Wednesday, March 30, 2011

Kelambatan iPhone 5 dijangka - 2012

Dengan Apple WorldWide Developer Conference (WWDC) yang bakal tiba 1-2 bulan je lagi, para pemerhati gajet terutamanya iPhone 5 mesti dah tak sabar nak menunggu apa kejutan yang bakal disediakan oleh Apple tetapi dengar kbabarnya, mereka ni kene tunggu lagi lama dari yang mereka jangka.


white iPhone 4
Dalam satu laporan mengatakan WWDC tahun ni hanya mengetengahkan perisian sahaja. Maknanya, tiadalah iPhone 5 kawan-kawan.
Apple memberi penekanan kepada perisian dalam WWDC kali ini dan bukannya peragaan perkakasan
Sumber bagi laporan ini biasanya hampir-hampir tepat dengan apa yang dikhabarkannya sebelum ini dan mempercayai kata-kata beliau boleh dilakukan tanpa was-was walaupun penulis berharap bukanlah untuk kali ini.

Dengan Apple sedang giat memfokuskan kepada perisian, maka bolehlah kita boleh jangka beberapa penambahan drastik dari segi fungsi mahupun kebolehan iOS yang bakal keluar nanti... iOS 5 mungkin.

Jika betul iPhone 5 tidak dikeluarkan tahun ini, jadi apa yang akan disajikan dalam WWDC nanti? Sumber yang lain menyebut Apple belum pun lagi menjalankan proces penghasilan terakhir iPhone 5 yang mana, kalau tak mula sekarang, jangan harap iPhone 5 boleh keluar dalam tempoh terdekat ni.

Ini memberi isyarat berlakunya perubahan kitaran pengeluaran iPhone dari jadual asal mereka yang biasanya pada bulan 6. Dengan iPhone Verizon yang baru sahaja berada di pasaran dan ditambah pula dengan iPhone 4 putih yang dijangka keluar bulan depan, tidak hairanlah iPhone 5 dianjak sehingga ke tahun depan. 

Tapi apa-apa sebelum kita layan lebih pasal khabar angin ni, kita tunggu je lah WWDC yang akan datang.

0 comments: