Tuesday, September 28, 2010

Senarai Laptop Terbaru Sept 10


Selepas berhempas pulas follow up dengan pembekal, akhirnya dapatlah jugak senarai terbaru laptop dari mereka dan terus mengemaskini laman blog untuk dimuat naik.

Anda bolehlah usha-usha skit kat laman tu, kot-kot ada yang berkenan ke nak beli. Harga mungkin akan disemak semula dalam jangka mase terdekat. Penulis nak tengok dulu harga optimum untuk kemudahan user-user yang nak beli laptop kat luar sana juga. Tapi yang pasti, harga selepas semak tidak akan melebihi harga pasaran. Kalo tak, sape nak beli ye tak?

Nantikan update dari penulis. Salam.

Thursday, September 23, 2010

Digi pun lancar iPhone 4 pada 24 Sept 2010

Digi telah mengorak langkah seiring dengan pesaingnya dengan bakal melancarkan iPhone 4 pada 24 September ini iaitu esok dan pakej-pakej telahpun dapat dilihat di laman web mereka yang diletakkan pada jam 6 tadi. Server load sangat tinggi time jam 6 tadi dek ramai yang nak dapatkan info mengenai iphone ni.

Karnival iphone 4 akan diadakan di Quill 9 Petaling Jaya hujung minggu ini manakalah Maxis pula sedang rancak dengan pelancaran di The Gardens, Midvalley sekarang ini.

Nuff said. Hanya tunggu masa je ni. Cant wait to get my hand on it.

Tablet PC: Galaxy Tab vs Ipad? Mari kita baca sapa yang menang..

Sekarang ni, ramai org berpusu pusu nak buat tablet pc selepas iPad keluar dengan supersize iphone nye. Jika sebelum ini kita ada Dell Streak, tetapi skrang, Samsung keluar dengan versi supersize untuk Samsung Galaxy S yang diberi nama Samsung Galaxy Tab. Dok berceloteh panjang pun tak guna, pekata kita lihat perbandingan antara dua tablet iaitu Galaxy Tab dengan iPad ni.

Kelajuan


Dari segi kelajuan, dua tablet memang macam kembar cume tak seiras je. Nape penulis cakap macam tu sebab mereka ni mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dalam cara mereka sendiri. Tapi yang pasti memang saing-saing. Mane ke tidaknye. Pemproses Apple A4 dengan A8 Cortex CPU datang dari keluarga yang same. Sumber yang sama tetapi halatuju berbeza. Pemenang: SERI.

Saiz


Kalo tengok kat gambar tu, siap boleh pegang satu tangan lagi, sah sah macam Galaxy Tab yang menang. Tak terlalu besar, boleh letak dalam beg tangan pempuan lagi. (sebab biasa beg tangan pempuan besar-besar kot) hehe. Jangan marah. Satu lagi dengan dimensi netbook, jadi sape-sape yang pernah tengok netbook tu, mesti dah boleh bajet die punye saiz. Pemenang: Galaxy Tab


Skrin


Selain daripada LED backlighting yang efisien dengan 9.7 inci lebar, iPad menggunakan In Place Switching (IPS) menjadikan iPad ni, tak boleh ditandingi oleh pesaing-pesaing yang lain. Dengan kata lain, ianya mempunyai sudut pandangan yang lebih luas daripada biasa di mana LED biasa hanya menggunakan teknologi Twisted Numertic (TN). Keupayaanya boleh dilihat pada laptop-laptop yang ada kat pasaran skrang ni. Kalau tengok movie ramai-ramai tu, memang ada yang akan tak nampak penuh muka pelakon sebab macam overshadown skit image die.  Pemenang: iPad


Applikasi


Kalo dilihat skrang ni, pembangun application iPad sedang rancak dibangunkan dan sekarang sudah ada lebih dari 25 000 applikasi dan ianya juga boleh main game iphone tapi dalam skala kecillah dan aplikasinya pun menceecah 25 000. Sama juga untuk Galaxy Tab, tetapi senarai rasmi application yang betul-betul dibuat untuk Galaxy Tab belum dikenal pasti lagi. Jadi untuk kali ini, kita kasi iPad dlu sebagai pemenanglah yer. Pemenang: iPad


Kamera


Part ni memang dah jelas lagi bersuluhlah siapa pemenangnya. Adalah Apple sengaja tak letak kamera kat generasi pertama iPad ni sebagai salah satu strategi bisnes mereka? - Mungkin. Lihat saja keluaran iPhone sebelum ini. Galaxy Tab mempunyai 3MP kamera belakang dengan LED flash dan 1.3MP kamera hadapan. Malah ia juga boleh ambil gambar HD lagi. Galaxy Tab 1, Apple 0. Pemenang: Galaxy Tab


Hayat Bateri


Samsung tak siarkan lagi keterangan lengkap mengenai hayat bateri mereka, dan kalau diikutkan, iPad mendahului. Samsung cakap dengan 4000 mAh, Tab boleh operate 7 jam, tapi iPad boleh sampai 10 jam. Sekali lagi, kite kasi iPad lah menang sehingga Samsung betul-betul boleh kompem jangka hayat bateri kt Tab ok. Pemenang: iPad


Sokongan Media


Agak-agak sape lah boleh lawan Apple dalam memainkan video atau audio? Well, Flash die tak boleh main, tapi Galaxy Tab boleh. Selain itu, Tab jugak akan ada sokongan untuk DivX, Xvid dan WMV tapi iPad tak ada sokongan untuk semua tu. Pemenang: Galaxy Tab.


Kesimpulan


Secara kasarnya, Samsung Galaxy S macam iPad yang beroperasi guna Android. Secara jujurnya, ianya tak menjadi satu ancaman kepada pengguna iPad yang sedia ada untuk bertukar kepada Tab yang mana sibuk mencuba 25 000 aplikasi sekarang ini.. Tapi kalo dah banyak duit, why not kan? hehe. Tapi kalo dilihat dengan lebih mendalam, ade beberapa sebab Galaxy Tab ni boleh menjadi peranti yang diidamkan sesetengah pihak. Ia boleh ambik gambar, konferen video, tengok movie dalam banyak format termasuk lah FLV yang mana iPad tak support.

Untuk tahap ini, biar pembaca yang membuat pilihan serta pendapat berdasarkan point-point yang dikongsi.
Sehingga Galaxy Tab menjadi kenyataan, kita berceloteh lagi. Salam.

Maxis lancar iPhone 4 pada 24 September

Maxis, pelopor pertama dalam menyediakan iphone kepada penggunanya sekali lagi telah mendahului pesaing yang lain dengan menlancarkan iphone 4 pada hari esok, 24 september 2010 di The Gardens, Midvalley.

Jika di lihat di dalam laman web Maxis, sudah tertera beberapa pembaharuan yang sudah diselaraskan dengan ketibaan iphone ini. seperti pakej-pakej terbaru, senarai harga yang semestinya sedikit mahal daripada harga yang sepatutnya kalau kita tukarkan nilai mata wang singapura (apple store terdekat), 16GB berharga RM2290 manakala 32GB RM2690. Mereke jugak menawarkan penyambungan kontrak untk iphone 3gs sebelum ini dan ianya pasti satu strategi bisnes yang pasti menguntungkan mereka.

Sedikit mengenai android, OS nya memang ramai mengakui kestabilan dan kebagusan nya.. tapi, android semuanya mengenai OS itu sahaja, tetapi bukan telefon. Kekuatan iphone bergantung kepada hardware dan software nya sendiri. Memang betol, iphone berada di dunianya sendiri, tetapi itulah yang membuatkan nya unik dan walaupun berada dalam dunianya sendiri, tetapi lihatlah keupayaan mereka untuk bersaing. Terus membangun dan membangun.

Penulis mengakui android memberi saingan hebat untuk iOS. Ibarat telco Digi, Maxis dan Celcom. Tetapi di penhujung hari, siapa jugak yang untung daripada persaingan ini?.. Lu pikirlah sendiri..

Monday, September 20, 2010

Senarai Laptop September 2010

Senarai baru akan dikeluarkan pada minggu ini insyaAllah. Query telah dibuat hari ini kepada pembekal dan sejurus senarai diperoleh, penulis akan letakkan di lamannya.

Kepada yang menunggu, harap dapat bersabar sikit je lagi ok dan terima kasih untuk itu.
Nantikan senarai terbaru daripada saya.

Assalamualaikum..

iPhone 4 dan Digi dan ...

Ianya di sini, ketibaannya di nanti nanti, iya.. iPhone 4 akan tiba di Malaysia pada minggu depan seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Penantian hampir 4 bulan membuahkan hasil apabila Digi akhirnya menyediakan pakej untuk pengguna yang menantikan ketibaan telefon pintar ini.

Seperti yang dilakukan oleh mereka sebelum ini dengan menyediakan iPhone 3Gs, sudah pasti pakej-pakej yang ditawarkan semestinya akan menambat hati pengguna.

Tidak lupa juga pada penyedia telco Maxis yang juga menawarkan iPhone 4 untuk pengguna-pengguna mereka. (Harusslah dieorang pon akan keluarkan jugak next week sebab nak saing ngan Digi).

Kalau diikutkan pada perbandingan yang dibuat sebelum ini, Digi pasti pilihan yang lebih bijak untuk penggunanya yang inginkan perkhidmatan yang baik dan pakej internet yang lebih berbaloi serta jimat untuk wang anda.

Kekal bersama penulis untuk update yang akan datang. Salam.

Tuesday, September 7, 2010

Cuti Raya

Cuti oh cuti raya. Lepas ni, blog ni akan kesepian dari posting selama seminggu sebab penulis balik kampung untuk beraya. Maklumlah, kat kampung tak ade sambungan internet. Tak dapatlah nak update ape-ape perkembangan semasa.

Baju raya semua dah dibeli, persiapan kuih (kuih tunjuk) pun dah beli, kenderaan dah pon bertayar baru (ewaah).. tak sabar rasenye nak pulang beraya di kampung. Ketupat, rendang, satay sedia terhidang. Jumpa kawan-kawan, pergi majlis kahwin member sekolah dulu...


Jadi kepada semua umat islam, Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf Zahir & Batin dan semoga selamat sejahtera perjalanan anda semua.

Monday, September 6, 2010

Server Down


Banyak komplen yang diterima daripada pengguna yang ingin menjalankan transaksi "atas talian" (online) pada pagi ini yang rata-ratanya disebabkan oleh kegagalan network dan internet untuk berfungsi dengan baik.

CIMB, Etiqa, malah internet kat ofis penulis pun mengalami kegagalan. Apekah fenomena yang berlaku ini berlaku di tempat anda juga? dan adakah ini merupakan salah satu daripada satu lagi serangan siber yang dilancarkan pihak yang berkenaan?

Thursday, September 2, 2010

New iPod Touch. Adakah berbaloi?

Adakah berbaloi untuk membeli iPod Touch sedangkan masih banyak telefon yang menawarkan fungsi multimedia yang lebih kurang sama dengan dengan harga yang lebih murah daripada pemain media dari Apple ini.
Dalam satu bancian yang dilakukan oleh sebuat syarikat, 40% berpendapat adalah tidak berbaloi untuk membeli iPod Touch 4 disebabkan terdapat banyak telefon yang mempunyai keupayaan yang setanding dalam memaparkan vidoe berdefinasi tinggi, kapasiti storan yang besar yang datang dalam perlbagai bentuk dan jenis seperti Samsung Galaxy S dan Sony Ericsson XPERIA X10 Mini.

38% peratus berpendapat mereka akan memilih iPod Touch daripada iPhone kerana ianya lebih murah dan bernilai untuk wang pengguna. Walaubagaimana pun, 22% daripada mereka memilih iPod kerana tidak mahu telefon mereka kehabisan beteri jika mereka ingin mendengar lagu atau menonton video lebih-lebih lagi di waktu-waktu kecemasan. Yelah, malang tidak berbau.

Jadi terpulang kepada peribadi dan pilihan masing-masing. Bancian ini dilakukan di US di mana mereka boleh mendapatkan product Apple dengan senang dan harga pun lebih murah berbanding di negara kita. Malahan, berdasarkan keadaan sekeliling komuniti semasa ni, rasanya rakyat malaysia lebih kearah iPhone kalo nak dibandingkan dengan iPod Touch tak gitu?

Yang banyak duit tu lainlah. Boleh beli iPhone dan iPod. iPad pon boleh beli skali kalo mahu. Cume kadang, kita ni boleh tersilap jugak ye.. iPod Touch pon boleh dikatakan iPad. Haish.....

Tribute to Michael Jackson

Sedang melayari internet, ternampak satu klip video yang menarik dari seorang peminat Raja Pop ini.
Tak tahulah samada dieorang ni kembar ataupun teknik video semata-mata.


Credit to the original creator.

Jangan Salah Dial



Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan 
kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji.. 

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada? 

OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong? 
Suami : Siapa ni? 

OG : Saya orang gaji kat sini. 

Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji! 
OG : Saya baru je kerja hari ni. 

Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak? 

OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa? 

Suami : Saya suaminya. 

OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni? 

Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke? 

OG : Ya, encik 

Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta . 

OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong? 

Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.

OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik? 

Suami : Ya. 

OG : (termenung) 

Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi. 

OG : Baik encik… saya lakukan sekarang 

Suami : Cepat!!! Saya tunggu! 

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang.. 

OG : Sudah, encik 

Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah. 

OG : Kolam renang yang mana? 

Suami : Yang di belakang rumah! 

OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang! 

Suami : Yeke ni? 

OG : Iya! 

Suami : Ni kan nombor 5097600? 

OG : Bukan, encik. Sini 5907600. 

Suami : Oh, sori. Salah nombor


Tak tahan tu.. ade pulak pistol dalam laci kat umah tu...

King of Fighters OR King Of Failures Movie??

Satu per satu filem telah diadaptasi dari permainan komputer yang popular mase kita kecil - kecil dahulu. Yang paling dinanti-nanti sebelum ini adalah Dragon Ball. Kalau tak silap penulis, ura-ura mengatakan filem ini akan diterbitkan sejak dari penulis dibangku matrikulasi lagi dengan Leonardo Di Caprio digembar gemburkan akan memegang watak Trunks (mungkin sebab rambut die yang seakan-akan Trunks kot). Tapi alik-alik, tak ade pun dalam filem tu.
Kemudian menyusul pula yang terbaru Tekken. Dengan watak hero yang bermuka jambu tu. alahai.. nasib baik badan tegap. Tapi apa yang kita tonton di dalam komik atau game semua nya macam jauh panggang dari api, atau ibarat langit dan bumi. Mana tidaknya, semua efek, kuasa, malah penampilan watak-watak telah diubah oleh pengarah yang hanya tahu nak buat filem sahaja tetapi tidak mengkaji pun latar belakang atau asal usul filem tersebut dan yang lebih penting, dieorang tak menitik berat pun apa yang ingin ditonton oleh peminat terutama peminat-peminat core sesuatu filem itu. Hasilnya, mula lah tak dapat box office lah, rating IMDB rendah lah, kaw-kaw kene kutuk dengan penilai file macam rottentomatoes dah sebagainya.
Untuk file KOF ni, ramai mengatakan Dragon Ball dan Tekken lagi baik daripada filem ini, jadi anda nilai sendirilah filem ini sendiri berada di tahap mana. Banyak sangat kekecewaan yang ditonjolkan dalam filem ini.
Antara kegagalan filem ini dalam menonjolkan watak mereka:

  1. Sejak bile lah pulak Iori Yagami ikat rambut kat belakang.
  2. mana perginya aura-aura birunya?
  3. mamat ni mane suke berkawan, seingatnya, dia hanya berganding dengan Kyo Kusanagi Masa nak lawan boss je.
  4. Tinju Maut Yagami hilang ntah ke mana
  5. Sama juga dengan Kyo Kusanagi, mana peginya aura api dan Tinju Maut Kusanagi?

Dan banyak lagi kekecewaan yang tak sanggup penulis ungkapkan kat sini. Tapi yang pasti, filem ni tak akan berada dalam koleksi. Sebarang request tidak akan dilayan. hehe..
Jom tengok sikit behind the scene filem ni dan korang boleh tengok sekali muka pengarah yang buat filem ni. Geramm je...

Wednesday, September 1, 2010

Hadiah ulang tahun kemerdekaan malaysia dari hacker Indonesia - FTW??


Banyak lagi yang list yang dieorang post. Tapi takdela penulis nak listkan semua kan.
Rata-rata dari web yang kene hack ni adalah website MLM... takziah diucapkan.. dan adalah jugak beberapa website gomen yang kene. Tapi tu hanya domain sahaja. Bukan core gomen punya laman web pon.

Dan rata-rata laman web yang kene hack juga adalah dari platform joomla yang dimana penulis raselah kan.. dieorang ni tak upgrade kepada latest version ataupun patch seperti mana yang disarankan kepada joomla webmaster selepas serangan Indonesia sebelum ini ke atas laman web core gomen. (siapa yan tahu, tahulah..)
Sejak daripada itu, keselamatan siber sudah dipertingkat. Rujuk artikel ini: FutureGov

Laman-laman web joomla base yang tak upgrade dengan patch terbaru memang sangat mudah terdedah kepada aktiviti hackers-hackers yang noob (baru nak kenal dunia hacking) sebab kat situ dieorang dapat try skill hacking dieorang. Macam burung patah sayap, senang lah nak tangkap kan.

Lagipun, dalam serangan ini, dieorang tidak dapat menguasai seluruh laman web tersebut, cuma berjaya menyuntik SQL ataupun menambah HTML file the dalam laman yang disasarkan. Jadi sebagai webmaster, deletekan sahaja directory ataupun file yang ditambah oleh mereka ini, tukar kata kunci yang lebih rumit, update patch joomla anda dan buang segala possible back door yang dimasukkan oleh hacker-hacker ini.

I wish i could join Malaysian Cyber Defense Squad.....

Saya menang...

Di keheningan petang mase nak balik ke rumah untuk berbuka, tune la ke radio Fly FM seperti biasa. Kedengaranlah alunan-alunan muzik yang dipasangkan di corong2 speaker dalam kereta penulis.

Dok asyik mendengar celoteh si Hafiz, sekali die pon sebutlah "call now to win Continental CC5 tyre in Lyrical Jam contest bla bla bla.... sedang bosan-bosan menunggu lampu hijau di perkarangan trafik Western Digital tu, cuba lah call.. sekali call, x dapat, 2 kali call x dapat... cube la sampai kali yang ke-6... Angkat lah si Hafiz ni... "hello hello hello... who's on the line?.... penulis pon memperkenalkan diri dengan nama Rocky.. dan di situlah bermulanya detik-detik cemas campur gementrar lah sikit nak jawab soalan ni..

Dalam Lyrical Jam ni, DJ akan membacakan lirik lagu yang terpilih dalam cara mereka sendiri.Si Hafiz ni pon ape lagi... bile nak mula tu, die pon baca la....
Just gonna stand there
And watch me burn
But that's alright
Because I like
The way it hurts
Just gonna stand there
And hear me cry
But that's alright
Because I love
The way you lie
I love the way you lie
I love the way you lie
Rings any bell? haha.. sudah tentu jawapannya pun dah ada dalam lirik tu dan kebetulan pulak, radio memang tengah pasang lagu tu.. dah Allah nak kasi rezeki, maka dengan yakin dan konfidennye penulis menjawab. Pastu buat-buat happy giler skit la kan.. tak kan la nak flat je suara tu kan.. tapi dalam hati tu memang bersyukur habis lah... sebab ape??

Nak dijadikan certa, tayar depan kereta ni memang dah botak licin, memang kalo JPJ check, kompem kene saman kot. hehe. ntah lah.. tapi memang dah masuk tahap bahaya la kalo nak bawak atas jalan. Memang bersyukur sangat2 dapat menang hadiah tu.

So, nak dipendekkan cerita, disebabkan dah nak balik raya minggu depan, call la PIC untuk ambik hadiah ni. Nak redemm voucher ni, kene pegi Sri Pentas kat Fly Fm office,

Boleh la merasa masuk Sri Pentas untuk kali pertama. Adalah sorang dua selebriti nampak.. Paul Moss ngan Farah Fauzana tapi malangnya tak sempat nak ambil gambar pon. Segan campur kekok skit. Maklumlah.. pegi sorang-sorang je kat sana.

Nak dipendekkan lagi, setelah dibukanya pulak sampul surat tu, adala voucher sebenar. Skali kene call Conti-Sime punye PIC untuk ambik tayar yang sebenar.

Tapi kan, rim skrang adalah R14, tapi voucher tu cakap R15..... hurm... macam mana ni??.. jeng jeng jeng..

Halal



Wajiblah juga tiada pencampuran di antara yang halal yang yang haram; contohnye, barangan macam pisau, chopping board, bekas dan lain2.
Pemberitahuan buat teman-teman non-muslimku..