Thursday, March 10, 2011

Menu Bar hilang dari MS Outlook

Secara statistiknya tidak dapat dinyatakan dengan tepat berapa ramai yang pernah menghadapi perkara ini lebih-lebih lagi kepada yang selalu menggunakan MS Outlook dalam kehidupan seharian meraka tetapi pernah tak di suatu hari yang indah anda membuka MS Outlook dan dapati tiada Menu Bar di tempat yang biasa fungsi ini berada?

Kalau tak pernah memang nasib baik, tapi kalau pernah dan sampai sekarang belum selesai lagi masalah itu walaupun dah beberapa kali install & uninstall, tolak format sahaje, artikel ini sangat sesuai dijadikan panduan.

  • Masalah dimulakan dengan ketiadaan Menu Bar pada MS Outlook anda;


  • Kemudian anda cuba godek-godek kat Status Bar, right-click pada Toolbar, tekan Customize;


  • Secara jelasnya, memang sudah terpapar yang 'Menu Bar' telah ditanda, tapi tidak kelihatan pun;


Cara penyelesaian? Mudah sahaja. Tetapi sebelum itu, sila lakukan perkara berikut.

  1. Benarkan "Show hidden file and folders"
  2. Tutup MS Outlook

Jika Windows XP atau Vista, susuri laluan berikut. Untuk Windows 7, Documents and Settings diganti dengan "Users".

"C:\Documents and Settings\(Nama Komputer)\Application Data\Microsoft\Outlook" dan cari file bernama "outcmd.DAT" kemudian DELETE.

Selepas DELETE, anda boleh buka MS Outlook dengan hati yang gembira melihat Menu Bar telah kembali ke pangkuan jalan.

Tips:

Kepada sesiapa yang mengalami masalah untuk mengetahui folder mana yang perlu di tekan pada bahagian ini;

Sila rujuk pada nama apabila anda menekan Start Menu;



dan untuk membenarkan fail tersembunyi dipaparkan, sila berbuat seperti di bawah;

Buka My Computer, perhatikan Manu Bar, tekan Tools --> Folder Option --> View


Tik pada "Show hidden files and folders" dan tekan OK.

Harap dapat membantu kepada yang memerlukan bantuan.

0 comments: