Tuesday, March 22, 2011

Kebangkitan Dari Kematian - Pre-quel

Semalam satu hariku di tempat kerja dihabiskan dengan membuat kajian serta bancian mengenai perkakasan komputer yang terbaru dipasaran serta jugak komputer pelayan yang boleh menepati syarat tender yang ditetapkan oleh peletak tender ini. Tidak pernah penulis begitu rajin menyusuri senarai-senarai harga barang di laman lowyat serta di laman web Dell dan juga HP untuk mencari spesifikasi yang paling optimun dan tidak melebihi bajet RM10K.

Di kala menyusuri senarai-senarai tu, teringatlah pulak kepada bekas teman permainan yang selalu menghiburkan hati dikala sunyi dan bingit dulu, tinggalan sejarah komputer peribadiku.


Tanggal Julai 2010, temanku telah pergi meninggalkan diriku setelah cuba dihidupkan beberapa kali dengan jari telunjuk di butang Power. Kejadian dikenalpasti dari terlebih bekerja lebihan masa dan tanggunggan. Temanku didesak untuk beroperasi sambil permainan Split Second sedang rancak berjalan dengan sokongan kad grafik AGP yang telah di Over Clock bagi melancarkan lagi permainan lumba kereta ini. 

Hatiku terdetik yang jika acara ini diteruskan, maka tidak panjanglah jangka hayatnya dan sedang asyik mendahului pelumba lain, pufffff......... monitor gelap, bau tengit menusuk hidung. Aduh!!!!... masak, masak lah kalau macam ni. Di tutup sebentar suis bagi meredahkan suasana. Di biarkan seketika supaya sejuk dan kemudian dicuba untuk dihidupkan kembali. Dengan lafaz bismillah, jari telunjuk meluru ke arah butang Power dan hampa sekali apabila tiada reaksi diberi. Dicuba dan dicuba lagi namum akhirnya akur dengan cubaan yang diberi. 

Pintu arkib dibuka dan disemat segala perkakasan bersamanya. Dengan sedikit harapan dipegang, diabdikan pada malam semalam apabila gerak hati ini mengatakan untuk cuba membaiki semula teman yang telah lama meninggal. 

Nak dipendekkan cerita, di sebalik bau hangit yang masih lagi ada sikit-sikit dalam tu walaupun dah hampir 7 bulan disimpan dalam arkib, selepas dicuba & jaya, akhirnya punca sebenar kerosakan telahpun diketahui. 

Rupa-rupaya salah satu RAM dari 3 batang telahpun rosak. Bile dicampurkan yang rosak itu maka komputer tidak dapat boot ke windows. Maka, secara konklusinya, penulis telah kehilangan teman bermain selama 7 bulan yang disangka rosak selama-lamanya hanya kerana 1 batang RAM. Mati-matilah ingat motherboard ke terbakar, kad grafik ke, adeh!!!!..

Tapi tidak mengapa, yang paling penting, FIFA 11 akan beraksi malam ini.

0 comments: