Thursday, September 23, 2010

Maxis lancar iPhone 4 pada 24 September

Maxis, pelopor pertama dalam menyediakan iphone kepada penggunanya sekali lagi telah mendahului pesaing yang lain dengan menlancarkan iphone 4 pada hari esok, 24 september 2010 di The Gardens, Midvalley.

Jika di lihat di dalam laman web Maxis, sudah tertera beberapa pembaharuan yang sudah diselaraskan dengan ketibaan iphone ini. seperti pakej-pakej terbaru, senarai harga yang semestinya sedikit mahal daripada harga yang sepatutnya kalau kita tukarkan nilai mata wang singapura (apple store terdekat), 16GB berharga RM2290 manakala 32GB RM2690. Mereke jugak menawarkan penyambungan kontrak untk iphone 3gs sebelum ini dan ianya pasti satu strategi bisnes yang pasti menguntungkan mereka.

Sedikit mengenai android, OS nya memang ramai mengakui kestabilan dan kebagusan nya.. tapi, android semuanya mengenai OS itu sahaja, tetapi bukan telefon. Kekuatan iphone bergantung kepada hardware dan software nya sendiri. Memang betol, iphone berada di dunianya sendiri, tetapi itulah yang membuatkan nya unik dan walaupun berada dalam dunianya sendiri, tetapi lihatlah keupayaan mereka untuk bersaing. Terus membangun dan membangun.

Penulis mengakui android memberi saingan hebat untuk iOS. Ibarat telco Digi, Maxis dan Celcom. Tetapi di penhujung hari, siapa jugak yang untung daripada persaingan ini?.. Lu pikirlah sendiri..

0 comments: