Wednesday, October 5, 2011

iPhone 4S & Apa Yang Anda Perlu Ketahui

Apple telah mengumumkan ketibaan pengganti iPhone 4 iaitu iPhone 4S yang mana sekarang ini hanya didapati di AT&T, Verizon & Sprint pada harga yang sangat menarik. Segala info mengenai iPhone 4S ini seperti harga, fungsian seperti di bawah.
credit to the owner

Pengumuman ini dibuat pada rancangan "Lets Talk iPhone" yang dibuat di kampus Apple di Cupertino, CA.

Banyak perbezaan dapat dilihat pada pelancaran kali ini, pertama sekali, semestinya bukan Steve Jobs yang memberikan ucaptama walaupun jelas sekali tahap persembahan mereka sangat berbeza tetapi Tim Cook berjaya memberikan yang terbaik daripadanya.

Kedua, majlis ini dibuat di Apple Town Hall, Cupertino, California dan tidak di pusat konvensyen di San Francisco. Apa-apa pun, jom berbalik kepada iPhone 4S ini.


iPhone 4S secara dasarnya dalah iPhone 4 dengan pemproses A5 dwi-teras, kuasa pemproses yang sama dengan iPad 2 yang dilancarkan Mac lepas. Untuk pengetahuan bagi yang belum tahu, cip A5 ini direka oleh Apple dan dihasilkan oleh Samsung. Cip A5 ini menawarkan prestasi yang jauh lebih baik dari 4 generasi cip yang sebelum ini.

Ia menawarkan 7 kali prestasi grafik dan 2 kali kelajuan dalam melayari internet dengan Safari, melancarkan aplikasi, dan menukar di antara dua aplikasi juga ditambahbaik.
credit to the owner
Dengan dilengkapi kamera belakang 8MP, yang mana menurut Apple, lebih bagik untuk mengambil gambar dan merakam video berbanding kamera yang lain. Full HD 1080p video dapat dirakam dengan bantuan pengimbang image (image stabilizer) bagi menghasilkan video yang berkualiti tinggi. Pengesan cahayanya mengesan 74% cahaya berbanding iPhone 4 membolehkan image dirakam dalam keadaan kurang cahaya dengan baik dan mempunyai Hybrid IR Filter yang membuatkan hasil image lebih tepat dan tajam. Kameranya juga lebih pantas berbanding Samsung dan Motorola, terima kasih kepada aplikasi yang digunakan. Fungsian ini cukup untuk perbezaan iPhone 4 yang mana Apple akan menggunakannya sebagai point dalam jualan mereka.

Untuk fungsi sambungan pula, ia dilengkapi dengan WiFi, GPS dan Bluetooth. Apple bagaimanapun telah menambah satu fungsi iaitu HSDPA yang mana boleh menyokong sambungan 4G (up to 14.4mbps).

Selain itu, iPhone 4S ini menyokong fungsian CDMA dan juga GSM serentak. Jadi tiada lagi 2 jenis iPhone 4S yang akan dikeluarkan.

Fungsi terbaru di dalam iPhone 4S adalah sokongan navigasi suara yang dipanggil Siri yang membolehkan pengguna menggunakan suara mereka untuk melancarkan sesuatu aktiviti pada iPhone 4S seperti membuat panggilan, menghantar SMS, mengetahui cuaca, membuat temujanji dan berbagai lagi. Setakat ini, bahasa yang menyokong aplikasi ini adalah Inggeris, French dan German dan pelbagai lagi yang akan di muat naik selepas ini.

Dengan bentuk yang menyerupai iPhone 4, mungkin ramai yang kecewa setelah menanti generasi baru iPhone yang sebenar namum ianyanya tidaklah seteruk yang disangka.

Model & Harga

iPhone 4S datang dalam 2 warna iaitu semestinya hitam & putih dalam 16GB, 32GB dan 64GB kapasiti storan. Model 16GB boleh didapati pada harga $199, 32Gb $299 & 64GB $399.

Bila Nak Sampai Kat Malaysia?

Ok, jika mengikut pengalaman-pengalaman lepas, biasanya telco-telco kat Malaysia ni akan dapat giliran untuk memasarkan iPhone ni selepas sekurang-kurangnya 2 bulan lepas tarikh dilancarkan di US.

Di US, ianya akan dilancarkan pada 14 Oktober 2011 dan pre-order dibuka pada 7 Oktober 2011.

Kebarangkalian JailBreak
credit to the owner
Kalau sekarang iOS5 pun dah boleh diJB kan (tethered) pada semua peranti kecuali iPad 2 menggunakan RedSn0w, pengguna iPhone 4S nampaknye terpaksa menunggu seperti pengguna iPad 2 (iOS5) yang lain.

Jadi, kepada pengguna iPhone 4, adakah berbaloi untuk anda menukar kepada 4S sekarang dengan iPhone 5 menanti?

0 comments: