Friday, February 18, 2011

iPhone Nano/Mini tanpa peranti ingatan simpanan

Salah satu sumber telah mengesahkan yang Apple sedang dalam cubaan menghasilkan iPhone Nano/Mini yang mana akan mengabaikan penggunaan memori dalaman dan hanya bergantung kepada jaringan awan internet (cloud) lebih kurang konsep Google OS


"Apple dalam usaha mencari bagaimanakah caranya untuk mengabaikan beberapa komponen supaya boleh menghasilkan iPhone dalam saiz yang lebih kecil.


Jadi Apple telah mengambil keputusan untuk 'membuang' memori dalam yang mana komponen yang paling mahal dalam iPhone, 1 per 4 dari jumlah kos penghasilan satu iPhone. (WOW, pemproses dia lagi murah dari memori).


iPhone Nano/Mini hanya akan mempunyai memori untuk 'buffer' media dari 'cloud' sahaja".

Menurut sumber juga, memori yang ada pada iPhone hanya untuk menyimpan sistem pengoperasian, 'cache' sistem, mungkin untuk foto atau video yang diambil dari kamera. Selain daripada itu, semuanya akan bergantung kepada servis MobileMe yang telah ditambahbaik untuk menepati ciri iPhone Nano/Mini ini.

"Peranti ini tidak mungkin tiada memori langsung - bagaimana dengan sistem pengoperasian dan data sistem yang kritial?"


"dan bagaimana pula dengan gambar atau video yang diambil dengan menganggap ianya dilengkapi dengan kamera? Tiada memori dalaman bermakna semua media perlu dimuatnaik ke internet dan mungkin dalam masa sebenar. (real-time)"


Laporan ini diambil dari khabar angin terbaru dari The Wall Street Journal dan Bloomberg mengenai iPhone Nano/Mini yang mana Apple merancang untuk memperkenalkanya bersama pengeluaran iPhone 5 pada musim panas ini.

0 comments: