Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

King of Fighters OR King Of Failures Movie??

Satu per satu filem telah diadaptasi dari permainan komputer yang popular mase kita kecil - kecil dahulu. Yang paling dinanti-nanti sebelum ini adalah Dragon Ball. Kalau tak silap penulis, ura-ura mengatakan filem ini akan diterbitkan sejak dari penulis dibangku matrikulasi lagi dengan Leonardo Di Caprio digembar gemburkan akan memegang watak Trunks (mungkin sebab rambut die yang seakan-akan Trunks kot). Tapi alik-alik, tak ade pun dalam filem tu.
Kemudian menyusul pula yang terbaru Tekken. Dengan watak hero yang bermuka jambu tu. alahai.. nasib baik badan tegap. Tapi apa yang kita tonton di dalam komik atau game semua nya macam jauh panggang dari api, atau ibarat langit dan bumi. Mana tidaknya, semua efek, kuasa, malah penampilan watak-watak telah diubah oleh pengarah yang hanya tahu nak buat filem sahaja tetapi tidak mengkaji pun latar belakang atau asal usul filem tersebut dan yang lebih penting, dieorang tak menitik berat pun apa yang ingin ditonton oleh peminat terutama peminat-peminat core sesuatu filem itu. Hasilnya, mula lah tak dapat box office lah, rating IMDB rendah lah, kaw-kaw kene kutuk dengan penilai file macam rottentomatoes dah sebagainya.
Untuk file KOF ni, ramai mengatakan Dragon Ball dan Tekken lagi baik daripada filem ini, jadi anda nilai sendirilah filem ini sendiri berada di tahap mana. Banyak sangat kekecewaan yang ditonjolkan dalam filem ini.
Antara kegagalan filem ini dalam menonjolkan watak mereka:

  1. Sejak bile lah pulak Iori Yagami ikat rambut kat belakang.
  2. mana perginya aura-aura birunya?
  3. mamat ni mane suke berkawan, seingatnya, dia hanya berganding dengan Kyo Kusanagi Masa nak lawan boss je.
  4. Tinju Maut Yagami hilang ntah ke mana
  5. Sama juga dengan Kyo Kusanagi, mana peginya aura api dan Tinju Maut Kusanagi?

Dan banyak lagi kekecewaan yang tak sanggup penulis ungkapkan kat sini. Tapi yang pasti, filem ni tak akan berada dalam koleksi. Sebarang request tidak akan dilayan. hehe..
Jom tengok sikit behind the scene filem ni dan korang boleh tengok sekali muka pengarah yang buat filem ni. Geramm je...

Monday, August 30, 2010

Avatar Special Edition in 3D

Ada apa dengan Avatar Special Edition?
James Cameroon sekali lagi tampil ke layar perak dengan killer creation die iaitu Avatar dan kali ini dengan 9 Minit masa tambahan untuk menyiarkan "never been seen footage"
Mungkin tak puas hati dengan ex-wife die kot yang menang award untuk filem Hurt Locker tu.
Kat sini di sertakan skit trailer die.. trailer die pon dah 30 saat. Jom layan skit.


Bagi mereka yang fanatik akan movie ni rasenye memang tak lepaskan peluang untuk menontonnya di pawagam berhampiran kot. Hanya dalam tayangan 3D. Boleh merasa berada di Pandora sekali lagi. 
Ini kata-kata dari penerbit James Cameroon.

[The Earth opening] works very well. It just takes a long time to get the movie started. You have to be sort of predisposed to like the movie like a fan, you know what I mean? And then you can sit and you can have a great ride — a different telling of Avatar. Not inconsistent — it’s just the stuff that happened off-camera.
It’s about 4 1/2 minutes of stuff. And it was in for the longest time. It was very late in the day that we took it out. I walked in one day and said to my two editors, ‘Guys, I want each of you to cut a new version of the start of the film, Reel 1, that doesn’t have any Earth in it at all.’ And they looked at me like I was out of my mind. And I said, ‘No — it’s gonna work.’ They had to figure out the details. I said, ‘Just grab a couple of things to use as flashbacks, and start it in space when Jake opens his eyes.’
Selamat menonton di panggung kepada yang berkenaan... :)


Koleksi Movie Terbaru Minggu Ini

Tak sangka movie ni begitu cepat keluar dalam bentuk DVD Rip. Skrang tengah syok dok tayang kat pawagam2 lagi. Kepada sesiapa yang belum tengok lagi movie ni, penulis sangat-sangatla menyarankannya. Kepada yang sukakan komedi memang filem ini amat berbaloi ditonton.

Menampilkan pelakon2 yang sememangnye tidak asing lagi dalam arena komedi, semestinya anda tidak kering gusi dari awal sampailah ke akhir cerita ini.


Tidak kurang juga dengan filem ini. Baru sahaja ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia lebih kurang 2 minggu lepas, ianya sudah keluar dalam bentuk DVD Rip. Membariskan otai2 dari zaman 80-an, pengarahnya Silvestre Stallone mengekalkan efek2 hardcore dan ganas sealiran dengan zaman kegemilangan beliau dahulu dengan tidak menggunakan terlalu banyak efek CGI (Computer Generate Imagery).

Jadi, kepada kaki2 sedut semua, bolehlah dapatkan filem2 ini ditempat2 yang biasa korang sedut ye.
Sekian, terima kasih.