Tuesday, March 29, 2011

Penggunaan Firefox 4 mengatasi IE9

credit to the owner
Seperti yang disangka, penggunaan Mozilla Firefox mengatasi IE 9 sejak berada di internet minggu lepas. IE 9 yang tampil dengan antaramuka yang diperbaharui gagal untuk bertapak kukuh dihati pengguna. Berdasarkan data yang dikumpul oleh StatCounter dan NetApplications, penggunaan keseluruhan bagi Firefox 4 jauh lebih tinggi (jauh sangat-sangat) berbanding Internet Explorer 9.
Pengarah Komuniti Pembangunan Mozilla, Aza Dotzler telah mengeluarkan graf bagi menunjukkan perbezaan yang nyata lagi jelas ini.
Dotzler dengan bangganya menyatakan dalam kempen pemasarannya;

As you can see from the chart, Firefox 4’s release kicked off with considerably more excitement and momentum. IE 9’s release, which was backed by one of Microsoft’s biggest launch marketing campaigns in recent history, had a comparatively weak showing.
So what explains this disparity? It’s you all. It’s every one of you that downloaded Firefox 4, found it to be awesome, and told all of your friends and family about it. No ad campaign from Microsoft can top that. Keep spreading the word. Firefox answers to no one but you!
Tetapi, kita kena ingat satu perkara iaitu bagaimana cara dua pesaing ini memasarkan produk dieorang. Jika kita perasan, Firefox selalunya akan 'update' 'browser' secara automatik sampaikan kita tidak akan perasan selagi kita tidak 'restart' browser tersebut atau klik pada butang 'help' untuk melihat proses yang sedang berjalan.

Microsoft pula hanya menawarkan 'update' melalui 'Windows Update' mereka serta dan mungkin disebabkan dahulunya IE memang terkenal dengan kelembabannya, jadi mentality pengguna telah diset untuk jarang menggunakan IE dan lebih cenderung kepada Firefox malah penulis pun lebih cenderung menggunakan Firefox berbanding IE.

Jadi, 'mind set' ini terbawa-bawa hinggalah generasi ke generasi update seterusnya. Bagaimana pula dengan pembaca?

0 comments: