Friday, February 18, 2011

PS3 - Jangka hayat 10 tahun?

credit to original owner
Sony PlayStation 3 mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan ianya mempunyai beberapa versi tambahbaik sepanjang 5 tahun selepas itu. Bolehkah kita dapatkan PSX versi baru tidak lama lagi? Jawapannya TIDAK berdasarkan sumber.


Sementara PlayStation 2 and PlayStation telah bertahan selama 5 tahun, PS3 nampaknya akan berada disekeliling kita buat jangka masa yang agak lama lagi yang mana PS3 dikatakan mempunyai jangka hayat selama 10 tahun.

Hirai percaya walaupun semua dah sedia maklum, masih ada yang boleh ditambahbaik pada PS3.

"Setiap tahun, kami memperkenalkan produk baru dengan fungsian terbaru," kata Hirai yang menandakan yang PS3 masih belum mencapat tahap optimum. "Itulah sebabnya kami tidak akan mengeluarkan PS4 atau PS generasi seterusnya, apa saja yang kamu mahu panggil."


Dengan barisan permainan di pasaran seperti Gran Turismo 5 dan Final Fantasy 13 mula melonjakkan keupayaan perkakasan PS3 lebih jauh. Ianya satu yang menarik mengetahui Sony menjangka lebih kurang 5 tahun lagi untuk konsol mereka itu.

Jadi apa yang Sony sedang buat sekarang? Tak kan nak duduk saja je. Menurut Hirai lagi, mereka sedang mengusahakan generasi seterusnya untuk PSP.
credit to original owner
"Dikenali sebagai konsol di rumah, PS3 telah berada di pasaran sejak 2006 dan mempunyai 10 tahun jangka hayat.. saya rasa nilai PS3 bakal meningkat lagi jadi PS4 bukanlah sesuatu yang perlu hangat diperdebatkan sekarang. Ini bagi mengatakan kami sedang menambahbaik PS3."

Sony cuba untuk menggabungkan PSP dan PS3 sebelum ini dengan kejayaan yang terhad. Dengan adanya NGP, Sony mungkin menemui cara untuk menyambungkan PSP kepada PS3 tersebut.

0 comments: