Wednesday, June 1, 2011

iPad 2 VS HTC Flyer

Setelah lama menyepi dek kesibukan kerja, hari ini penulis bercadang untuk menyambung tugasan menyebarkan berita-berita gajet dan teknologi kepada pembaca semua. Topik pertama dimulakan dengan membanding-beza iPad 2 dengan HTC Flyer. Penulis mendapat 'query' untuk memutuskan tablet mane yang lagi berbaloi di antara dua ni dan jom kite tengok siapa yang juara.


Kite sedia maklum, iPad 2 telah pun dilancarkan, malah dah sampai pun kat Malaysia dan HTC Flyer ni telah diumumkan pada Mobile World Congress yang lepas yang menyaksikan pelancaran beberapa komputer tablet yang lain seperti Blackberry Playbook, Motorola Xoom dan sebagainya.

Skrin

iPad 2 dan HTC Flyer mempunyai sasaran pasaran yang berbeza, jadi tidak hairanlah jika saiz skrin bagi kedua-dua peranti ini berbeza. HTC Flyer disasarkan kepada pengguna yang sukakan mobiliti dan 'compact solution' yang mudah di bawa ke mana-mana dan boleh dimuatkan dalam tas tangan dan sebagainya jadi 7 inci skrin sangat membantu.

9.2 inci skin iPad 2 pula direka untuk pengguna yang inginkan pengalaman multimedia dan juga paparan media yang menarik. Sangat sesuai untuk melayari internet, pembacaan ebook dan tayangan video.

Bercakap mengenai kualiti, HTC Flyer mempunyai resolusi 170 pixel per inci berbanding iPad 2 132 pixel per inci. Dengan resolusi itu dan ditambah lagi dengan saiz skrinnya yang kecil, memanglah imej yang dihasilkan kelihatan tajam dan jelas serta cantik di mata. :-)

Pemenang: HTC Flyer

Saiz and Berat

Secara logiknya saiz skrin akan memang mempengaruhi berat bagi kedua-dua peranti ini.sebagai mana ianya mempengaruhi berat telefon pintar yang lain juga. Jika dilihat, iPad 2 mempunyai dimensi 241x185x8.8mm lebih nipis berbanding iPad sebelumnya tetapi kontranya, ianya lebih ringan iaitu 607g.

HTC Flyer pula walaupun saiznya kecil, tetapi disebabkan ketebalannya mencecah 13.2mm, menjadikannya lebih berat.

Pemenang: iPad 2

Pemprosess

Pemproses memang sudah menjadi nadi kepada peranti-peranti yang dikeluarkan sejak kebelakangan ini. HTC Flyer dilengkapi dengan 1.5GHz. albeit satu teras yang dikira cukup laju dikalangan produk keluaran Taiwan ini.

iPad 2 pula datang dengan 1GHz dwi-teras A5 yang memberikan lebih prestasi kepada kuasa grafiknya.

Pemenang: iPad 2

Kamera

Salah satu aspek yang hilang dari iPad adalah kamera dan sebahagian dari strategi pasaran Apple yang mana sangat-sangatlah terang lagi bersuluh, iPad 2 dilengkapi dengan kamera depan dan belakang.

Kamera depan menggunakan kualiti VGA dan bolehlah digunakan untuk FaceTime dan kamera belakangnya sangatlah mengecewakan kerana hanya 0.7 MP. Semua tahu betapa teruknya kualiti imej yang diambil dengan 0.7MP kamera. Ujian Kualiti gambar boleh di lihat di sini

HTC Flyer pula mempunyai 5MP kamera belakang dan 1.3MP kamera hadapan.

Pemenang: HTC Flyer

Sistem Operasi

iPad 2 datang dengan IOS 4.3 yang mana boleh menyokong iMovie, GarageBand dan PhotoBooth yang mana sebelum ini hanya boleh di dapati di Mac PC/Laptop.
Apa yang menarik mengenai iPad 2ini adalah ianya dibuat untuk multimedia. Fungsian Air Play yang membolehkan video, gambar atau lagu dimainkan pada TV atau peranti Apple yang lain tanpa sambungan wayar. 

HTC Flyer pula menggunakan Android 2.4 yang tidak dioptimumkan untuk digunakan di tablet PC tetapi untuk aplikasi pula tiada masalah memandangkan apa yang boleh digunakan pada telefon android, boleh digunakan pada HTC Flyer ini. Harap-harap ada update kepada Honeycomb selepas ini kerana ianya lebih sesuai untuk tablet.

Pemenang: iPad 2

Konklusi

Apple iPad 2 adalah satu peranti yang menakjubkan dan ramai yang akan bersetuju dengan ini. Mana tidaknya, pengalaman navigasi yang lancar dan aplikasi yang banyak tidak ketinggalan banyak lagi yang boleh dilakukan jika ianya dibebaskan dari 'sangkar'. Ianya bagus untuk multimedia and peranti yang hebat untuk membuat presentation.

Walaubagaimanapun, HTC Flyer tidak disasarkan untuk pasaran tablet yang besar. Ianya untuk pengguna yang inginkan sesuatu yang lebih kecil dan kompak dengan fungsi navigasi HTC Sence yang disertakan bersama.

Pemenangnya adalah: Apple iPad 2

Tidak bersetuju?, Jom berkongsi pendapat.

0 comments: