Tuesday, March 29, 2011

BlackBerry - Aplikasi Terpilih Untuk Dicuba

Berdasarkan pengalaman dari rungutan rakan-rakan mengenai kekurangan aplikasi yang best dalam BlackBerry, kali ini penulis cuba untuk tampilkan beberapa aplikasi BB yang boleh dicuba walaupun mungkin ada antara pembaca yang telahpun mempunyai aplikasi tersebut.

Kita mulakan dengan;


App Stalker dari S4BB Limited
App Stalker merupakan aplikasi yang menarik yang dikeluarkan oleh S4BB Limited. Aplikasi ini akan mengimbas BlackBerry App World dan akan menyenaraikan aplikasi-aplikasi yang telah dipindahkan dari 'Paid' kepada 'Free' atau sebarang perubahan harga aplikasi. Ianya akan menyenaraikan aplikasi mengikut jenis seperti 'Price Drop', 'Free Now'.

Harga aplikasi biasanya akan selalu jatuh dan aplikasi ini adalah medium yang terbaik dalam memberitahu pengguna mengenai perubahan tersebut. Pengguna tidak perlu lagi 'stalk' aplikasi tertentu yang anda inginkan tetapi mahal untuk dibeli. Hanya lakukan kerja-kerja harian dan App Stalker akan menjalankan kerja-kerja 'stalk' untuk anda. :-)

Aplikasi ini boleh digunakan dalam BB berikut;

BlackBerry 8100 BlackBerry 8110 BlackBerry 8120 BlackBerry 8130 BlackBerry 8220 BlackBerry 8230 BlackBerry 8230f BlackBerry 8300 BlackBerry 8310 BlackBerry 8320 BlackBerry 8330 BlackBerry 8330m BlackBerry 8350i BlackBerry 8520 BlackBerry 8530 BlackBerry 8700c BlackBerry 8700f BlackBerry 8700g BlackBerry 8700r BlackBerry 8700v BlackBerry 8703e BlackBerry 8705g BlackBerry 8707g BlackBerry 8707h BlackBerry 8707v BlackBerry 8800 BlackBerry 8820  BlackBerry 8830 BlackBerry 8830m BlackBerry 8900 BlackBerry 9000 BlackBerry 9100 BlackBerry 9105 BlackBerry 9300 BlackBerry 9330 BlackBerry 9500 BlackBerry 520 BlackBerry 9530 BlackBerry 9550 BlackBerry 9630 BlackBerry 9650 BlackBerry 9670 BlackBerry 9700 BlackBerry 9780 BlackBerry 9800


Currency Converter dari Sentinel Solutions
credit to the owner
Ianya satu aplikasi yang 'simple' untuk telefon BB anda. Kebanyakan mata wang dunia ada tersedia dalam aplikasi ini. Kadar tukaran mata wang yang digunakan adalah berpandukan kadar semasa yang sebarang 'update' adalah berpandukan kedudukan terkini yang diperoleh di internet. Sesuailah untuk pengguna yang selalu mengambil tahu mengenai pasaran dunia ataupun yang ingin melancong ke luar negara dan yang sewaktu dengannya. Ianya percuma dan boleh dipakai di kebanyakan telefon BB. Fungsinya;
credit to the owner


  • 150 tukaran mata wang
  • Kadar tukaran terkini mengikut pasaran semasa
  • Tukaran lebih dari satu mata wang dalam satu masa
  • Menyimpan senarai mata wang yang pernah ditukar sebelum ini
  • Menyokong tukaran matawang tanpa bantuan internet (Kadar tukaran mestilah diselaraskan dahulu)
  • Penyelarasan kadar tukaran terkini
  • Penyedian emel kadar tukaran mata wang
Setakat ini sahaja dahulu pengenalan bagi seksyen BlackBerry ini. Sehingga ke post seterusnya, Stay Tune.

0 comments: