Wednesday, March 16, 2011

Ujian Kualiti Gambar iPad 2, Motorola Xoom & Samsung Galaxy Tab

iPad 2 datang dengan kamera depan & belakang tetapi persoalan di sini, sejauh mana kualiti imej yang dapat dihasilkan? Ujian ini telah dijalankan oleh Macworld bersama dengan pencabar iPad 2 yang lain Motorola Xoom & Samsung Galaxy Tab. Malangnya, hasil yang diperoleh agak mengecewakan.

Ujian dilakukan dengan merakam imej dari ketiga-tiga peranti ini dan dibandingkan antara satu sama lain. Aspek yang ditekankan dalam pengujian ini adalah dari segi komposisi warna dan kualiti imej keseluruhan. Sementara ujian video dilakukan untuk menilai kualiti bagi video yang diambil dalam keadaan gelap dan terang.


Dalam kesemua ujian, Motorola Xoom boleh dikatakan dapat berdiri megah dikalangan pesaingnya. Dengan 5 megapixel kamera belakang, ianya yang tertinggi dalam golongan tablet di pasaran seterusnya dapat menghasilkan kualiti gambar yang bagus.

Berbekalkan 3 megapixel, Samsung Galaxy Tab nampaknya boleh mengisi tempah kedua kecuali dalam pengujian video yang mana ianya menghasilkan output paling buruk dalam keadaan kurang cahaya.

iPad 2 dengan 0.69 megapixel nampaknya cukup-cukup untuk pengujian video tetapi tidak untuk penghasilan kualiti yang baik untuk imej pegun tetapi fotografi bukanlah penentu baik atau tidak kamera itu.

Apa yang pasti, tiada tablet yang boleh menandingi kualiti iPhone 4 yang juga digunakan sebagai penanda aras dalam ujian ini.

Samada hasil ujian ini menjadi sebab musabbab kepada pembelian peranti-peranti ini atau tidak, itu terpulang kepada selera pembeli berserta bajet masing-masing. Berapa banyak sangatlah kita tengok orang ambil gambar dengan device dieorang? Untuk suka-suka bolehlah.

Berikut adalah hasil ujian.

Motorola Xoom

Samsung Galaxy Tab

Apple iPad 2

0 comments: