Tuesday, March 22, 2011

Tips Menjaga Keselamatan Telefon Pintar Anda

Sejak terkenalnya telefon pintar dikalangan pengguna telefon bimbit sekarang, makin banyak di lihat di dada akhbar mengenai telefon seseorang digodam untuk mendapatkan apa sahaja yang boleh memberi keuntungan atau keseronokan kepada si pengodam itu.

credit to the owner
Dulu cukup terkenal dengan telefon Paris Hilton berjaya digodam dan hasilnya kita boleh tengok di sebalik jaring-jaring internet yang menjadikan nama Paris Hilton menduduki carta teratas dalam enjin carian yahoo satu ketika dulu. Pastu diikuti pulak dengan beberapa lagi celebriti yang menjadi target insan berprofil pengodam ini. Tidak kurang juga dengan telefon yang dicuri yang mana tidak perlu menuggu perkembangan teknologi untuk ianya berlaku. Nokia 3310 pun ada orang curi, apatah lagi generasi yang seterusnya.

Itu masa mula-mula baru pandai nak godam telefon. Sekarang, apa yang dapat dicapai dengan pengodaman telefon lebih membimbangkan apatah lagi dalam kehidupan peribadi pengguna. Kalau dulu, hanya video, buku telefon, buku hutang sahaja yang boleh diambil, sekarang bukan itu sahaja, malah mencuri dengar perbualan telefon, mengetahui kedudukan pengguna telefon tersebut malah ada yang mengaktifkan camera atau speaker tanpa anda sedari dan banyak lagi. 

Lihatlah fungsi yang ditawarkan oleh telefon pintar sekarang. GPS, Altitude, CDMA, Kamera pixel tinggi dan sebagainya. Lebih-lebih lagi dengan plan data yang tiada had capaian internet yang syarikat telekomunikasi tawarkan sekarang ni. Bukan untuk menyalahkan teknologi sebenarnya tetapi jika tidak berhati-hati, kesenangan yang kita kecapi dari teknologi takut-takutnya memakan diri. Sapa tahu apa yang ada dalam telefon anda mungkin hanya gambar muka sendiri sebesar skrin telefon di bilik berseorangan di depan cermin tetapi siapa tahu apa yang mungkin penjenayah bertopi hitam ini boleh buat dengan hanya berbekalkan gambar anda sendiri.
credit to the owner
Baiklah, sudah berceloteh panjang, ini adalah saranan yang dianjurkan untuk melindungi telefon anda. Nampak macam "common sense" tapi inilah yang anda abaikan sebenarnya.

  • Letak Kata Laluan: Jika telefon anda dicuri, takdelah si pencuri tu dapat masuk atau guna sebab nak masuk pun dah ada kata laluan. Nak jual apetah lagi. Jadi paling kurang pun, Kalah-Kalah punya situasi tapi mintak dijauhkanlah semua ini.

  • Berhati-hati apabila memasukkan aplikasi dalam telefon: Aplikasi adalah tulang belakang dalam memastikan sesuatu telefon pintar itu dapat dinikmati oleh penggunanya. Mana tak nya, kalau telefon je name telefon pintar, tetapi hanya aplikasi untuk kerja semata-mata, mana keseronokannya?.Jadi, kalau nak masukkan aplikasi dalam telefon, pastikan dari sumber yang dipercayai. Salah satu cara untuk pengodam untuk memasuki telefon anda adalah dengan cara ini. Buat aplikasi, upload ke internet dan bila dah diinstall dalam telefon, maka pengodam ini boleh akses telefon anda dari dalam macam trojan horse.

  • Tambah-baik sistem operasi telefon: Mana-mana Mobile OS pon akan ada updatenya. Tidak kiralah baik iOS, Android, Windows Phone, Bada dan sebagainya kerana mereka juga menambah-baik dan mencari kelemahan untuk dibaiki bagi keluaran masing-masing.

  • Pastikan telefon anda dilengkapi dengan fungsi carian jika dicuri atau tersalah letak kat ataupun tercicir di merata tempat seperti Find My Phone dalam Windows Phone 7 atau Find My iPhone dalam iOS dan yang sewaktu dengannya. Jika ditakdirkan telefon anda tidak mempunyai fungsi ini, maka berserahlah pada 3 tips di atas untuk dipraktikkan.

Selamat menjaga keselamatan telefon anda.

1 comments:

Anonymous said...

Your blog looks nice, even so it would be far better if you’ll be able to use lighter colors too as a professional design. This will make sure that a lot more readers come to check it out.Informative post by the way!

nolvadex