Wednesday, October 5, 2011

iPhone 4S & Apa Yang Anda Perlu Ketahui

Apple telah mengumumkan ketibaan pengganti iPhone 4 iaitu iPhone 4S yang mana sekarang ini hanya didapati di AT&T, Verizon & Sprint pada harga yang sangat menarik. Segala info mengenai iPhone 4S ini seperti harga, fungsian seperti di bawah.
credit to the owner

Tuesday, September 6, 2011

Perlukah Apple Menamatkan Pengeluaran iPod Touch?

Lagi 2 hari genaplah setahun pengeluaran iPod touch generasi kedua dan sehingga hari ini juga, tidak banyak berita atau khabar angin mengenai produk apple ini diperkatakan. Ditambahkan lagi dengan artikel yang dikeluarkan oleh seorang penganalisa teknologi di blognya membuatkan penulis terfikir akan kelogikan kata-katanya.
credit to the owner

Pemasangan iPhone 5 Telah Bermula Walaupun iOS 5 Masih Diperingkat Percubaan

credit to the owner
Salah satu sumber di Jepun mengatakan pemasangan komponen-komponen iPhone 5 sedang giat dijalankan walaupun iOS 5 belum menampakkan pengeluaran akhir selepas 7 versi beta dikeluarkan sejak dari awal tahun ini. Foxconn dan Pegatron sedang giat menjalankan pemasangan iPhone 5 dalam memenuhi permintaan Apple. 85% pemasangan tersebut dijalankan oleh Foxconn dan selebihnya dijalankan oleh Pegatron yang mana secara ironinya dilakukan oleh robot.

Thursday, August 25, 2011

Hilangnya Seorang iCon - Steve Jobs

credit to the owner
 Mungkin ramai yang telah mengetahui akan berita ini dan mungkin juga ada yang tidak tahu menahu langsung mengenai berita ini. Namun hakikatnya, Steve Jobs telahpun bersara dari arena Apple yang diterajuinya lebih dari 20 tahun lepas.

Friday, August 19, 2011

Firefox 6 Boleh Didapati di Android Sekarang

Mozilla telah mengumumkan aplikasi pelayar internet keluaran mereka kini menyokong sistem operasi Android dan telah ditambah baik dengan paparan yang lebih menarik.
credit to the owner

Tuesday, August 16, 2011

Lagi Ancaman Malware Kepada Pengguna Android


credit to the owner
Nampaknya pengguna Android terpaksa berdepan dengan satu lagi serangan malware dan kali ini dari malware yang menyamarkan dirinya sebagai aplikasi Google+. Dengan menggunakan icon yang sama dan tersenarai sebagai Google++, malware ini adalah ANDROIDOS_NICKISPY.A iaitu tergolong dalam gologan Android spyware yang boleh mencuri-dengar perbualan pengguna.

Thursday, June 2, 2011

120,000 Pengguna Android Terancam oleh Malware & Cara Untuk Melindungi Darinya

credit to the owner
Berdasarkan Lookout, pembangun aplikasi anti-malware untuk android mengatakan terdapat ancaman terbaru kepada pengguna Android yang telah mengancam 30,000 hingga 120,000 sehingga artikel ini ditulis.

Wednesday, June 1, 2011

iPad 2 VS HTC Flyer

Setelah lama menyepi dek kesibukan kerja, hari ini penulis bercadang untuk menyambung tugasan menyebarkan berita-berita gajet dan teknologi kepada pembaca semua. Topik pertama dimulakan dengan membanding-beza iPad 2 dengan HTC Flyer. Penulis mendapat 'query' untuk memutuskan tablet mane yang lagi berbaloi di antara dua ni dan jom kite tengok siapa yang juara.

Thursday, April 14, 2011

Gambaran atau Realiti - iPod 5 Touch Generasi Ke-5

credit to the owner
Dalam membawakan perbincangan ke pengetahuan umum selepas bertalu-talu kita dipersembahkan dengan konspirasi dan gosip mengenai iPhone 5, kini penulis ingin membawa perhatian pembaca kepada iPod Generasi ke-5. Sumber menyatakan terdapat gambaran awal bagaimana iPod Touch ini akan kelihatan.

Pembikinan iPhone 5 bermula September 2011, Pengeluaran Q4 2011 atau Q1 2012

Bermacam-macam berita kita dengar pasal pengeluaran iPhone 5 dan iOS yang bakal digunakan setakat ini. Bulan 6 dah makin hampir dan menguatkan lagi spekulasi kelambatan pengeluaran iPhone 5, salah satu sumber menyatakan penghasilan iPhone 5 hanya akan bermula September ini dan pengeluarannya samada pada akhir 2011 atau awal 2012.

Wednesday, April 13, 2011

3D Tanpa Cermin Mata dalam iPad 2 - [Video]

credit to the owner
Pada mulanya, memang agak tidak terjangkau dek akal bagaimana hendak mewujudkan persekitaran 3D tanpa mengguna cermin mata yang direka khas untuk menghasilkan imej 3D. Namun, seperti yang berlaku kepada Nintendo 3DS konsol, telefon, kapal terbang, teknologi nano, sekarang ianya semakin jelas kelihatan.

Windows 8 Build 7850 M1 Tersebar



Nampaknya Windows 8 berjaya diloloskan dan telah tersebar di internet dan sekarang dijumpai dalam satu FTP . Macam cerita TRON Legacy plak (bahagian permulaan). Nombor Build yang tersebar adalah 6.1.7850.winmain_win8m1.100922-1508_x86fre_client-enterprise_en-us.iso yang bermakna telah dipaketkan pada 22 September 2010.

Muat Turun IE10 Platform Preview Sekarang

Tak sampai pun lagi 3 bulan selepas pelancaran IE 9, kini berita pasal IE 10 telah pun tersebar di internet. Microsoft sekarang dalam usaha mewujudkan pelayar internet yang lebih mantop untuk menyaingi Firefox 4 dan Chrome.

Thursday, April 7, 2011

April oh April

You read what the picture said
Hari ni dah 7 April 2011, post bulan ni belum lagi kelihatan. Fuhh... sibok benor nampaknye. Awal bulan 4 ni memang sangat memenatkan. Macam-macam hallah yang berlaku. Baik di tempat keje mahu pon bukan di tempat keje. Tak ade mase langsung nak tekan keyboard untuk menaip walaupun bertimbun info nak share ngan korang semua. Tunggu aku settle down dulu ngan mende-mende yang buat aku serabut perut ni, then bolehlah aku spend mase untuk update blog ni. Time line dalam minggu ni la sebab rase macam out-dated sangat dah blog ni sebab tak de berite pasal 'mase depan'. Stay tune everybody and thanks for your support. Highly appreciate it.

~Regards
~Repomeng Rocky

Thursday, March 31, 2011

iOS 5 Bakal Dilengkapi Intergrasi Suara Menyeluruh

Menurut sumber, Siri mungkin menjadi resepi utama dalam pembangunan iOS 5. Diperkenalkan oleh Apple tahun lepas, Siri adalah aplikasi iOS yang membolehkan pengguna untuk menjalankan sesuatu tugasan dengan menggunakan suara dan semestinya dalam bahasa inggeris. Sebagai contoh, bertanyakan aplikasi tentang apa yang berlaku di sesuatu tempat pada masa tersebut. Seperti apa yang berlaku di KLCC contohnya. Cool giler.

Wednesday, March 30, 2011

Pratonton Update Terbaru XboX 360 Bermula, Penguji Dapat Halo Reach Secara PERCUMA

Microsoft sedang mengorak langkah untuk memberikan 'update' terbaru untuk konsol XboX 360 mereka. Dah terdapat beberapa orang yang dapat menguji terlebih dahulu konsol ini sebelum ianya berada di pasaran. Mereka telah melancarkan program pratonton untuk itu

Kelambatan iPhone 5 dijangka - 2012

Dengan Apple WorldWide Developer Conference (WWDC) yang bakal tiba 1-2 bulan je lagi, para pemerhati gajet terutamanya iPhone 5 mesti dah tak sabar nak menunggu apa kejutan yang bakal disediakan oleh Apple tetapi dengar kbabarnya, mereka ni kene tunggu lagi lama dari yang mereka jangka.

Tuesday, March 29, 2011

RIM Umumkan Reseller & Harga Untuk BlackBerry PlayBook Serta Spesifikasinya

RIM telah mengumumkan lebih 200 000 reseller untuk PlayBook mereka di sekitar US & Kanada. Menurut mereka, PlayBook adalah tablet PC yang mengagumkan yang mana telah diterima sebagai salah satu peranti yang 'multitasking' dengan pengalaman lungsuran laman web yang tiada tolok bandingnya dan juga rekaan yang ultra-portable katanya. (Tak macam ekstrimis sangat ke kenyataan ni?) 

BlackBerry - Aplikasi Terpilih Untuk Dicuba

Berdasarkan pengalaman dari rungutan rakan-rakan mengenai kekurangan aplikasi yang best dalam BlackBerry, kali ini penulis cuba untuk tampilkan beberapa aplikasi BB yang boleh dicuba walaupun mungkin ada antara pembaca yang telahpun mempunyai aplikasi tersebut.

Kita mulakan dengan;

Counter Baru - StatCounter

Setelah mengalami beberapa kesulitan mengenai pembilang pengunjung ke laman web ini, penulis telah bertukar ke penyedia counter yang lebih efisien iaitu StatCounter. Tak perlu hendak diperjelaskan lagi reputasi StatCounter dalam menyediakan bancian atas talian yang dinamik dan persis. (dah macam tolong promote pulak). Masuk kali ini, sudah 3 kali counter telah ditukar disebabkan kerosakan pada enjin statistik mereka. Diharap dengan penggunaan servis StatCounter ini, masalah tidak berulang lagi.

Penggunaan Firefox 4 mengatasi IE9

credit to the owner
Seperti yang disangka, penggunaan Mozilla Firefox mengatasi IE 9 sejak berada di internet minggu lepas. IE 9 yang tampil dengan antaramuka yang diperbaharui gagal untuk bertapak kukuh dihati pengguna. Berdasarkan data yang dikumpul oleh StatCounter dan NetApplications, penggunaan keseluruhan bagi Firefox 4 jauh lebih tinggi (jauh sangat-sangat) berbanding Internet Explorer 9.

Monday, March 28, 2011

Memperkenalkan... Blackberry PlayBook

Sebelum ini kita hanya mendengar khabar angin sahaja mengenai peranti baru Blackberry ini tetapi sekarang, RIM telah mengesahkan yang PlayBook boleh menggunakan perisian Android.

Jangan pelik kerana PlayBook ini tidak menggunakan Google Android sebagai OSnya tetapi masih lagi mengekalkan produk mereka iaitu OS QNX. Jangan konfius, Blackberry PlayBook ni sebenarnya boleh menyokong aplikasi Android yang juga seduh semestinya aplikasi RIM's App Store.

Friday, March 25, 2011

Robot Hijau Yang Pandai Menari

Xperia Arc merupakan telefon yang bagus yang dilengkapi dengan Android 2.3 (Gingerbread) tetapi memandangkan Sony Ericsson mungkin bukanlah peneraju atau pesaing utama dalam pasaran telefon pintar, pasukan gerak gempur pemasaran mereka telah melakukan sesuatu yang agak unik dan mencuit hati dalam idea memasarkan telefon ini.. Android yang Menari.

Thursday, March 24, 2011

Apabila Khabar Angin iPhone 5 Dikumpulkan


Sumber dari NoWhereElse telah mengeluarkan satu kompilasi khabar-khabar angin iPhone 5 yang berkisar di internet kebelakangan ini dengan satu grafik yang menarik. Semua kriteria diambil kira dari saiz skrin, resolusi, cip pemproses, NFC sehinggalah ke fungsia HD.

Wednesday, March 23, 2011

Firefox 4 sudah tiba

Setelah hampir setahun dalam versi (BETA), kini pengguna boleh muat turun Firefox 4 yang dikatakan lebih pantas dari versi sebelumnya selain menawarkan antara muka yang lebih bergaya.
Apa ada dalam Firefox 4;

Tuesday, March 22, 2011

Kebangkitan Dari Kematian - Pre-quel

Semalam satu hariku di tempat kerja dihabiskan dengan membuat kajian serta bancian mengenai perkakasan komputer yang terbaru dipasaran serta jugak komputer pelayan yang boleh menepati syarat tender yang ditetapkan oleh peletak tender ini. Tidak pernah penulis begitu rajin menyusuri senarai-senarai harga barang di laman lowyat serta di laman web Dell dan juga HP untuk mencari spesifikasi yang paling optimun dan tidak melebihi bajet RM10K.

Di kala menyusuri senarai-senarai tu, teringatlah pulak kepada bekas teman permainan yang selalu menghiburkan hati dikala sunyi dan bingit dulu, tinggalan sejarah komputer peribadiku.

Tips Menjaga Keselamatan Telefon Pintar Anda

Sejak terkenalnya telefon pintar dikalangan pengguna telefon bimbit sekarang, makin banyak di lihat di dada akhbar mengenai telefon seseorang digodam untuk mendapatkan apa sahaja yang boleh memberi keuntungan atau keseronokan kepada si pengodam itu.

Wednesday, March 16, 2011

Ujian Kualiti Gambar iPad 2, Motorola Xoom & Samsung Galaxy Tab

iPad 2 datang dengan kamera depan & belakang tetapi persoalan di sini, sejauh mana kualiti imej yang dapat dihasilkan? Ujian ini telah dijalankan oleh Macworld bersama dengan pencabar iPad 2 yang lain Motorola Xoom & Samsung Galaxy Tab. Malangnya, hasil yang diperoleh agak mengecewakan.

Ujian dilakukan dengan merakam imej dari ketiga-tiga peranti ini dan dibandingkan antara satu sama lain. Aspek yang ditekankan dalam pengujian ini adalah dari segi komposisi warna dan kualiti imej keseluruhan. Sementara ujian video dilakukan untuk menilai kualiti bagi video yang diambil dalam keadaan gelap dan terang.

Internet Explorer 9 sudah tiba


Selepas setahun dalam pembikinan, akhirnya Internet Explorer 9 telahpun boleh didapati di laman web Microsoft.

iPhone 5 Dengan Dwi-Kad Sim

Dengan keluarnya iPad 2, sekarang khabar angin beralih kepada satu lagi peranti yang ditunggu-tunggu, iPhone 5. Berdasarkan laporan pengedar dari China, idealChina, iPhone 5 akan menyokong dwi-slot untuk kad sim yang mana akan datang bersama dua penyedia rangkaian yang berbeza.

iPhone 4 Putih Sah Keluar Bulan 6 ini

Senior Vice President Apple, Phill Schiller telah memberi kenyataan dalam twitternya mengenai pengeluaran iPhone 4 putih pada bulan 6 ini. Kenyataan tersebut diambil dari akaun Twitter beliau yang sah. Berikut adalah jawapan beliau apabila budak bernama Eric ni bertanyakan soalan;

Monday, March 14, 2011

BBC News Flash - Radiasi Nuklear Tersebar ke Asia - TIDAK BENAR!!

Radiasi
 "BBC FLASHNEWS: Japan government confirms radiation leak at Fukushima nuclear plants. Asia countries should take necessary precautions. If rain comes, remain indoors first 24hrs. Close doors & windows. Swab neclskin with betadine where thyroid area is, radiation hits thyroid first. Take extra precautions. Radiation may hit Phil at starting 4pm today. Pls send to your loved ones."
 Mungkin ada di antara pembaca yang digemparkan dengan mesej atau status FB seperti yang di atas dan dari itu, bermulalah episod mesej ini diforwardkan kepada yang lain dan begitulah seterusnya sehingga mesej itu dapat kembali kepada si pengirim. Status FB mula penuh dengan komen-komen, tidak kurang juga dengan Twitter dan sebagainya. 

Friday, March 11, 2011

Gambar Panel Depan Skrin iPhone 5

Sebelum ini pernah didedahkan mengenai paparan 'mock up' iPhone 5 dan kali ini kita dapat melihat sendiri bagaimana rupa panel hadapan skrin iPhone 5 yang dikatakan dinaiktaraf kepada 4 inci.

Thursday, March 10, 2011

Menu Bar hilang dari MS Outlook

Secara statistiknya tidak dapat dinyatakan dengan tepat berapa ramai yang pernah menghadapi perkara ini lebih-lebih lagi kepada yang selalu menggunakan MS Outlook dalam kehidupan seharian meraka tetapi pernah tak di suatu hari yang indah anda membuka MS Outlook dan dapati tiada Menu Bar di tempat yang biasa fungsi ini berada?

Thursday, March 3, 2011

iPad 2 dah keluar, apa jadi kat iPad?

iPad 2 dah keluar, jadi apa jadi kat iPad? Kemungkinan penurunan harga? Banyak lambakan iPad di forum-forum atau di Mudah.My serta lelong.com.my mahupun ebay? Atau juga kapasiti e-waste akan bertambah selepas ini? Yang paling last tu paling tak logik agaknye. Dah kaya sangat ke sampai nak buang je iPad yang dah lame berbakti selama ini?

iPad 2: Harga, Keupayaan dan Fungsi: Segala yang perlu diketahui

credit to original owner
Kita sedia maklum yang Apple telah melancarkan iPad 2 pada 2 Mac 2011 yang bersamaan dengan 3 Mac 2011 jam 2 pagi waktu malaysia. Segala spekulasi dan khabar angin yang berlegar-legar di ruang siber akhirnya mendapat kata putus dan teka siapa yang memberikan ucap tama kali ini?

Thursday, February 24, 2011

Paparan rajah Windows 8 sudah kelihatan

Sedang sibuk Microsoft giat membangunkan Windows 8, ada pula 'kebocoran' gambar yang tengah timbul kat internet sekarang.

iPad 2 dilancarkan pada 2 Mac 2011

credit to the owner

iPad 2 secara rasminya akan dilancarkan pada 2 Mac 2011 ini. Apple telah mengeluarkan beberapa kad jemputan untuk sidang akhbar yang akan menayangkan iPad 2 keluaran mereka. Acara ini akan diadakan di Pusat Seni Yerba Buena, San Francisco.

Monday, February 21, 2011

Bagaimana nak dapatkan kembali Picture Viewer asal Facebook

Dengan mendapat beberapa komen negatif dari pengguna Facebook di sekeliling dengan Picture Viewer terbaru Facebook ini, tidak hairanlah kalau ada cara lain untuk mendapatkan kembali Picture Viewer asal.

Friday, February 18, 2011

PS3 - Jangka hayat 10 tahun?

credit to original owner
Sony PlayStation 3 mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan ianya mempunyai beberapa versi tambahbaik sepanjang 5 tahun selepas itu. Bolehkah kita dapatkan PSX versi baru tidak lama lagi? Jawapannya TIDAK berdasarkan sumber.

iPhone Nano/Mini tanpa peranti ingatan simpanan

Salah satu sumber telah mengesahkan yang Apple sedang dalam cubaan menghasilkan iPhone Nano/Mini yang mana akan mengabaikan penggunaan memori dalaman dan hanya bergantung kepada jaringan awan internet (cloud) lebih kurang konsep Google OS

Wednesday, February 16, 2011

Apple sedang membina prototaip iPhone dengan papan kekunci QWERTY

credit to the original owner

Menurut satu sumber dari satu blogTaiwan yang mana mengatakan mengenai perkara yang sama dari AppleInsider, laporan dari tw.apple.pro mengatakan Apple sedang dalam pembinaan bukan 1 tetapi 3 prototaip iPhone 5. Apa yang membuatkannya lagi menarik adalah salah satu daripadanya datang dengan papan kekunci QWERTY.

iPhone 5 - Pemproses A5

Jika dalam post sebelum ini penulis ada menyatakan yang iPhone 5 ni bakal keluar dengan pemproses Dwi Teras,  sekarang ada pula spekulasi lain yang menyatakan Dwi Teras tersebut akan diabadikan dalam pemproses A5 untuk mengatasi beberapa telefon pintar yang dilancarkan baru-baru ini seperti Samsung Galaxy S II manakala iPad 2 pula akan dilengkapi dengan pemproses A4 yang diperbaharui.

Apple dalam keterangan lain dalam pencarian untuk tenaga luar bagi pengeluar pemproses A4 yang baru ni. Begitu juga dengan generasi seterusnya bagi ARM Cortex-A9-based A5 kepada Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC). Apa dah jadi dengan Samsung? Mungkin sebab Apple takut Samsung ambil idea letak kat telefon Samsung kot.

Berdasarkan kajian Digitimes iPad 2 akan dilengkapi dengan pemproses A4 yang diperharui manakala iPhone 5 dengan A5, TSMC yang sebelum ini telah menjadi pengeluar A4 mungkin menjadi pengeluar eksklusif untuk A5.

iPhone 5 dengan 4 inci skrin

Banyak spekulasi timbul dari pengikut-pengikut tegar produk Apple mengenai iPhone 5 yang dipaparkan dalam blog ini. Terbaru adalah mengenai skrin iPhone 5 akan diperbesar dari 3.5 inci kepada 4 inci. Wow.. Besar kan?

Mungkin ini kesan dari pengaruh telefon HTC yang sedang giat mengeluarkan telefon yang mempunyai skrin sebesar mungkin.

Namun, spekulasi ini agak sukar untuk dipercayai atau diterima dikalangan pendapat umum mahupun dari Apple sendiri atau pengguna. Permasalahan yang timbul adakah ianya akan boleh dimuatkan dalam ruangan kerangka yang sedia ada sekarang ini? Kenapa pengguna nak beli iPhone yang lain besar dari yang sedia ada? Salah satu sumber telah membuat lakaran ilustrasi kepada 4 ichi skrin iPhone 5 dalam ruangan rangka yang sedia ada.
Credit to the original owner
Bagi penulis, tidaklah terlalu hodoh kalau nak diperkatakan di sini, tapi seperti yang kita tahu, Apple ni mementingkan gaya dan kemasan dalam produk keluarannya, jadi penulis berharap mereka akan dapat memenuhi selera mata pengguna-penggunanya. Dengan pelaburan $4 Billion hanya untuk menaiktaraf teknologi paparan, mereka mampu untuk keluarkan hasil yang lagi memberangsangkan.

Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua pembaca yang meraikannya.

Berhati-hati ketika memandu di musim perayaan ini. Tidak lupa juga pesanan ini kepada diri sendiri yang bakal pulang ke kampung halaman pada esok pagi. Tak sabar nak menikmati cuti di kampung.

Musim-musim cuti ni ramailah yang mengadakan majlis pernikahan dan tidak lupa juga kepada beberapa kawan penulis yang bakal meraikan hari bersejarah mereka. Tiga undangan di kampung, satu di Dungun. Fheww.. moga berkekalan jodoh mereka sampai bila-bila. Amin.


Masa yang sesuai untuk mempraktikkan photo shoot penulis di majlis perkahwinan. Sekali lagi Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2011 kepada yang meraikannya. Adios.

Tuesday, February 1, 2011

3DBoard - Nikmati efek 3D di iPhone anda

Satu benda pasal komuniti jailbreak ni, pembangun sistem mereka ni selalu sahaja tampil dengan benda-benda yang kadang-kadang kita tidak terfikir akanya. 3DBoard membolehkan pengguna iPhone menikmati efek 3D pada halaman utama tanpa menggunakan cermin mata khas.

Ianya mengeksploitasi fungsi pengesan Gyroskop untuk menghasilkan bayang-bayang pada icon mengikut keadaan telefon itu diletakkan. Satu perkara yang genius untuk dihasilkan.

Tapi jangan terlalu mengharapkan efek seperti yang boleh didapati dalam wayang 3D, tapi untuk peringkat permulaan bagi efek 3D tanpa cermin mata khas, itu sudah dikira bagus.

Sunday, January 30, 2011

New Big Toy

Sekarang Malaysia IT Fair tengah rancak berlangsung di Midvalley Exhibition Center dari 28-30 Januari 2011. Seperti yang diwar-warkan, penulis akan pegi riki harga Canon EOS 60D dengan harapan, manalah tahu boleh dapat dengan harga yang lebih murah dari biasa. 

Rasanya kesemua kedai yang jual DSLR semuanya dilawat dan harga dengan 18-135mm mereka letak RM4100, ya, sekali lagi SAY WHAT?? Aduhai, tak padan dengan IT Fair, ingatkan dapatlah harga yang berpatutan skit, tapi, same je kalo pegi beli kat kedai Canon. Best price boleh dapat RM4050 dengan bag, tripod dan 4GB SD Card. Itu memang dah habis tawar-menawar dah tu. Nyaris-nyaris terpedaya jugalah, tapi memikirkan Foto Selangor lagi murah (selepas riki kat fotomalaysia), kami pon bergegas ke sana.

Nak dipendekkan cerita, sampai je foto selangor, pegi kat CS die, pertama kali quote RM4150. Terbeliak mata dibuatnya. Giler tak percaya. Tapi biasalah, trick dieorang lah semua tu kot. Untung jugaklah penulis usha fotomalaysia. Last-last dapat jugak harga RM3880 untuk 18-135mm. Jauh tu bezanya. Jadi buatlah kira-kira sendiri ya. 

Dengan harga ni, boleh dapat 4GB SD card dengan beg sahaja. Sekali lagi kuciwa dengan tawaran itu, jadi nak dijadikan cerita, terpandanglah deretan tripod dan terpandanglah DIGI TR-7000 tengah buat promosi. Tag RM 189, promosi RM138, lepas pujuk-pujuk skit CS tu, akhirnya boleh RM100. Nicely done. 

Pastu macam sikit pulak 4GB ni, jadi tanyalah yang 8GB punya. Jadi dengan tripod pastu ditambah dengan 8GB SD, canon baeg, kit 18-135 dapatlah RM4050. 

CS ni pandai tau. Tricky. Lepas satu-satu dia keluarkan aksesori. Mula dengan screen protector, pastu UV filter plak. Untuk dua ni total RM180, lepas tawar-menawar, dapatlah RM150. Tak habis dengan tu, die keluarkan pulak cleaning set dengan harga RM29, tapi tup-tap tup-tap, dapatlah RM15

Ingatkan macam dah habis, sekali die bawak keluar lagi extra bateri dengan 3rd party lences hood dgn jumlah RM180. Tapi, dah larat nak mengikut nafsu, tambah dengan memang dah pokai, memang tak ambiklah offer die tu. Fuhhh... Thats it.

Canon EOS 60D s18-135mm, TR-7000 tripod, 8GB Class 4 SD Card, Canon beg, Screen protector, Sublitz UV filter 67mm, dan cleaning set dengan harga RM4215.

Pencarian DSLR akhirnya berakhir buat mase sekarang dan balik dengan hati yang gumbira. I have 'them' to thank to.

Saturday, January 29, 2011

iPad 2 dan iPhone 5 tanpa butang Home

Mari mari kita lihat apa yang ada di sini. Menurut sumber, Apple akan mengugurkan butang Home dari iPad 2 dan iPhone 5. Pengguna akan mengawal iPhone atau iPad dengan 'multi-touch gestures' yang akan diperkenalkan bersama dengan iOS 4.3 untuk iPad.

"Kami telah diberitahu oleh Apple bahawa sebab mereka menambah 'multi-touch gestures' pada iPad 2 dalam iOS 4.3 adalah kerana tiada butang Home pada iPad lagi. Dari meng'tap', pengguna akan menggunakan 'multi-touch gestures' untuk pegi ke halaman depan dan juga menukar aplikasi.

Bukan itu sahaja, tetapi ini akan diaplikasikan kepada iPhone juga. Sumber mengatakan yang pekerja Apple sedang menguji iPad dan iPhone tanpa butang Home ini di Campus Apple dan adalah tidak mustahil jika terdapat perubahan dari segi bahan binaan bagi iPad dan iPhone akan datang yang mana bakal dilancarkan tahun ini." 

(Harap-harap tak ade lagi penguji yang tertinggal iPhone/iPad ni kat mane-mane tandas yang dieorang pegi. Hehe)

Dulu Steve Jobs pernah mengidam yang iPhone pertama tidak mempunyai apa-apa butang dan kini setelah 4 keluaran, impian beliau nampaknya makin tercapai. Kesian die.


Apple juga berkata akan membawa aplikasi OS X seperti Photo Booth dan iLife ke dalam iPad. Adakah perkara ini akan menjadi realiti? Nantikan update dari penulis.

Friday, January 28, 2011

iPad 2 dengan Kamera Depan & Belakang serta Slot Kad SD dan ..

Dalam post penulis sebelum ini, digembar gemburkan mengenai iPad 2 ni akan dilengkapi dengan kamera depan.

Untuk kali ini, update terbaru yang diperoleh dari sumber mengatakan yang iPad 2 akan dilengkapi pula dengan kamera belakang dan slot kad SD. Ini berdasarkan imej casing iPad 2 yang diambil oleh sumber yang menunjukkan bahagian pada casing tersebut yang dikhaskan untuk kamera dan slot kad.





Dalam laporan seterusnya pula, iPad 2 akan dilengkapi dengan GSM/CDMA chipset yang dihasilkan oleh Qualcomm. Ini membolehkan AT&T and Verizon berfungsi atas iPad 2 dan ini menjimatkan daripada menghasilkan 2 jenis iPad untuk setiap penyedia telekomunikasi tersebut. 

Untuk keluaran kali ini, iPad 2 dijangka lebih slim, sleek dan akan dilengkapi dengan resolusi skrin yang baru hampir-hampir kepada retina-display walaupun saiz skrinnya masih lagi 10 inci. Tiada slot USB dibekalkan sebaliknya slot untuk kad SD yang bakal disediakan.

Banyak sumber mengatakan yang iPad 2 bakal dilancarkan pada April 2011 di US yang mana memang kena dengan jangka hayat penghasilan iPad sebelum ini.

Tidak ketinggalan juga satu lagi produk Apple iaitu iPhone 5 yang dikhabarkan melalui satu proses reka-bentuk semula dari yang sedia ada sekarang. Tiada mock up lagi dikeluarkan setakat ini selain daripada butang 'Home' telah dibuang dari reka-bentuk yang asal. Huh?? Tak ade butang 'Home' macam mana nak keluar dari aplikasi erk? Haa.. nantikan post yang akan datang mengenai perubahan ini.

iPhone 5 & Dual Core

2011 akan menjadi tahun dwi-teras untuk telefon pintar menurut laman web industri Digitimes


Memetik dari 'sumber industri' yang terkenal, DigiTimes melaporkan bahawa Nvidia,Qualcomm dan broadcomm adalah antara yang telah mengeluarkan platform pelbagai-teras dengan pengeluar lain sedang mengorak langkah yang sama.
credit to original owner


Dengan LG Electronics (LGE) dan Motorola telah memperkenalkan telefon pintar dwi-teras mereka di CES, HTC, Samsung Electronics dan Nokia diharapkan dapat memaparkan model yang sama di World Mobile Conference (MWC) yang akan datang.


Jadi, tidak mungkin gergasi telefon pintar, Apple akan melepaskan peluang ini untuk bersaing di pasaran global yang mana akan direalisasikan dalam iPhone 5 keluarannya nanti. RIM sudah memiliki CPU dwi-teras dalam tablet Playbook mereka dan Apple diyakini memasang cip yang sama untuk iPad generasi keduanya, iPad 2.


Seperti yang kita tengok sekarang, teknologi semakin maju dengan penggunaan HD yang meluas pada telefon pintar dan teknologi 3D tanpa cermin mata juga sedang giat dibangunkan, jadi tidak hairanlah teknologi dwi-teras dalam telefon pintar juga sedang giat dibangunkan bagi membolehkan semua itu tercapai.


Teknologi paparan yang 'gempak' perlu disertai dengan perkakasan yang 'power' ye tak?
Pada penghujungnya, kita sebagai pengguna juga yang dapat menikmatinya.


Bercakap mengenai paparan 3D, seorang pembangun aplikasi iPhone telah berjaya mencipta paparan 3D tanpa kaca mata yang mana dapat dinikmati oleh pengguna iPhone 4 yang telah di'jailbreak'. Kupasan lanjut dalam post akan datang.



Pengeluaran iPad 2 pada Februari & iPhone 5 pada May

Pengeluaran generasi kedua iPad akan bermula pada Februari dan bukannya berada dipasaran pada Februari seperti yang dikhabarkan dalam post sebelum iniberdasarkan Commercial Times, China. Sumber yang sama juga mengatakan iPhone 5 akan mula dihasilkan dalam bulan Mei.

Menurut sumber lagi, di awal pengeluarannya, ianya dihasilkan dalam bilangan yang sedikit yang mana pengeluaran besar-besaran akan menyusul pada suku kedua tahun ini. Pemasaran kali ini dua kali ganda lebih dari pemasaran iPad sebelum ini yang mana diharapkan dapat menampung keperluan pasaran tidak seperti yang berlaku pada keluaran iPad lepas.
credit to the owner
Dalam laporan sumber lagi mengatakan Foxconn dan Pegatron masih lagi menjadi 'taiko' dalam penghasilan iPad2 kali ini.

Menurut sumber dari China, rakan kongsi pengeluaran iPhone5 dijangka akan mula mengeluarkan handset baru yang ngam-ngam dengan bulan Jun yang mana Apple biasanya akan mengumumkan pengeluaran iPhone baru.



Jalan-jalan cari gajet @Digital Mall PJ

Ni semalam punye cerita, berkenan di hati nak cari External Casing 3.5 IDE, sebab 2.5 external sekarang dah tak mampu nak tampung media-media yang dijumpai di internet. Kenelah pindahkan mana-mana yang 'obsolete' ni, satu digital mall dicari, namun hasilnya menghampakan bila hanya satu je kedai yang masih lagi ade stok dan dijual dengan harga RM70. Say What??? Giler mahal. Tahu lah orang dah tak pakai IDE HDD skrang, tapi tak payahlah nak UP lebeh kan. Name kedai die lupelah kawan. Sebab mcm agak tak boleh blah dengan harga yang ditawarkan kot sampai nama kedai pun lupe aku nak tengok.

Pastu beralihlah ke minat yang kedua, Canon EOS 60D s18-135mm. Sebelum ni ada jugalah usha forum-forum fotomalaysia untuk riki-riki harga DSLR ni kat pasaran dan Digital Mall PJ ni adalah pilihan beberapa forumers jadi penulis pon pegi la tanya semua kedai yang jual DSLR kat situ. Dalam kepala dah set, RM3880 paling tinggi sebab tu harga kat Foto Selangor, Pertama Complex.(Kawasan Lembah Klang)

Dipendekkan cerita, ini adalah senarai harga yang penulis dapat:
______________________________________________________________
1. --> Digital Sparkle RM3800 (Tripod, Bag & 4GB MMC)
2. --> Aver Awards RM3899 (8GB MMC & Bag)
3. --> Fresh Gear RM3850 (xde free gift)
4. --> Foto Flash RM4000 (Tripod, 4GB MMC & Bag) <-- Paling tak boleh blah.
______________________________________________________________

Foto Flash, die punye promoter paling tak boleh blah, tengah-tengah melayan bakal pelanggan (penulis), sekali ada amoi datang tanya ape ntah, tak paham sebab cakap bahasa cina, boleh pulak dia beralih angin pegi layan amoi tu, haishh, berbulu je. Nasib baik bukan nak beli mase tu, kalo tak dah lame kene tiou kot. Bukan sekali, beberap kali bai. Haish. Tapi memandangkan harga dia kasi paling tak logik, padanlah.

Dan, Owh yer, semua kedai takde stock buat mase ni, semua cakap lepas CNY. Haiya...

Jadi, pencarian untuk 60D seterusnya bersambung di Malaysia IT Fair @ Midvalley hujung minggu ni.

Wednesday, January 12, 2011

Microsoft Kinect + XboX 360

Dari tahun lepas pernah diperkatakan lagi, malah semasa pembikinan "Projek Natal" atau "Kinect" ni yang mana dalam 2 tahun lepas (2009) macam tak percaya je semuanya telah jadi realiti sekarang.

Kalo dulu kita tengok dalam cerita Iron Man contohnye atau dalam cerita Minority Report dan yang sewaktu denganya, mereka hanya layangkan tangan di udara yang akan ada tindak balas dari komputer. Walaupun tidak 100% tepat dengan apa yang digambarkan dalam filem, tetapi sekurang-kurangnya, sekarang kita berpeluang utnuk merasai perasaan yang pengalaman yang boleh dikatankan "Cool Giler" ni dengan pengeluaran Kinect dari Microsoft ni.

Bayangkan, selepas balik ke rumah, pastu baring di atas sofa lembut dan dengan berkata "xbox, play music", kita dah boleh dengar lagu kegemaran kita. Dan kalau nak menonton filem kegemaran, hanya menggunakan suara untuk memainkan filem tersebut. Mat saleh ckp "How cool is that huh?".
Kinect
Bukan itu sahaja, kalau nak pilih lagu-lagu atau filem-filem kegemaran, hanya layangkan tangan anda atau gerakannya di udara, pengesan dalam kinect ini akan mengesan pergerakan tangan anda dan jika dilihat pada skrin tv, ianya seperti kurser tetikus dalam komputer yang sedang bergerak.

Itu baru untuk bahagian multimedia entertainment, tak masuk lagi bab untuk permainan die.Kalau nak pandu kereta, hanya bayangkan seolah-olah anda yang mebawa kereta tersebut dan ya, andalah yang memandu kereta tersebut, masukkan gear, pusing stereng dan sebagainya serta macam-macam lagi yang boleh dinikmati dengan XboX 360 Kinect ini.
credit to the original owner
Artikel ini bukan untuk mempromosikan XboX 360 Kinect, tetapi untuk berkongsi keseronokan dan keterujaan penulis terhadap teknologi ini.
Dengan harga RM1299 (XboX 360 Slim + Kinect + Kinect Venture(game)+Full set), ianya mampu dimiliki oleh kebanyakan gamers dan juga pencinta teknologi sebegini. Klik di SINI

Yang pasti, ianya menjadi "Wish List 2011" penulis dan nantikan pos akan datang dengan pengalaman penulis sendiri bermain dan merasaai keunggulan teknologi kinect ini.
Adios.