Thursday, September 2, 2010

King of Fighters OR King Of Failures Movie??

Satu per satu filem telah diadaptasi dari permainan komputer yang popular mase kita kecil - kecil dahulu. Yang paling dinanti-nanti sebelum ini adalah Dragon Ball. Kalau tak silap penulis, ura-ura mengatakan filem ini akan diterbitkan sejak dari penulis dibangku matrikulasi lagi dengan Leonardo Di Caprio digembar gemburkan akan memegang watak Trunks (mungkin sebab rambut die yang seakan-akan Trunks kot). Tapi alik-alik, tak ade pun dalam filem tu.
Kemudian menyusul pula yang terbaru Tekken. Dengan watak hero yang bermuka jambu tu. alahai.. nasib baik badan tegap. Tapi apa yang kita tonton di dalam komik atau game semua nya macam jauh panggang dari api, atau ibarat langit dan bumi. Mana tidaknya, semua efek, kuasa, malah penampilan watak-watak telah diubah oleh pengarah yang hanya tahu nak buat filem sahaja tetapi tidak mengkaji pun latar belakang atau asal usul filem tersebut dan yang lebih penting, dieorang tak menitik berat pun apa yang ingin ditonton oleh peminat terutama peminat-peminat core sesuatu filem itu. Hasilnya, mula lah tak dapat box office lah, rating IMDB rendah lah, kaw-kaw kene kutuk dengan penilai file macam rottentomatoes dah sebagainya.
Untuk file KOF ni, ramai mengatakan Dragon Ball dan Tekken lagi baik daripada filem ini, jadi anda nilai sendirilah filem ini sendiri berada di tahap mana. Banyak sangat kekecewaan yang ditonjolkan dalam filem ini.
Antara kegagalan filem ini dalam menonjolkan watak mereka:

  1. Sejak bile lah pulak Iori Yagami ikat rambut kat belakang.
  2. mana perginya aura-aura birunya?
  3. mamat ni mane suke berkawan, seingatnya, dia hanya berganding dengan Kyo Kusanagi Masa nak lawan boss je.
  4. Tinju Maut Yagami hilang ntah ke mana
  5. Sama juga dengan Kyo Kusanagi, mana peginya aura api dan Tinju Maut Kusanagi?

Dan banyak lagi kekecewaan yang tak sanggup penulis ungkapkan kat sini. Tapi yang pasti, filem ni tak akan berada dalam koleksi. Sebarang request tidak akan dilayan. hehe..
Jom tengok sikit behind the scene filem ni dan korang boleh tengok sekali muka pengarah yang buat filem ni. Geramm je...

0 comments: