Tuesday, August 16, 2011

Lagi Ancaman Malware Kepada Pengguna Android


credit to the owner
Nampaknya pengguna Android terpaksa berdepan dengan satu lagi serangan malware dan kali ini dari malware yang menyamarkan dirinya sebagai aplikasi Google+. Dengan menggunakan icon yang sama dan tersenarai sebagai Google++, malware ini adalah ANDROIDOS_NICKISPY.A iaitu tergolong dalam gologan Android spyware yang boleh mencuri-dengar perbualan pengguna.

TrendLabs, organisasi yang bertanggungjawab dalam mengenalpasti malware ini menyatakan malware ini berupaya merekod sebarang informasi sensetif dari percakapan telefon, SMS, lokasi GPS sehinggalah log panggilan. Lebih memburukkan, data terkumpul tadi akan dihantar ke satu server melalui port 2018 tanpa pengetahuan pengguna. Sedar tak sedar, bandwidth usage dah mencecah limit walaupun baru je semalam reset balik.
Selain dari berupaya merekod panggilan yang dibuat oleh pengguna, malware ini berupaya untuk menjawab panggilan tanpa pengguna sedari yang mana agak menakutkan jugak lah. Lagi menakutkan, panggilan yang dipanggil akan diletak pada mode ‘silent’ dan paparan skrin home tidak menunjukkan sebarang aktiviti panggilan dibuat.

Walaubagaimanapun, malware ini belum tersebar luas lagi kerana belum lagi dapat menembusi pasaran Android Market. Tetapi ianya boleh tersebar melalui laman-laman web palsu atau phishing site yang memang direka khas untuk tujuan penyebaran malware tersebut.

Jika anda syak yang telefon anda telah dijangkiti, cepat-cepatlah buangkannya dari system. Cara membuangnya sama sahaja seperti membuang aplikasi lain dari android. Dalam melindungi dari terkena jangkitan malware ini, sila pastikan anda tidak sewenang-wenangnya klik mana-mana pautan laman web melainkan anda sendiri pasti laman web yang anda klik tadi. Anda juga mungkin ingin mencuba penyelesaian secara percuma seperti Lookout Mobile Security.

0 comments: