Thursday, February 24, 2011

Paparan rajah Windows 8 sudah kelihatan

Sedang sibuk Microsoft giat membangunkan Windows 8, ada pula 'kebocoran' gambar yang tengah timbul kat internet sekarang.

iPad 2 dilancarkan pada 2 Mac 2011

credit to the owner

iPad 2 secara rasminya akan dilancarkan pada 2 Mac 2011 ini. Apple telah mengeluarkan beberapa kad jemputan untuk sidang akhbar yang akan menayangkan iPad 2 keluaran mereka. Acara ini akan diadakan di Pusat Seni Yerba Buena, San Francisco.

Monday, February 21, 2011

Bagaimana nak dapatkan kembali Picture Viewer asal Facebook

Dengan mendapat beberapa komen negatif dari pengguna Facebook di sekeliling dengan Picture Viewer terbaru Facebook ini, tidak hairanlah kalau ada cara lain untuk mendapatkan kembali Picture Viewer asal.

Friday, February 18, 2011

PS3 - Jangka hayat 10 tahun?

credit to original owner
Sony PlayStation 3 mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan ianya mempunyai beberapa versi tambahbaik sepanjang 5 tahun selepas itu. Bolehkah kita dapatkan PSX versi baru tidak lama lagi? Jawapannya TIDAK berdasarkan sumber.

iPhone Nano/Mini tanpa peranti ingatan simpanan

Salah satu sumber telah mengesahkan yang Apple sedang dalam cubaan menghasilkan iPhone Nano/Mini yang mana akan mengabaikan penggunaan memori dalaman dan hanya bergantung kepada jaringan awan internet (cloud) lebih kurang konsep Google OS

Wednesday, February 16, 2011

Apple sedang membina prototaip iPhone dengan papan kekunci QWERTY

credit to the original owner

Menurut satu sumber dari satu blogTaiwan yang mana mengatakan mengenai perkara yang sama dari AppleInsider, laporan dari tw.apple.pro mengatakan Apple sedang dalam pembinaan bukan 1 tetapi 3 prototaip iPhone 5. Apa yang membuatkannya lagi menarik adalah salah satu daripadanya datang dengan papan kekunci QWERTY.

iPhone 5 - Pemproses A5

Jika dalam post sebelum ini penulis ada menyatakan yang iPhone 5 ni bakal keluar dengan pemproses Dwi Teras,  sekarang ada pula spekulasi lain yang menyatakan Dwi Teras tersebut akan diabadikan dalam pemproses A5 untuk mengatasi beberapa telefon pintar yang dilancarkan baru-baru ini seperti Samsung Galaxy S II manakala iPad 2 pula akan dilengkapi dengan pemproses A4 yang diperbaharui.

Apple dalam keterangan lain dalam pencarian untuk tenaga luar bagi pengeluar pemproses A4 yang baru ni. Begitu juga dengan generasi seterusnya bagi ARM Cortex-A9-based A5 kepada Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC). Apa dah jadi dengan Samsung? Mungkin sebab Apple takut Samsung ambil idea letak kat telefon Samsung kot.

Berdasarkan kajian Digitimes iPad 2 akan dilengkapi dengan pemproses A4 yang diperharui manakala iPhone 5 dengan A5, TSMC yang sebelum ini telah menjadi pengeluar A4 mungkin menjadi pengeluar eksklusif untuk A5.

iPhone 5 dengan 4 inci skrin

Banyak spekulasi timbul dari pengikut-pengikut tegar produk Apple mengenai iPhone 5 yang dipaparkan dalam blog ini. Terbaru adalah mengenai skrin iPhone 5 akan diperbesar dari 3.5 inci kepada 4 inci. Wow.. Besar kan?

Mungkin ini kesan dari pengaruh telefon HTC yang sedang giat mengeluarkan telefon yang mempunyai skrin sebesar mungkin.

Namun, spekulasi ini agak sukar untuk dipercayai atau diterima dikalangan pendapat umum mahupun dari Apple sendiri atau pengguna. Permasalahan yang timbul adakah ianya akan boleh dimuatkan dalam ruangan kerangka yang sedia ada sekarang ini? Kenapa pengguna nak beli iPhone yang lain besar dari yang sedia ada? Salah satu sumber telah membuat lakaran ilustrasi kepada 4 ichi skrin iPhone 5 dalam ruangan rangka yang sedia ada.
Credit to the original owner
Bagi penulis, tidaklah terlalu hodoh kalau nak diperkatakan di sini, tapi seperti yang kita tahu, Apple ni mementingkan gaya dan kemasan dalam produk keluarannya, jadi penulis berharap mereka akan dapat memenuhi selera mata pengguna-penggunanya. Dengan pelaburan $4 Billion hanya untuk menaiktaraf teknologi paparan, mereka mampu untuk keluarkan hasil yang lagi memberangsangkan.

Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua pembaca yang meraikannya.

Berhati-hati ketika memandu di musim perayaan ini. Tidak lupa juga pesanan ini kepada diri sendiri yang bakal pulang ke kampung halaman pada esok pagi. Tak sabar nak menikmati cuti di kampung.

Musim-musim cuti ni ramailah yang mengadakan majlis pernikahan dan tidak lupa juga kepada beberapa kawan penulis yang bakal meraikan hari bersejarah mereka. Tiga undangan di kampung, satu di Dungun. Fheww.. moga berkekalan jodoh mereka sampai bila-bila. Amin.


Masa yang sesuai untuk mempraktikkan photo shoot penulis di majlis perkahwinan. Sekali lagi Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2011 kepada yang meraikannya. Adios.

Tuesday, February 1, 2011

3DBoard - Nikmati efek 3D di iPhone anda

Satu benda pasal komuniti jailbreak ni, pembangun sistem mereka ni selalu sahaja tampil dengan benda-benda yang kadang-kadang kita tidak terfikir akanya. 3DBoard membolehkan pengguna iPhone menikmati efek 3D pada halaman utama tanpa menggunakan cermin mata khas.

Ianya mengeksploitasi fungsi pengesan Gyroskop untuk menghasilkan bayang-bayang pada icon mengikut keadaan telefon itu diletakkan. Satu perkara yang genius untuk dihasilkan.

Tapi jangan terlalu mengharapkan efek seperti yang boleh didapati dalam wayang 3D, tapi untuk peringkat permulaan bagi efek 3D tanpa cermin mata khas, itu sudah dikira bagus.