Thursday, June 2, 2011

120,000 Pengguna Android Terancam oleh Malware & Cara Untuk Melindungi Darinya

credit to the owner
Berdasarkan Lookout, pembangun aplikasi anti-malware untuk android mengatakan terdapat ancaman terbaru kepada pengguna Android yang telah mengancam 30,000 hingga 120,000 sehingga artikel ini ditulis.

Ini adalah ancaman yang kedua selepas malware yang dikenali sebagai "DroidDream" yang telah menyerang platform ini Mac lepas. Malware ini akan memuat-turun fail-fail malicious ke dalam peranti.

"DroidDreamLight" mempunyai modus serangan yang hampir sama dengan menggunakan aplikasi Android yang palsu yang didapati di Andorid Market untuk menyebarkannya. Tidak seperti yang sebelumnya, ianya tidak dapat di-runkan secara background tetapi tidak bermakna ianya tidak sebahaya "DroidDream" tetapi "DroidDreamLight" boleh membuat sambungan kepada "remote server" walaupun aplikasi yang telah dijangkiti tidak dilancarkan (open) menjadikan ancaman ini lebih serius dari yang sebelumnya. Sebaik sahaja dijangkiti, malware ini akan menghantar informasi mengenai telefon mangsa seperti IMEI, IMSI, Model, versi SDK dan pakej-pakej yang telah diinstall.

Pencipta malware ini telah membuat perubahan kepada kod asalnya dan aplikasi palsu ini akan dihantar kepada Android Market menggunakan 5 akaun pembangun aplikasi yang berbeza. Sila ambil perhatian kepada pembangun dan aplikasi-aplikasi berikut:

Magic Photo Studio
  • Sexy Girls: Hot Japanese
  • Sexy Legs
  • Beauty Breasts
  • Sex Sound
  • Sex Sound: Japanese
  • HOT Girls 1,2,3,4
Mango Studio
  • Floating Image Free
  • System Monitor
  • Super StopWatch and Timer
  • System Info Manager
E.T. Tean
  • Call End Vibrate
BeeGoo
  • Quick Photo Grid
  • Delete Contacts
  • Quick Uninstaller
  • Contact Master
  • Brightness Settings
  • Volume Manager
  • Super Photo Enhance
  • Super Color Flashlight
  • Paint Master
DroidPlus
  • Quick Cleaner
  • Super App Manager
  • Quick SMS Backup
Aplikasi yang telah dijangkiti telah dipadamkan dari Android Market, tetapi pengguna masih perlu berhati-hati kerana mungkin ada kemungkinan ancaman ini akan berulang di masa akan datang.

Cara untuk melindungi dari ancaman: Silalah muat turun program anti-malware untuk Android anda seperti Lookout, Avg for Android dan SmarGuard Mobile Security dan jangan lupa untuk update kerana kebanyakan pengguna ingat hanya dengan install antivirus pada sesuatu peranti, komputer atau telefon, maka mereka akan dilindungi dari sebarang ancaman sampai bila-bila. Wake up people. Anda perlu selalu update pengkalan data antivirus anda.

"Open Platfrom" seperti Android ini banyak memberi kemudahan dan tidak kurang juga kemudaratan apabila ada tangan-tangan yang gatal cuba mengeksploitasi peluang yang ada. Perkara ini agak sukar dibendung, jadi terpulang kepada individu sendiri untuk bertindak.... sebelum terlambat...



0 comments: