Thursday, March 3, 2011

iPad 2 dah keluar, apa jadi kat iPad?

iPad 2 dah keluar, jadi apa jadi kat iPad? Kemungkinan penurunan harga? Banyak lambakan iPad di forum-forum atau di Mudah.My serta lelong.com.my mahupun ebay? Atau juga kapasiti e-waste akan bertambah selepas ini? Yang paling last tu paling tak logik agaknye. Dah kaya sangat ke sampai nak buang je iPad yang dah lame berbakti selama ini?


Okay, walau apa pun, kita dah boleh lihat kesannya melalui laman web Apple Store Malaysia sendiri. iPad sekarang boleh didapati dengan harga RM350 lebih murah iaitu RM1,199. Kalau dulu masing-masing boleh kerek tak nak turun harga, harga tetaplah, apelah, sekarang dieorang dah tak boleh nak buat macam tu dah.

Barang baru masuk di pasaran yang mana lebih dari barang sebelumnya dan dijual pulak dengan harga yang sama masa barang lama masuk pasaran dulu, sah-sahlah mereka ni kene turunkan harga barang lama tu. (Wow, ape aku membebel ni?)

Jika dulu Maxis jual iPad Wifi sahaja dengan harga RM1,549 (16GB); RM1,849 (32GB); RM2,149 (64GB); dan Wifi + 3G RM1,999 (16GB); RM2,299 (32GB) & RM2,599 (64GB) sekarang, di Apple Store Malaysia, harganya seperti berikut;

Untuk versi Wifi, pengurangan sebanyak RM350 dan versi Wifi + 3G sebanyak RM400.

TETAPI, persoalannya, dengan iPad dah lama berada di pasaran, dan dengan keluarnya iPad 2, adalah pengurangan harga ini dapat membantu penjualan mereka serta adakah pengguna masih lagi mahu membeli iPad walaupun harganya telah jatuh?

0 comments: