Monday, March 14, 2011

BBC News Flash - Radiasi Nuklear Tersebar ke Asia - TIDAK BENAR!!

Radiasi
 "BBC FLASHNEWS: Japan government confirms radiation leak at Fukushima nuclear plants. Asia countries should take necessary precautions. If rain comes, remain indoors first 24hrs. Close doors & windows. Swab neclskin with betadine where thyroid area is, radiation hits thyroid first. Take extra precautions. Radiation may hit Phil at starting 4pm today. Pls send to your loved ones."
 Mungkin ada di antara pembaca yang digemparkan dengan mesej atau status FB seperti yang di atas dan dari itu, bermulalah episod mesej ini diforwardkan kepada yang lain dan begitulah seterusnya sehingga mesej itu dapat kembali kepada si pengirim. Status FB mula penuh dengan komen-komen, tidak kurang juga dengan Twitter dan sebagainya. 

Penulis tidak terlepas dengan mendapat mesej ini. Haruslah tidak dipercayai bulat-bulat. Perkara pertama yang dilakukan bagi mengesahkan perkara ini adalah dengan melakukan lawatan mengejut ke laman web BBC yang menjadi point utama yang menampakkan seolah-olah berita ini datangnya dari sumber yang sangat terkenal yang bolehlah dipercayai - BBC.

Jika benarlah tajuk ini yang hangat dan sedang rancak disebarkan, kenapa tiada satu link pun yang boleh membaca pelawat web terus kepada huraian tajuk di atas, dan sudah pasti tajuk itu berada paling atas dan paling mudah dilihat oleh pengunjung namum apa yang penulis dapati pada tajuk utama laman BBC tersebut adalah http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12729138

Itu satu perkara. Dalam mesej tersebut juga diperkatakan yang radiasi tersebut akan sampai di Filipina pada jam 4pm waktu apa tidak dinyatakan. TETAPI berbeza pula dengan apa yang disiarkan di laman web Institut Kajian & Pembangunan Nuklear Filipina (PNRI) yang mana tahap radiasi di Filipina adalah normal.

Ini adalah kenyataan mereka:
"The DOST-PNRI routinely undertakes daily radioactivity monitoring in the environment. Based on DOST-PNRI monitoring, there has been no increase in the levels of radioactivity since the time of the Fukushima event."
"A plume trajectory study from the Fukushima site by the World Meteorological Organization based in Melbourne, Australia showed that the plume from the site of the incident will not pass the Philippine territory as of March 14, 2011."
Sumber: http://www.pnri.dost.gov.ph/index.php

Mungkin ada juga yang terfikir sebab kenapa berita ini tidak dihebohkan mungkin untuk menyedapkan hati rakyat-rakyat di negara yang dalam lingkungan bahaya tersebut tapi cuba kita fikir balik, bila dah berkaitan dengan isu keselamatan dan kesihatan rakyat, mana mungkin mereka boleh merahsiakan sahaja perkara ini dan berlakon seolah-olah perkara tersebut tidak berlaku seperti dalam beberapa isu sebelum sebelum dan sebelum ini.

 Jadi di sini adalah diingatkan kepada semua agar tidak terlalu mudah untuk mempercayai berita-berita palsu yang disebarkan melalui mesej-mesej dan jugak emel-emel. Pastikan dahulu kebenaran sumber dengan merujuk kepada lebih dari satu sumber.

Sekian.


0 comments: