Dengan keluarnya iPad 2, sekarang khabar angin beralih kepada satu lagi peranti yang ditunggu-tunggu, iPhone 5. Berdasarkan laporan pengedar dari China, idealChina, iPhone 5 akan menyokong dwi-slot untuk kad sim yang mana akan datang bersama dua penyedia rangkaian yang berbeza.
Namun laporan ini memang bertentangan sekali dengan lumrah sedia ada yang mana menyatakan iPhone 5 akan dilengkapi dengan Qualcomm Gobi cellular/data chipset yang menyokong kedua-dua GSM dan CDMA dalam satu telefon dan kita telah tahu juga yang iPhone 4 versi Verizon dikeluarkan tanpa menggunakan kad sim.
Jadi mungkin inilah yang dimaksudkan dengan dwi-sim oleh laporan dari idealChina tersebut. Dalam laporan itu lagi menyatakan sokongan terhadap dwi-sim dengan adanya chipset Qualcomm tersebut, mungkin penggunaan dwi-line juga boleh dilakukan? Kalau difikirkan logik, Apple mungkin akan masih membenarkan penggunaan satu sim sahaja tetapi jika dibeli dari Verizon makan CDMA akan diaktifkan dan sebaliknya.
Apa pendapat anda?
My 2 Months Fully Paid Leave
12 years ago
0 comments:
Post a Comment