Monday, March 28, 2011

Memperkenalkan... Blackberry PlayBook

Sebelum ini kita hanya mendengar khabar angin sahaja mengenai peranti baru Blackberry ini tetapi sekarang, RIM telah mengesahkan yang PlayBook boleh menggunakan perisian Android.

Jangan pelik kerana PlayBook ini tidak menggunakan Google Android sebagai OSnya tetapi masih lagi mengekalkan produk mereka iaitu OS QNX. Jangan konfius, Blackberry PlayBook ni sebenarnya boleh menyokong aplikasi Android yang juga seduh semestinya aplikasi RIM's App Store.

Akan tetapi, (ni part yang paling 'best'), cara untuk meng'install' aplikasi Android dalam PlayBook tidaklah semudah yang disangka. Ianya perlu dipaketkan semula, di-sign, dan dimuat naik ke BlackBerry App World.

Namun apa yang membanggkan mereka adalah ada kemungkinan besar banyak aplikasi yang boleh dimasukkan dalam PlayBook dengan adanya sokongan terhadap aplikasi Android yang memang diketahui banyak dibangunkan tersedia dalam Android Market. 

Ini juga sedikit sebanyak melupuskan kebimbangan mereka terhadap kekurangan aplikasi untuk dimainkan pada peranti mereka yang mana Blackberry memang terkenal dengan kekurangan aplikasi apantah lagi yang percuma dalam App World mereka. Ini berdasarkan rungutan dari kawan-kawan terdekat mengenai masalah kekurangan ini. :-)

Apa yang ditawarkan dalam produk mereka kali ini? 

  • Pertama sekali seperti yang diterangkan di atas;
  • Sokongan terhadap HTML5, Native C/C++, Flash dan AIR
  • Menjanjikan pengalaman 'gaming' kepada penggunanya dengan sokongan pembangun aplikasi permainan AIRPLAY dan UNITY 3
  • Peluang pasaran bagi pembangun lebih kurang 25000 aplikasi BlackBerry dan lebih kurang 200000 aplikasi Android.
Peranti ini dijangka dilancarkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada 19 April 2011. Untuk pasaran dunia dalam musim panas ini.

Untuk spesifikasi teknikal, nantikan dalam post seterusnya.

0 comments: