat pada Januari 2011, tapi terpaksa tunda ke Februari kerana Apple masih lagi tengah buat pengujian kat firmware iPad2. Produck Apple yang bakal keluar nanti kene menjalani ujian yang lasak serta sangat terperinci sebabnye xnak masalah yang kita semua sedia maklum, 'Antennagate'

Dalam iPad2 ni, dikhabarkan mempunyai kamera hadapan untuk 'FaceTime' atau mungkin juga Web Cam, Retina Display and Gyroscope. Mungkinlah kan. Kalau Apple ni tak sayang pelan bisness die, die boleh lah letak memory card slot expansion ke, macam yang ada kat Galaxy Tab tu yang mane tak akan berlaku kot.

Seperti yang kita tengok sebelum ni, Apple selalu buat pengumuman produk baru mereka setiap tahun seperti iPhone bulan Jun, iPod bulan September dan bulan Januari untuk iPad. Jadi, boleh bajetlah biler produk-produk mereka nak keluar setiap tahun. Kalau delay pon dalam seminggu or sebulan je.

Tuesday, November 23, 2010

iOS 4.2 is OUT!!!!


Ramalan kebanyakan pemerhati Apple nampaknya tersasar dari target asal nampaknya kerana hari ini Apple telah mengeluarkan iOS 4.2 yang boleh digunakan pada iPad, iPhone dan iPod.

Dengan beberapa fungsi yang menarik seperti Air Print, Air Play dan yang paling memberangsangkan ialah Find my iPhone, iPad or iPod Touch ianya menjadikan iOS suatu yang dinanti nanti oleh pengguna peralatan Apple ini.

Fungsian Track my iPhone, iPad and iPod Touch yang sebelum ini perlu melanggan perkhidmatan Mobile Me yang kos nya dianggarkan RM300 percuma untuk pengguna iPhone 4, iPad dan iPod generasi ke-4.

Selain itu iOS 4.2 ini juga datang dengan banyak lagi fungsi menarik seperti Text Tone di mana pengguna boleh menetapkan bunyi untuk orang tertentu. Biase orang buat kat isteri ke, girlfriend ke, ahli keluarga ke.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, layarilah laman web apple di www.apple.com/ios/

Selamat memuat naik iOS 4.2.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

Credit to the owner
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM
PANDU SELAMAT BAGI MEREKA YANG PULANG KE KAMPUNG MACAM PENULIS NI.

Monday, November 15, 2010

Kelambatan iOS 4.2 - Dijangka keluar 24 November 2010 ini.

Dalam post yang lepas, penulis ada menyatakan desas desus yang iOS 4.2 akan keluar pada Jumaat lepas. Sabtu pagi tu punye lah semangat bukak safari dan pegi ke web apple.com dan tengok bahagian iphone iOS. Alih-alih, kat web mereka masih tiada perubahan. Sekali pegilah riki kat mane-mane sumber yang boleh dijadikan panduan.
Credit to the owner

Menurut sumber, Apple terpaksa menukar tarikh pengeluaran iOS 4.2 disebabkan masalah teknikal yang dihadapi pada iPad.

Tapi yang pasti iTunes10.1 dah pun boleh dimuat turun dari laman web Apple atau update dari iTunes10 sendiri.
Jadi kita tunggu jelah 9 hari dari post ni ditulis. Harap-harap kali ni iOS 4.2 dapat dimuat turun pada hari tersebut.

Wednesday, November 10, 2010

Apple iOS 4.2 dikeluarkan Jumaat ini?

Steve Jobs sewaktu pengenalan iOS 4.2 kepada pembangun aplikasi iPhone.
Dengar kabarnya, Apple akan mengeluarkan sistem operasi iPhone barunya iaitu versi 4.2 pada hari Jumaat ini. atau dengan tepatnye, November 12, jam 10 pagi waktu dieorang. Apple akan mengeluarkan sekali iTunes 10.1 pada hari sebelumnya.Ini berdasarkan bisik bisik dari orang yang bekerja dalam satu kumpulan penyedia telekomunikasi yang bekerjasama dengan Apple ni.

Dalam update terbaru ni, iOS 4.2 ni akan membolehkan multi-tasking dalam ipad dan meningkatkan keupayaan iphone 3G. Selain daripada tu, tidak didedahkan sangat apa yang bakal dalam dalam update kali ni, tapi yang pasti, memang lagi bagus dari sebelumnya.

Yelah, semua ini tak pasti lagi sebab kate pon kabar angin, tetapi, kalo diikutkan sejarah dan juga rentetan masa sebelum ini, biasanya kalo iTunes keluar hari ni, esoknya mesti keluar iOS.

So sama-samalah kita nantikan Jumaat ini macam mana. For sure, penulis akan download new iOS ni sebaik je available. haha. Layan lebih skit.

Adios.

Wednesday, October 27, 2010

Firefox Flaw - Budak 12 tahun dapat $3000

Siapa sangka, menghabiskan masa 90 minit selama 10 hari membolehkan kanak-kanak dari San Jose ini, Alex Miller mendapat wang ganjaran bernilai $3000 (MYR9,330) daripada pemaju browser Firefox di atas penemuan "critical flaw" yang membolehkan pengodam mengeksploitasi browser pengguna samada untuk menjahanamkan browser tersebut ataupun membuat arahan jarak jauh (remote control command) untuk mencuri maklumat yang disimpan dalam browser mereka seperti katalaluan dan sebagainya.

Menurut sumber, Miller ni dikenali sebagai kipas susah mati Firefox sebabnya nak mengejar wang ganjaran yang ditawarkan oleh Firefox. Sebelum ini wang ganjaran yang ditawarkan hanya $500, tapi biler tahu je mereka dah naikkan jadi $3000, itu yang buat si Miller ni tekun je cari bugs kat browser Firefox ni. Sebelum ni, die pun pernah melaporkan kecacatan yang lain yang ada kat Firefox, tapi tu tak melayakan dia untuk dapat wang ganjaran ni.

Jadi korang sume, jangan lupe selalu pastikan browser Firefox korang updated setiap masa. Bukan apa, kita ni sapelah sangat sampaikan orang nak hack atau exploit kitakan, tapi harus diingat, hacker-wannabe selalu berkeliaran di alam siber sane. Jadi, tak salah untuk layan lebih kalau melibatkan hal-hal keselamatan ni.

So, kali ni memang berbaloilah pencarian die selama ini. Bayangkan budak 12 tahun macam ni dah tahu selok belok coding, serta lagik dan algoritma program. agak-agak ape keje part time die biler besar nanti? - WOW..
Bersama Cheque yang dimenangi dan coding yang diwarnakan di belakang

Tiada White iPhone 4 Untuk Tahun ini?

Dengar khabarnya, iPhone 4 putih tidak akan dipasarkan sehingga musing panas tahun depan atau lebih tepat lagi dalam bulan Mei 2011. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Apple sendiri. Jadi, meloponglah orang yang tunggu iPhone 4 versi putih ni keluar. Mane ke tidaknye, setahun lepas iphone 4 keluar, lagi setahun, baru iphone 4 putih dikeluarkan.

Tapi kalo tengok secara kasarnya, tak ade perbezaan fungsi pun dengan iPhone 4 yang biasa tu cume dari segi luaran je lah. Apple pulak cakap, mereka mengalami masalah dalam menghasilkan component untuk iPhone 4 putih ni. Ape yang susahnye tak tahulah., TETAPI, banyak juga spekulasi yang mengatakan sebab Apple melambatkan pengeluaran mereka sebab mereka sedang bertungkus lumus untuk membaiki masalah melibatkan "antennagate" (walaupun penulis tak pernah mengalami situasi sebegitu).

Tapi adakah ini salah satu strategi bisnes mereka? Ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah atau macam mana rupabentuk iPhone 5 tahun depan termasuklah penulis sendiri, tetapi tup tap tup tap, alih alih, bulan 6 tahun depan (2011), iphone 4 putih yang dilancarkan mereka. Siapa tahu.....

Tuesday, October 12, 2010

Ada Apa Dalam iPhone 4?

Pernahkah anda terfikir apekah yang menghuni atau apekah alatan disebalik penciptaan iphone yang seperti dikatakan oleh "steve Jobs" sebagai "Creation & Innovation". Pernahkah anda terfikir yang semua chip dan mikroprosessor dalam iphone 100% datangnya dari Apple? Jawapannya TIDAK.


Berikut adalah tulang belakang yang kuat makan bateri di sebalik iphone ini.

Skrin Sentuh
Ni dia. Salah satu bahagian paling berteknologi tinggi, berharga, paling penting, gempak gler, cun, perkh, meletup, tak hinggat... (mcm iklan celcom lah plak).Bahagian yang memang pengguna akan tengok tiap-tiap hari. Untuk pengetahuan korang, skrin ni dikilangkan oleh Corning Gorilla Glass di mana satu lembaran kaca  tipis yang  diperkuatkan secara kimia dengan alkali aluminosilikat  yang dilaporkan 20 kali lebih kukuh dan 30 kali lebih keras daripada plastik. Tapi kot ye pon, jangan lah cuba-cuba pijak yang kawan punya ok.

Gorilla Glass ni juga kalis cap jari dan juga dan sebab tulah kat USA sane, Apple tak kasi AT&T jual "screen protector" bersama dengan iphone4 mereka sebab mereka cakap yang sedia ada dah cukup tapi bagi mereka yang memang dok ikat perut siang malam membanting tulang kumpul duit nak beli iphone4 ni, "extra protection" tak salah kot.

Pemproses
Inilah tukang pikir dan saraf tunjang untuk telefon ni. Pemproses A4 ni dikilangkan oleh Samsung. Jadi tak hairan lah kenapa ada pemproses setanding iaitu (A8) dalam Samsung Galaxy Tab - Rujuk artikel lepas. Samsung Wave 8500 pun pakai A8 Core yang sama.
Menggantikan Samsung S5PC100 ARM A8 600 MHz CPU yang digunakan dalam 3GS, iphone 4 ni pakai ARM Cortex A8 core, macam abang besar die lah iaitu  iPad.. iPad A4 clock die pada 1GHz. Laju tu....

3-Paksi Gyroscope.
Setakat ni, hanya iphone 4 je yang ada fungsi ni sebab menurut sumber, buat mase sekarang, ST Micro buat untuk iphone 4 sahaja. Chip-chip dalam gambar tu mewakili

  • Skyworks SKY77542 Tx–Rx iPAC™ FEM untuk Dual-Band GSM/GPRS: 880–915 MHz dan 1710–1785 MHz bands.
  • Skyworks SKY77541 GSM/GRPS Front End Module.
  • ST Micro STM33DH 3-axis accelerometer
  • TriQuint TQM676091
  • 338S0626

Kamera
Ha... yang ni pulak permata iphone4 ni. 5MP kamera belakang untuk tangkap gambar yang beresolusi tinggi. 720p video pada 30fps serta ciri tap to focus dan flash LED. Yang ni Apple buat kot sebab tidak dinyatakan sumber lain.

Peranti Tanpa Wayar (Wireless Device)

Broadcom memang terkenal di kalangan laptop dan beberapa peranti lain dalam membekalkan khidmat jaringan tanpa wayar ni. Tidak lupa jugak untuk iphone. Apple juga menggunakan khidmat Broadcom untuk peranti tanpa wayar mereka. Broadcom BCM4329FKUBG 802.11n dengan Bluetooth 2.1 + EDR dan FM receiver dan Broadcom BCM4750IUB8 untuk single-chip GPS receiver.


Jadi begitulah serba sedikit mengenai pendedahan isi perut iphone 4 ni. Dah menjadi adat dalam bisnes ni saling memerlukan antara satu sama lain. Bisnes to bisnes la katekan.

Friday, October 1, 2010

Black Mentor vs Yus KSN

Semalam penulis ada menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh klient kiteorang iaitu Kompleks Sukan Negara. Sambil-sambil makan tu, kiteorang pun dihiburkanlah oleh dendangan lagu lagu raya sepanjang zaman.

Untuk merancakkan lagi majlis, kiteorang dihiburkan pulak dengan artis-artis jemputan seperti Ezlynn, Black Mentor dan Farawahida. Nak dijadikan cerita, mase Black buat persembahan, kiteorang semua memang pecah perut dek gelagat Black yang beramah mesra dengan para jemputan yang hadir ditambah pulak dengan sorang abang fotografer yang memang sporting habes campur gila kepala skit. hehe. Memang tak keris gusi kiteorang.

Dan sampailah mase yang dinanti-nanti dalam banyak-banyak adegan ni. Kalo tengok video di atas, mase last lagu Sofia Jane tu, ade seorang gadis yang turun menyanyikan lagu tu dengan penuh lunak dan merdu kan dan untuk lagu terakhir ni, Black telah menjemput gadis yang bernama Yus ni untuk tampil ke pentas bagi mendendangkan lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain. Lagu ni, tau tau je lah. memang pecah tekak la kalo nak nyanyikan. Maklumlah, pitch tinggi. Dalam ni korang boleh jugde sendirilah performance dieorang erk.

Tuesday, September 28, 2010

Senarai Laptop Terbaru Sept 10


Selepas berhempas pulas follow up dengan pembekal, akhirnya dapatlah jugak senarai terbaru laptop dari mereka dan terus mengemaskini laman blog untuk dimuat naik.

Anda bolehlah usha-usha skit kat laman tu, kot-kot ada yang berkenan ke nak beli. Harga mungkin akan disemak semula dalam jangka mase terdekat. Penulis nak tengok dulu harga optimum untuk kemudahan user-user yang nak beli laptop kat luar sana juga. Tapi yang pasti, harga selepas semak tidak akan melebihi harga pasaran. Kalo tak, sape nak beli ye tak?

Nantikan update dari penulis. Salam.

Thursday, September 23, 2010

Digi pun lancar iPhone 4 pada 24 Sept 2010

Digi telah mengorak langkah seiring dengan pesaingnya dengan bakal melancarkan iPhone 4 pada 24 September ini iaitu esok dan pakej-pakej telahpun dapat dilihat di laman web mereka yang diletakkan pada jam 6 tadi. Server load sangat tinggi time jam 6 tadi dek ramai yang nak dapatkan info mengenai iphone ni.

Karnival iphone 4 akan diadakan di Quill 9 Petaling Jaya hujung minggu ini manakalah Maxis pula sedang rancak dengan pelancaran di The Gardens, Midvalley sekarang ini.

Nuff said. Hanya tunggu masa je ni. Cant wait to get my hand on it.

Tablet PC: Galaxy Tab vs Ipad? Mari kita baca sapa yang menang..

Sekarang ni, ramai org berpusu pusu nak buat tablet pc selepas iPad keluar dengan supersize iphone nye. Jika sebelum ini kita ada Dell Streak, tetapi skrang, Samsung keluar dengan versi supersize untuk Samsung Galaxy S yang diberi nama Samsung Galaxy Tab. Dok berceloteh panjang pun tak guna, pekata kita lihat perbandingan antara dua tablet iaitu Galaxy Tab dengan iPad ni.

Kelajuan


Dari segi kelajuan, dua tablet memang macam kembar cume tak seiras je. Nape penulis cakap macam tu sebab mereka ni mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dalam cara mereka sendiri. Tapi yang pasti memang saing-saing. Mane ke tidaknye. Pemproses Apple A4 dengan A8 Cortex CPU datang dari keluarga yang same. Sumber yang sama tetapi halatuju berbeza. Pemenang: SERI.

Saiz


Kalo tengok kat gambar tu, siap boleh pegang satu tangan lagi, sah sah macam Galaxy Tab yang menang. Tak terlalu besar, boleh letak dalam beg tangan pempuan lagi. (sebab biasa beg tangan pempuan besar-besar kot) hehe. Jangan marah. Satu lagi dengan dimensi netbook, jadi sape-sape yang pernah tengok netbook tu, mesti dah boleh bajet die punye saiz. Pemenang: Galaxy Tab


Skrin


Selain daripada LED backlighting yang efisien dengan 9.7 inci lebar, iPad menggunakan In Place Switching (IPS) menjadikan iPad ni, tak boleh ditandingi oleh pesaing-pesaing yang lain. Dengan kata lain, ianya mempunyai sudut pandangan yang lebih luas daripada biasa di mana LED biasa hanya menggunakan teknologi Twisted Numertic (TN). Keupayaanya boleh dilihat pada laptop-laptop yang ada kat pasaran skrang ni. Kalau tengok movie ramai-ramai tu, memang ada yang akan tak nampak penuh muka pelakon sebab macam overshadown skit image die.  Pemenang: iPad


Applikasi


Kalo dilihat skrang ni, pembangun application iPad sedang rancak dibangunkan dan sekarang sudah ada lebih dari 25 000 applikasi dan ianya juga boleh main game iphone tapi dalam skala kecillah dan aplikasinya pun menceecah 25 000. Sama juga untuk Galaxy Tab, tetapi senarai rasmi application yang betul-betul dibuat untuk Galaxy Tab belum dikenal pasti lagi. Jadi untuk kali ini, kita kasi iPad dlu sebagai pemenanglah yer. Pemenang: iPad


Kamera


Part ni memang dah jelas lagi bersuluhlah siapa pemenangnya. Adalah Apple sengaja tak letak kamera kat generasi pertama iPad ni sebagai salah satu strategi bisnes mereka? - Mungkin. Lihat saja keluaran iPhone sebelum ini. Galaxy Tab mempunyai 3MP kamera belakang dengan LED flash dan 1.3MP kamera hadapan. Malah ia juga boleh ambil gambar HD lagi. Galaxy Tab 1, Apple 0. Pemenang: Galaxy Tab


Hayat Bateri


Samsung tak siarkan lagi keterangan lengkap mengenai hayat bateri mereka, dan kalau diikutkan, iPad mendahului. Samsung cakap dengan 4000 mAh, Tab boleh operate 7 jam, tapi iPad boleh sampai 10 jam. Sekali lagi, kite kasi iPad lah menang sehingga Samsung betul-betul boleh kompem jangka hayat bateri kt Tab ok. Pemenang: iPad


Sokongan Media


Agak-agak sape lah boleh lawan Apple dalam memainkan video atau audio? Well, Flash die tak boleh main, tapi Galaxy Tab boleh. Selain itu, Tab jugak akan ada sokongan untuk DivX, Xvid dan WMV tapi iPad tak ada sokongan untuk semua tu. Pemenang: Galaxy Tab.


Kesimpulan


Secara kasarnya, Samsung Galaxy S macam iPad yang beroperasi guna Android. Secara jujurnya, ianya tak menjadi satu ancaman kepada pengguna iPad yang sedia ada untuk bertukar kepada Tab yang mana sibuk mencuba 25 000 aplikasi sekarang ini.. Tapi kalo dah banyak duit, why not kan? hehe. Tapi kalo dilihat dengan lebih mendalam, ade beberapa sebab Galaxy Tab ni boleh menjadi peranti yang diidamkan sesetengah pihak. Ia boleh ambik gambar, konferen video, tengok movie dalam banyak format termasuk lah FLV yang mana iPad tak support.

Untuk tahap ini, biar pembaca yang membuat pilihan serta pendapat berdasarkan point-point yang dikongsi.
Sehingga Galaxy Tab menjadi kenyataan, kita berceloteh lagi. Salam.

Maxis lancar iPhone 4 pada 24 September

Maxis, pelopor pertama dalam menyediakan iphone kepada penggunanya sekali lagi telah mendahului pesaing yang lain dengan menlancarkan iphone 4 pada hari esok, 24 september 2010 di The Gardens, Midvalley.

Jika di lihat di dalam laman web Maxis, sudah tertera beberapa pembaharuan yang sudah diselaraskan dengan ketibaan iphone ini. seperti pakej-pakej terbaru, senarai harga yang semestinya sedikit mahal daripada harga yang sepatutnya kalau kita tukarkan nilai mata wang singapura (apple store terdekat), 16GB berharga RM2290 manakala 32GB RM2690. Mereke jugak menawarkan penyambungan kontrak untk iphone 3gs sebelum ini dan ianya pasti satu strategi bisnes yang pasti menguntungkan mereka.

Sedikit mengenai android, OS nya memang ramai mengakui kestabilan dan kebagusan nya.. tapi, android semuanya mengenai OS itu sahaja, tetapi bukan telefon. Kekuatan iphone bergantung kepada hardware dan software nya sendiri. Memang betol, iphone berada di dunianya sendiri, tetapi itulah yang membuatkan nya unik dan walaupun berada dalam dunianya sendiri, tetapi lihatlah keupayaan mereka untuk bersaing. Terus membangun dan membangun.

Penulis mengakui android memberi saingan hebat untuk iOS. Ibarat telco Digi, Maxis dan Celcom. Tetapi di penhujung hari, siapa jugak yang untung daripada persaingan ini?.. Lu pikirlah sendiri..

Monday, September 20, 2010

Senarai Laptop September 2010

Senarai baru akan dikeluarkan pada minggu ini insyaAllah. Query telah dibuat hari ini kepada pembekal dan sejurus senarai diperoleh, penulis akan letakkan di lamannya.

Kepada yang menunggu, harap dapat bersabar sikit je lagi ok dan terima kasih untuk itu.
Nantikan senarai terbaru daripada saya.

Assalamualaikum..

iPhone 4 dan Digi dan ...

Ianya di sini, ketibaannya di nanti nanti, iya.. iPhone 4 akan tiba di Malaysia pada minggu depan seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Penantian hampir 4 bulan membuahkan hasil apabila Digi akhirnya menyediakan pakej untuk pengguna yang menantikan ketibaan telefon pintar ini.

Seperti yang dilakukan oleh mereka sebelum ini dengan menyediakan iPhone 3Gs, sudah pasti pakej-pakej yang ditawarkan semestinya akan menambat hati pengguna.

Tidak lupa juga pada penyedia telco Maxis yang juga menawarkan iPhone 4 untuk pengguna-pengguna mereka. (Harusslah dieorang pon akan keluarkan jugak next week sebab nak saing ngan Digi).

Kalau diikutkan pada perbandingan yang dibuat sebelum ini, Digi pasti pilihan yang lebih bijak untuk penggunanya yang inginkan perkhidmatan yang baik dan pakej internet yang lebih berbaloi serta jimat untuk wang anda.

Kekal bersama penulis untuk update yang akan datang. Salam.

Tuesday, September 7, 2010

Cuti Raya

Cuti oh cuti raya. Lepas ni, blog ni akan kesepian dari posting selama seminggu sebab penulis balik kampung untuk beraya. Maklumlah, kat kampung tak ade sambungan internet. Tak dapatlah nak update ape-ape perkembangan semasa.

Baju raya semua dah dibeli, persiapan kuih (kuih tunjuk) pun dah beli, kenderaan dah pon bertayar baru (ewaah).. tak sabar rasenye nak pulang beraya di kampung. Ketupat, rendang, satay sedia terhidang. Jumpa kawan-kawan, pergi majlis kahwin member sekolah dulu...


Jadi kepada semua umat islam, Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf Zahir & Batin dan semoga selamat sejahtera perjalanan anda semua.

Monday, September 6, 2010

Server Down


Banyak komplen yang diterima daripada pengguna yang ingin menjalankan transaksi "atas talian" (online) pada pagi ini yang rata-ratanya disebabkan oleh kegagalan network dan internet untuk berfungsi dengan baik.

CIMB, Etiqa, malah internet kat ofis penulis pun mengalami kegagalan. Apekah fenomena yang berlaku ini berlaku di tempat anda juga? dan adakah ini merupakan salah satu daripada satu lagi serangan siber yang dilancarkan pihak yang berkenaan?

Thursday, September 2, 2010

New iPod Touch. Adakah berbaloi?

Adakah berbaloi untuk membeli iPod Touch sedangkan masih banyak telefon yang menawarkan fungsi multimedia yang lebih kurang sama dengan dengan harga yang lebih murah daripada pemain media dari Apple ini.
Dalam satu bancian yang dilakukan oleh sebuat syarikat, 40% berpendapat adalah tidak berbaloi untuk membeli iPod Touch 4 disebabkan terdapat banyak telefon yang mempunyai keupayaan yang setanding dalam memaparkan vidoe berdefinasi tinggi, kapasiti storan yang besar yang datang dalam perlbagai bentuk dan jenis seperti Samsung Galaxy S dan Sony Ericsson XPERIA X10 Mini.

38% peratus berpendapat mereka akan memilih iPod Touch daripada iPhone kerana ianya lebih murah dan bernilai untuk wang pengguna. Walaubagaimana pun, 22% daripada mereka memilih iPod kerana tidak mahu telefon mereka kehabisan beteri jika mereka ingin mendengar lagu atau menonton video lebih-lebih lagi di waktu-waktu kecemasan. Yelah, malang tidak berbau.

Jadi terpulang kepada peribadi dan pilihan masing-masing. Bancian ini dilakukan di US di mana mereka boleh mendapatkan product Apple dengan senang dan harga pun lebih murah berbanding di negara kita. Malahan, berdasarkan keadaan sekeliling komuniti semasa ni, rasanya rakyat malaysia lebih kearah iPhone kalo nak dibandingkan dengan iPod Touch tak gitu?

Yang banyak duit tu lainlah. Boleh beli iPhone dan iPod. iPad pon boleh beli skali kalo mahu. Cume kadang, kita ni boleh tersilap jugak ye.. iPod Touch pon boleh dikatakan iPad. Haish.....

Tribute to Michael Jackson

Sedang melayari internet, ternampak satu klip video yang menarik dari seorang peminat Raja Pop ini.
Tak tahulah samada dieorang ni kembar ataupun teknik video semata-mata.


Credit to the original creator.

Jangan Salah Dial



Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan 
kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji.. 

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada? 

OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong? 
Suami : Siapa ni? 

OG : Saya orang gaji kat sini. 

Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji! 
OG : Saya baru je kerja hari ni. 

Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak? 

OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa? 

Suami : Saya suaminya. 

OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni? 

Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke? 

OG : Ya, encik 

Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta . 

OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong? 

Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.

OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik? 

Suami : Ya. 

OG : (termenung) 

Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi. 

OG : Baik encik… saya lakukan sekarang 

Suami : Cepat!!! Saya tunggu! 

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang.. 

OG : Sudah, encik 

Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah. 

OG : Kolam renang yang mana? 

Suami : Yang di belakang rumah! 

OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang! 

Suami : Yeke ni? 

OG : Iya! 

Suami : Ni kan nombor 5097600? 

OG : Bukan, encik. Sini 5907600. 

Suami : Oh, sori. Salah nombor


Tak tahan tu.. ade pulak pistol dalam laci kat umah tu...

King of Fighters OR King Of Failures Movie??

Satu per satu filem telah diadaptasi dari permainan komputer yang popular mase kita kecil - kecil dahulu. Yang paling dinanti-nanti sebelum ini adalah Dragon Ball. Kalau tak silap penulis, ura-ura mengatakan filem ini akan diterbitkan sejak dari penulis dibangku matrikulasi lagi dengan Leonardo Di Caprio digembar gemburkan akan memegang watak Trunks (mungkin sebab rambut die yang seakan-akan Trunks kot). Tapi alik-alik, tak ade pun dalam filem tu.
Kemudian menyusul pula yang terbaru Tekken. Dengan watak hero yang bermuka jambu tu. alahai.. nasib baik badan tegap. Tapi apa yang kita tonton di dalam komik atau game semua nya macam jauh panggang dari api, atau ibarat langit dan bumi. Mana tidaknya, semua efek, kuasa, malah penampilan watak-watak telah diubah oleh pengarah yang hanya tahu nak buat filem sahaja tetapi tidak mengkaji pun latar belakang atau asal usul filem tersebut dan yang lebih penting, dieorang tak menitik berat pun apa yang ingin ditonton oleh peminat terutama peminat-peminat core sesuatu filem itu. Hasilnya, mula lah tak dapat box office lah, rating IMDB rendah lah, kaw-kaw kene kutuk dengan penilai file macam rottentomatoes dah sebagainya.
Untuk file KOF ni, ramai mengatakan Dragon Ball dan Tekken lagi baik daripada filem ini, jadi anda nilai sendirilah filem ini sendiri berada di tahap mana. Banyak sangat kekecewaan yang ditonjolkan dalam filem ini.
Antara kegagalan filem ini dalam menonjolkan watak mereka:

  1. Sejak bile lah pulak Iori Yagami ikat rambut kat belakang.
  2. mana perginya aura-aura birunya?
  3. mamat ni mane suke berkawan, seingatnya, dia hanya berganding dengan Kyo Kusanagi Masa nak lawan boss je.
  4. Tinju Maut Yagami hilang ntah ke mana
  5. Sama juga dengan Kyo Kusanagi, mana peginya aura api dan Tinju Maut Kusanagi?

Dan banyak lagi kekecewaan yang tak sanggup penulis ungkapkan kat sini. Tapi yang pasti, filem ni tak akan berada dalam koleksi. Sebarang request tidak akan dilayan. hehe..
Jom tengok sikit behind the scene filem ni dan korang boleh tengok sekali muka pengarah yang buat filem ni. Geramm je...

Wednesday, September 1, 2010

Hadiah ulang tahun kemerdekaan malaysia dari hacker Indonesia - FTW??


Banyak lagi yang list yang dieorang post. Tapi takdela penulis nak listkan semua kan.
Rata-rata dari web yang kene hack ni adalah website MLM... takziah diucapkan.. dan adalah jugak beberapa website gomen yang kene. Tapi tu hanya domain sahaja. Bukan core gomen punya laman web pon.

Dan rata-rata laman web yang kene hack juga adalah dari platform joomla yang dimana penulis raselah kan.. dieorang ni tak upgrade kepada latest version ataupun patch seperti mana yang disarankan kepada joomla webmaster selepas serangan Indonesia sebelum ini ke atas laman web core gomen. (siapa yan tahu, tahulah..)
Sejak daripada itu, keselamatan siber sudah dipertingkat. Rujuk artikel ini: FutureGov

Laman-laman web joomla base yang tak upgrade dengan patch terbaru memang sangat mudah terdedah kepada aktiviti hackers-hackers yang noob (baru nak kenal dunia hacking) sebab kat situ dieorang dapat try skill hacking dieorang. Macam burung patah sayap, senang lah nak tangkap kan.

Lagipun, dalam serangan ini, dieorang tidak dapat menguasai seluruh laman web tersebut, cuma berjaya menyuntik SQL ataupun menambah HTML file the dalam laman yang disasarkan. Jadi sebagai webmaster, deletekan sahaja directory ataupun file yang ditambah oleh mereka ini, tukar kata kunci yang lebih rumit, update patch joomla anda dan buang segala possible back door yang dimasukkan oleh hacker-hacker ini.

I wish i could join Malaysian Cyber Defense Squad.....

Saya menang...

Di keheningan petang mase nak balik ke rumah untuk berbuka, tune la ke radio Fly FM seperti biasa. Kedengaranlah alunan-alunan muzik yang dipasangkan di corong2 speaker dalam kereta penulis.

Dok asyik mendengar celoteh si Hafiz, sekali die pon sebutlah "call now to win Continental CC5 tyre in Lyrical Jam contest bla bla bla.... sedang bosan-bosan menunggu lampu hijau di perkarangan trafik Western Digital tu, cuba lah call.. sekali call, x dapat, 2 kali call x dapat... cube la sampai kali yang ke-6... Angkat lah si Hafiz ni... "hello hello hello... who's on the line?.... penulis pon memperkenalkan diri dengan nama Rocky.. dan di situlah bermulanya detik-detik cemas campur gementrar lah sikit nak jawab soalan ni..

Dalam Lyrical Jam ni, DJ akan membacakan lirik lagu yang terpilih dalam cara mereka sendiri.Si Hafiz ni pon ape lagi... bile nak mula tu, die pon baca la....
Just gonna stand there
And watch me burn
But that's alright
Because I like
The way it hurts
Just gonna stand there
And hear me cry
But that's alright
Because I love
The way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie
Rings any bell? haha.. sudah tentu jawapannya pun dah ada dalam lirik tu dan kebetulan pulak, radio memang tengah pasang lagu tu.. dah Allah nak kasi rezeki, maka dengan yakin dan konfidennye penulis menjawab. Pastu buat-buat happy giler skit la kan.. tak kan la nak flat je suara tu kan.. tapi dalam hati tu memang bersyukur habis lah... sebab ape??

Nak dijadikan certa, tayar depan kereta ni memang dah botak licin, memang kalo JPJ check, kompem kene saman kot. hehe. ntah lah.. tapi memang dah masuk tahap bahaya la kalo nak bawak atas jalan. Memang bersyukur sangat2 dapat menang hadiah tu.

So, nak dipendekkan cerita, disebabkan dah nak balik raya minggu depan, call la PIC untuk ambik hadiah ni. Nak redemm voucher ni, kene pegi Sri Pentas kat Fly Fm office,

Boleh la merasa masuk Sri Pentas untuk kali pertama. Adalah sorang dua selebriti nampak.. Paul Moss ngan Farah Fauzana tapi malangnya tak sempat nak ambil gambar pon. Segan campur kekok skit. Maklumlah.. pegi sorang-sorang je kat sana.

Nak dipendekkan lagi, setelah dibukanya pulak sampul surat tu, adala voucher sebenar. Skali kene call Conti-Sime punye PIC untuk ambik tayar yang sebenar.

Tapi kan, rim skrang adalah R14, tapi voucher tu cakap R15..... hurm... macam mana ni??.. jeng jeng jeng..

Halal



Wajiblah juga tiada pencampuran di antara yang halal yang yang haram; contohnye, barangan macam pisau, chopping board, bekas dan lain2.
Pemberitahuan buat teman-teman non-muslimku..

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka yang ke-53

 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53

Semoga Allah merahmati dan memberikan keamanan kepada negara kita yang tercinta.
Amin Ya Allah

Monday, August 30, 2010

Avatar Special Edition in 3D

Ada apa dengan Avatar Special Edition?
James Cameroon sekali lagi tampil ke layar perak dengan killer creation die iaitu Avatar dan kali ini dengan 9 Minit masa tambahan untuk menyiarkan "never been seen footage"
Mungkin tak puas hati dengan ex-wife die kot yang menang award untuk filem Hurt Locker tu.
Kat sini di sertakan skit trailer die.. trailer die pon dah 30 saat. Jom layan skit.


Bagi mereka yang fanatik akan movie ni rasenye memang tak lepaskan peluang untuk menontonnya di pawagam berhampiran kot. Hanya dalam tayangan 3D. Boleh merasa berada di Pandora sekali lagi. 
Ini kata-kata dari penerbit James Cameroon.

[The Earth opening] works very well. It just takes a long time to get the movie started. You have to be sort of predisposed to like the movie like a fan, you know what I mean? And then you can sit and you can have a great ride — a different telling of Avatar. Not inconsistent — it’s just the stuff that happened off-camera.
It’s about 4 1/2 minutes of stuff. And it was in for the longest time. It was very late in the day that we took it out. I walked in one day and said to my two editors, ‘Guys, I want each of you to cut a new version of the start of the film, Reel 1, that doesn’t have any Earth in it at all.’ And they looked at me like I was out of my mind. And I said, ‘No — it’s gonna work.’ They had to figure out the details. I said, ‘Just grab a couple of things to use as flashbacks, and start it in space when Jake opens his eyes.’
Selamat menonton di panggung kepada yang berkenaan... :)


Petronas Merdeka 2010 - Kereta Buruk

Caralah video ni. Smart2... Hee...

Koleksi Movie Terbaru Minggu Ini

Tak sangka movie ni begitu cepat keluar dalam bentuk DVD Rip. Skrang tengah syok dok tayang kat pawagam2 lagi. Kepada sesiapa yang belum tengok lagi movie ni, penulis sangat-sangatla menyarankannya. Kepada yang sukakan komedi memang filem ini amat berbaloi ditonton.

Menampilkan pelakon2 yang sememangnye tidak asing lagi dalam arena komedi, semestinya anda tidak kering gusi dari awal sampailah ke akhir cerita ini.


Tidak kurang juga dengan filem ini. Baru sahaja ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia lebih kurang 2 minggu lepas, ianya sudah keluar dalam bentuk DVD Rip. Membariskan otai2 dari zaman 80-an, pengarahnya Silvestre Stallone mengekalkan efek2 hardcore dan ganas sealiran dengan zaman kegemilangan beliau dahulu dengan tidak menggunakan terlalu banyak efek CGI (Computer Generate Imagery).

Jadi, kepada kaki2 sedut semua, bolehlah dapatkan filem2 ini ditempat2 yang biasa korang sedut ye.
Sekian, terima kasih.

iPhone 4 di Malaysia September 2010


Menurut sumber yang bolehlah dipercayai, generasi ke-4 iphone iaitu iPhone 4 akan dapat dilihat dijual secara berluasa di Malaysia negaraku tercinta pada September 2010 ini.

Menurut sumber lagi, hal ini timbul apabila salah seorang pegawai khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi menjawab soalan yang diajukan sumber mengenai ketibaan telefon pintar yang menjadi kegilaan masyarakat dunia sekarang ini.

Saya ada bertanya kepada pembekal telco namun mereka pun tidak pasti bilakah iPhone 4 akan dapat ditawarkan kepada pengguna talian patung kuning itu.

Sejauh mana kebenaran perihal ini, sama-sama kita nantikan pada bulan 9 ini. Penulis pon dah lame tunggu telefon ni sampai ke Malaysia secara sah. :)

Kepada yang berminat tu, dah boleh simpan skit duit raya atau duit gaji tak pon, bak kata teman penulis, "swipe" je. Jalan terus. Hehe.... sama-sama kita nantikan..

Thursday, August 26, 2010

Nokia 5800 firmware update v51.0.006

Tadi time dok tolong daftar akaun apps store kat budak ofis aku, terasa gatal plak tangan ni nak check firmware update untuk henpon kesayangan ni. tup tap tup tap, skali adelah update untuk firware henpon ni. aku pon ape la lagi. pegi la backup mane data2 yang patot... dan mula lah download dan install.

Mase die tak lame nak download dan install firmware ni... so, sementara dok mendownload firmware kat phone aku ni, pegi la google pasal update ni. Bukan ape, aku nak tengok la ape yang berubah dalam keluaran kali ni kan.
Nni changelog untuk firmware update kali ni.

1. Overall speed improvement
2. Kinetic scrolling is better
3. Touch vibration bug - fixed
4. (Bulgarian and possibly other language versions) - Ovi Sync's localisation is fixed
5. RDS bug is not fixed - shame on Nokia - three consecutive firmware updates - all introduce the same bug. Remember, RDS should be a core function, and Nokia 5800 is advertised as having RDS.
Sumber
Part yang no 5 tu menurut forum nokia, ada user yang dapat fix, ada yang tak dapat fix. x paham aku. tapi tak kisah sangat la sebab aku tak pakai pon fungsi tu.

Jadi, kepada sesiapa yang menggunakan phone ni,boley la pegi jenguk2 kt nokia website ataupun pakai je method OTA. pakai wireless connection, jgn pakai telco pnye plak.. nanti melambung bill korang..
Selamat mencuba.....


Monday, August 23, 2010

Laptop oh laptop bahagian ketiga

Dah memang sah, stok semua dah habis, kene tunggu next month untuk new stok. Jadi label HP dan Compaq akan diturunkan untuk sementara waktu.

Sebarang update akan diberitahu kemudian.

Wednesday, August 18, 2010

Laptop oh laptop bahagian kedua

Terima info dari supplier, mengatakan stock untuk laptop dah berkurangan. Model HP dan Compaq masing2 dah tinggal beberapa je. Model ape yang tinggal tak kompem  lagi. (Yang tertera di page blog)

Nanti dieorang akan update list model yang tinggal.. kemudian adan diupdate kat page yang berkaitan.
Haish.... cepat pulak habes stok kali ni.

Menurut supplier, biler hampir tiba musim perayaan, stock laptop akan berkurangan.. tak tahulah samada HP-Compaq x keluarkan model tu ataupun ramai user beli produk tu sebab die jual dengan harga yang murah berbanding spesifikasi yang ada pada laptop tu....

Sama-sama menanti.....

Pembilang pelawat

Hari ni tambah pembilang pelawat, (visitor counter or hit counter) kt blog. Haruslah bermula dengan nombor 1. Patot aku letak kaunter tu awal2..banyak skit nombor muncul kt situ. hehe.

tp xpe... sape tahu sooner or later, blog ni dah makin ramai pelawat..InsyaAllah..

Monday, August 16, 2010

Kolaborasi

Tercetus idea untuk berkolaborasi dengan kawan kawan blogger dengan niat untuk melebarkan jaringan, menggalakkan perkongsian intelektual.
Senarai siapa yang akan diusulkan telah tersusun rapi di minda ni.. Setelah semuanya setuju, ruangan khas akan diwujudkan bagi merealialisasikan apa yang termaktub di ruangan ini.
Usul akan dikemukakan tidak lama lagi.

Wednesday, August 11, 2010

Laptop oh laptop

Senarai harga dan model laptop HP dan Compaq telahpun siap dimuat naik. Jadi, kepada sesiapa yang nak beli laptop dengan harga yang berpatutan tu, bolehlah usha2 kt bahagian yang disediakan.... Harga??.. dijamin lebih murah dari harga Lowyat ataupun mane2 pasaran (yakin tu..). :-)

Tuesday, August 10, 2010

Perubahan URL

Adalah dimaklumkan.. dxbrecovery.blogspot.com telah bertukar kepada repomeng.blogspot.com.
Harap maklum.

Monday, August 2, 2010

Still learning

Sampai hari ini, aku masih lagi belajar mengenai selok belok fungsi yang ada dalam blog ni. Mencari macam mana nak paparkan input yang baik dari segi rekabentuk mahupun aturcara. Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, tetapi ianya tidak mustahil.

Sedang menunggu senarai harga terbaru dari reseller HP/Compaq dan kemudian perlu diekstrak dahulu sebelum dipaparkan di blog ini.

Bersambung di esok hari....

Wednesday, July 28, 2010

:: The story behind the wall ::

Pagi Isnin yang agak-agak mendung skit, terjaga aku dari tido yang panjang, dek terdengar ringtone 'Santa Esmerelda - You're my everything' di sisi kamar tidur, lalu kuangkat dengan disapa suara  lembut singgah di telinga mengajak aku untuk pergi bersiap2 ke tempat kerja.

Sementara dalam aktiviti menarik tenaga supaya dapat tubuh ini meninggalkan katil untuk pergi ke bilik air, terpacul dari mulu si dia mengenai apa yang sedang dibangunkan sekarang ini. Idealogi yang bernas lagi menarik terus mengaktifkan sel-sel otak yang tengah tidur lagi tu untuk menceburkan diri kembali dalam bidang pembikinan laman web yang telah ditinggalkan agak-agak lebih kurang 3 tahun macam tu..

Semasa dalam perjalanan menempuh kesesakan lalu-lintas yang memang tak akan selesai ni, penyediakan material dan platform pembikinan sedang rancak berlari-lari di minda. Menyingkap semula dan semua yang pernah dilalui sebelum ini sedikit sebanyak membantu untuk melancarkan lagi penyusunan idea.

Dimulai dengan menzahirkan kerangka pengisian komponen blog di buku contengan, sehinggalah kepada proses 'cuba & jaya' (maklumlah, dah lame x sentuh) akhirnya terciptalah blog ini.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengerakkan hati si dia untuk memperlihatkan apa yang aku tidak nampak sebelum ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Nur Hidayah binti Anuar yang menjadi pencetuskan idea di sebalik pembinaan blog ini dikala aku dibutai dengan kematian komputerku di mana aku rasakan seolah olah lama kelamaan akan bertukar menjadi zombie.Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada beliau.
Terima kasih sayangku..