Thursday, March 31, 2011

iOS 5 Bakal Dilengkapi Intergrasi Suara Menyeluruh

Menurut sumber, Siri mungkin menjadi resepi utama dalam pembangunan iOS 5. Diperkenalkan oleh Apple tahun lepas, Siri adalah aplikasi iOS yang membolehkan pengguna untuk menjalankan sesuatu tugasan dengan menggunakan suara dan semestinya dalam bahasa inggeris. Sebagai contoh, bertanyakan aplikasi tentang apa yang berlaku di sesuatu tempat pada masa tersebut. Seperti apa yang berlaku di KLCC contohnya. Cool giler.
credit to the owner
Dijangka diumumkan pada WWDC june ini, iOS 5 dijangka diperbaharui dengan update dan juga beberapa tambahan fungsi baru seperti di atas ini. Integrasi mendalam ke atas iOS membuka satu lembaran baru dalam dunia 'hands-free' yang sebenar. Fungsi ini sebenarnya dah lama kita tengok dalam cerita-cerita sci-fi tetapi kali ini ianya akan direalisasikan.

Kita sekarang dah berada di masa depan sebenarnya, terima kasih kepada teknologi skrin sentuh dan pc tablet. Cuma tunggu sahaja kita kasi arahan kepada perkakasan pula lepas ni.

0 comments: