Showing posts with label mystory. Show all posts
Showing posts with label mystory. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Kebangkitan Dari Kematian - Pre-quel

Semalam satu hariku di tempat kerja dihabiskan dengan membuat kajian serta bancian mengenai perkakasan komputer yang terbaru dipasaran serta jugak komputer pelayan yang boleh menepati syarat tender yang ditetapkan oleh peletak tender ini. Tidak pernah penulis begitu rajin menyusuri senarai-senarai harga barang di laman lowyat serta di laman web Dell dan juga HP untuk mencari spesifikasi yang paling optimun dan tidak melebihi bajet RM10K.

Di kala menyusuri senarai-senarai tu, teringatlah pulak kepada bekas teman permainan yang selalu menghiburkan hati dikala sunyi dan bingit dulu, tinggalan sejarah komputer peribadiku.

Wednesday, July 28, 2010

:: The story behind the wall ::

Pagi Isnin yang agak-agak mendung skit, terjaga aku dari tido yang panjang, dek terdengar ringtone 'Santa Esmerelda - You're my everything' di sisi kamar tidur, lalu kuangkat dengan disapa suara  lembut singgah di telinga mengajak aku untuk pergi bersiap2 ke tempat kerja.

Sementara dalam aktiviti menarik tenaga supaya dapat tubuh ini meninggalkan katil untuk pergi ke bilik air, terpacul dari mulu si dia mengenai apa yang sedang dibangunkan sekarang ini. Idealogi yang bernas lagi menarik terus mengaktifkan sel-sel otak yang tengah tidur lagi tu untuk menceburkan diri kembali dalam bidang pembikinan laman web yang telah ditinggalkan agak-agak lebih kurang 3 tahun macam tu..

Semasa dalam perjalanan menempuh kesesakan lalu-lintas yang memang tak akan selesai ni, penyediakan material dan platform pembikinan sedang rancak berlari-lari di minda. Menyingkap semula dan semua yang pernah dilalui sebelum ini sedikit sebanyak membantu untuk melancarkan lagi penyusunan idea.

Dimulai dengan menzahirkan kerangka pengisian komponen blog di buku contengan, sehinggalah kepada proses 'cuba & jaya' (maklumlah, dah lame x sentuh) akhirnya terciptalah blog ini.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengerakkan hati si dia untuk memperlihatkan apa yang aku tidak nampak sebelum ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Nur Hidayah binti Anuar yang menjadi pencetuskan idea di sebalik pembinaan blog ini dikala aku dibutai dengan kematian komputerku di mana aku rasakan seolah olah lama kelamaan akan bertukar menjadi zombie.Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada beliau.
Terima kasih sayangku..