Thursday, March 3, 2011

iPad 2: Harga, Keupayaan dan Fungsi: Segala yang perlu diketahui

credit to original owner
Kita sedia maklum yang Apple telah melancarkan iPad 2 pada 2 Mac 2011 yang bersamaan dengan 3 Mac 2011 jam 2 pagi waktu malaysia. Segala spekulasi dan khabar angin yang berlegar-legar di ruang siber akhirnya mendapat kata putus dan teka siapa yang memberikan ucap tama kali ini?
Steve Jobs. Khabar angin juga mengatakan yang beliau mengambil cuti sakit selama sebulan dan tidak akan muncul pada pelancaran iPad 2 kali ini namun sangkaan itu semuanya salah nampaknya.

Okay, berbalik kepada iPad 2, seperti yang tertera dalam pos-pos sebelum ini, kita dapati banyak anggapan yang dibuat dari segi rekabentuk mahupun fungsi-fungsi yang bakal ada dalam iPad 2. Saya boleh katakan yang sehingga semalam, rata-rata 80% adalah benar. Mana tidaknya, dari pemproses A5 Dwi Teras, Kamera Depan/Belakang hinggalah rangka berwarna putih (maaf, tak sempat nak pos), semuanya kita dapat lihat pada iPad 2 ini. Cume beberapa info lain seperti slot USB dan slot Kad Memori yang sedikit lari dari kelompok khabar angin yang sebenar.

Baiklah, khabar angin dah lepas, Steve Job dah kasi ucaptama, iPad 2 pun dah ada, sekarang jom kita tengok fungsi dan apa yang ada dalam iPad 2 ini;

Pra-Tempahan

Kepada kipas susah mati iPad, mestilah tidak mahu memperoleh iPad 2 ini setelah 5 bulan dilancarkan di US kan? Jadi anda bolehlah membuat tempahan di laman web Apple. Jikalau iPad mula dijual pada April setelah dilancarkan pada January, iPad 2 lagi cepat. Mereka akan memulakan penghantaran ke negara-negara lain pada 25 dan 26 Mac. Tapi sayangnya Malaysia tiada dalam senarai tersebut. Tapi, seperti yang berlaku pada iPad, iPad 2 juga boleh didapati dengan cara yang sama. Cuma perlu sedikit usaha jika anda tahu apa yang penulis maksudkan. Owh ya, dan negara-negara dan dapat merasai peranti Apple ni dulu adalah Australia, Austria, Belgium, Canada, Republik Czech, Denmark, Finland, Perancis, German, Greence, Iceland, Itali, Ireland, Hungary, Jepun, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland dan United Kingdom.

Harga
credit to original owner

Sepeti yang diwar-warkan, ianya datang dengan harga yang sama (USD) seperti iPad. Bermula dari $499, pengguna akan dicas berdasarkan jumlah memori dan pakej data yang digunakan. Tapi kalau kat Malaysia, jangan nak haraplah boleh dapat dengan harga RM15XX, sebab satu, bergantung pada pakej data yang ditawarkan oleh Maxis (sebab maxis je yang tawarkan iPad pakej secara rasmi) dan mana-mana yang dapatkan di pasaran negara jiran ke, dekat lowyat ke, memang mark up kaw - kaw punya. Lihatlah apa jadi pada iPad sebelum ini.

A5 Dwi Teras
credit to original owner

Ini salah satu spekulasi yang menjadi kenyataan. Pemproses A5 Dwi Teras untuk memberikan lebih kelajuan baik dari permainan ataupun kerja-kerja membuka aplikasi lain yang mana ianya 2 kali lebih pantas dan kelajuan grafik 9 kali lebih pantas dari generasi sebelumnya.

Nipis & Ringan
credit to original owner


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, iPad 2 lebih-lebih nipis dan ringan dalam ukuran 33% lebih nipis. Ketebalannya adalah 8.8mm dari 13.4mm yang membuatkannya lagi nipis dari iPhone 4.

Warna (Hitam & Putih)
credit to original owner


Apple akhirnya dapat mencari penyelesaian untuk menghasilkan rangka putih tanpa menurunkan kualiti kamera yang mana itu merupakan kebimbangan mereka dalam mengeluarkan versi putih dan ianya boleh didapati bersama dengan warna hitam.

Kamera depan untuk Facetime
credit to original owner


Anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada panggilan video sehala dengan kehadiran kamera depan. Sesetengah orang mungkin akan menyangkal untuk mengambil gambar sendiri dari peranti bersaiz 10 inci tapi untuk Facetime, rasanya tiada yang akan menyangkal.

Kamera HD untuk Video HD
credit to original owner

Ya, kamera belakang boleh merakam video HD dalam saiz 720p.

Gyroscope


Mereka membina accelerometer, anda boleh menggunakan peranti tersebut dalam 4 posisi skrin yang berbeza, sekarang dengan gabungan accelerometer, three-axis gyroscope dan kompas, ianya boleh mengesan pergerakan dan kedudukan ipad, ke mana ianya mengadap dan bergerak jadi permainan, peta dan beberapa aplikasi lain akan tahu yang pengguna sedang memusingkan, sengetkan 360 darjah dan macam-macam pergerakan dapat dikesan. Ianya merupakan kemenangan epic bagi permainan. Ianya satu permulaan bagi masa depan yang lebih maju.

iOS 4.3


iPad 2 akan dilengkapi dengan iOS 4.3 yang boleh dimuat turun pada 11 Mac ini.


Resolusi skrin & Hayat Bateri


LED Backlighting membuatkan paparannya lebih vivid, crisp, dan vibrant. Dengan penggunaan teknologi IPS (in-plain switching) yang mempunyai 178 darjah pengelihatan. Pegangnya dalam satu persembahan, malah orang sebelah anda maih lagi dapat melihat apa yang tertera pada skrin. Tidak seperti skrin laptop.

Walaupun nipis dan ringan, iPad datang dengan 10 jam hayat bateri. Dengan teknologi penjimatan tenaga A5 and iOS membolehkan output bateri dapat dioptimumkan untuk kegunaan seharian.

Aksesori


Apa yang anda boleh tambah dengan iPad 2? Hurm.. tak banyak cuma setakat ini hanya dua benda yang berguna ini.

Kabel HDMI 1080p
credit to original owner


Kabel ini boleh didapati dengan harga $39 (RM120), walaupun macam mustahil nak dapat harga tu kat Malaysia. Dengan kabel ini, ianya mengeluarkan output 1080p yang boleh disambungkan pada monitor dan bahagian yang paling best, ianya juga bertindak sebagai pengecas.

Pelindung Pintar (Smart Cover)
credit to original owner


Apple memperkenalkan Smart Cover bagi peranti iPad 2 kali ini. Ianya seperti pelindung yang boleh dilipat yang boleh dilekatkan pada bahagian depan dengan magnet dan bahagian yang paling menarik adalah Auto Wakes UP jika pelindung dibuka dan Auto Sleeps sebaliknya. Ianya boleh didapati dalam poly ataupun kulit. Poly datang dengan 5 warna dan bernilai $39 (RM120) setiap satu dan kulit lebih mahal iaitu $69(RM210).

Bercakap mengenai pasarannya di Malaysia, seperti yang sedia berlaku pada iPad, yang mana ianya boleh didapati di kedai-kedai terkenal ataupun ada insan yang cukup bijak membuat bisnes dengan tolong belikan di negara jiran dengan sedikit imbuhan. Dan yang pasti, harga permulaan memang tak akan dapat RM2000. Paling kurang markup + harga betul lebih kurang RM2400. Itu tidak termasuk harga untuk 3G + Wifi lagi. Yang tu lagilah mereka ni lagi suka nak cekik pembeli. Ntah-ntah boleh cecah RM3000. Siapa tahu... jom kita tengok dalam sebulan dua ni.

2 comments:

nora chan said...

nak tanya,kalau guna ipad, dapat x sy buat lukisan,dlm software macromedia flash dgn guna ipad?? takut nnti kalau skiranya dpt pun,tmpat mlukis die kecik, mcm kite guna notebook,sy tgk die pnye workplace kecik je..xleh nk adjust dh..

RepoMeng Rocky said...

sayangnye iOS tak support flash jadi micromedia flash x mungkin dpt digunakan di ipad.