Thursday, February 24, 2011

Paparan rajah Windows 8 sudah kelihatan

Sedang sibuk Microsoft giat membangunkan Windows 8, ada pula 'kebocoran' gambar yang tengah timbul kat internet sekarang.


Gambar ini ehsan dari Zokuna yang memang terkenal dengan pemberi maklumat tegar mengenai Windows Beta yang seperti ditunjukkan dalam gambar di atas yang memerlukan pengguna me'restart' sebelum menyambung untuk memasukkan 'update' tersebut. Gambar ini dari binaan 6.2.7930.0.winmain_win8m2.110217-1825.


Bagaimanapun, gambar ini hanya menunjukkan paparan Windows Update tanpa kehadiran paparan gambarajah pengguna (UI) yang lain.

Microsoft akan memulakan Windows 8 Milestone pada penghujung bulan 2 ini yang mana tidak berapa lama lagi kita akan dapat lihat Windows 8 versi Beta akan dikeluarkan.

Sumber mengatakan Windows 8 ARM Compatible version dijangka dikeluarkan untuk PC tablet dahulu diikuti untuk PC desktop.

0 comments: