Thursday, August 25, 2011

Hilangnya Seorang iCon - Steve Jobs

credit to the owner
 Mungkin ramai yang telah mengetahui akan berita ini dan mungkin juga ada yang tidak tahu menahu langsung mengenai berita ini. Namun hakikatnya, Steve Jobs telahpun bersara dari arena Apple yang diterajuinya lebih dari 20 tahun lepas.
Jatuh bangun Apple adalah bersama Steve Jobs yang kita lihat sekarang dan ini adalah satu kehilangan besar dalam dunia teknologi telekomunikasi.

Jobs yang sebelum ini menghidapi barah pankreas telahpun menjalani pembedahan pada Januari 2004 namun penderitiaan beliau tidak berhenti di situ kerana perlu ke hospital untuk rawatan lanjutan sejak dari itu.

Ayuh kita susuri perjalanan Jobs sepanjang karier beliau.

1971 - Besama Steve Wozniak, mereka menubuhkan Apple.

1975 - Mula menyertai mesyuarat "Homebrew Computer Club".

1976 - Jobs dan Wozniak memperoleh $1,750 dan membina komputer table-top bernama Apple 1.

1976 - Menubuhkan Apple Computer Company bersama Wozniak dan Ronald Wayne. Wayne menjual sahamnya 2 minggu kemudian.

1977 - Menukar nama kepada Apple Incorperated.

1977 - Apple melancarkan Apple II, komputer yang digunakan di serata dunia.

1980 - Apple III dilancarkan. Saham melonjak dari $22 kepada $29 pada hari pertama.

1981 - Jobs melibatkan dirinya dalam pembikinan Machintosh

1983 - Melantik John Sculley sebagai president Apple dan CEO

1984 - Pelancaran Machintosh

1985 - Jobs meletak jawatan selepas pertelingkahan dengan Sculley dan membawa 5 pekerja Apple bersamanya.

1985 -  Menubuhkan Next Inc untuk memasarkan perkakasan dan perisian komputer.

1986 - Membeli PIXAR dari George Lucas kurang dari $10 juta. Nama syarikat ditukar kepada Pixar Animation Studios

1989 - Next melancarkan komputer berharga $6500 dan ianya gagal di pasaran.

1996 - Apple mengambilalih Next dan Jobs menjadi penasihat kepada Pengerusi Apple Gilbert F. Amelio.

1997 - Jobs menjadi interim CEO dan Pengerusi Apple Inc selepas Amelio dipecat. Gaji Jobs $1.

1997 - Apple melancarkan all-in-one-iMac yang berjaya dijual berjuta-juta unit seterusnya berjaya meningkatkan saham kepada 400%. iMac telah memenangi Gold Award daripada British Design and Art Direction.

1998 - Apple berjaya mengekalkan prestasi dengan keuntungan tetap selama 4 suku berturut-turut

2000 - Interim dikeluarkan dari jawatan Jobs

2001 - Apple melancarkan pemain MP3nya yang pertama iPod. (Terjual sebanyak 4.4 juta unit)

2003 - Jobs melancarkan iTunes Store.

2004 - Job disahkan mengidah barah pankreas pada Ogos dan telah menjalani pembedahan dan kembali bertugas pada September.

2007 - Pelancaran iPhone, telefon pintar pertama tanpa papan kekunci di MacWorld Expo

2008 - Pada akhir Disember, Job tidak akan hadir pada MacWorld Expo mewujudkan spekulasi mengenai taraf kesihatan beliau.

2009 - Pada awal Januari, Jobs menyatakan penurunan berat mendadak disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan keadaan ini tidak menghalang beliau dari meneruskan tugas sebagai CEO Apple. Seminggu selepas itu, beliau mengambil cuti sehingga Jun kerana taraf kesihatannya telah berubah. Tim Cook, COO mengambil alih tugas Jobs sepanjang tempoh itu.

June 2009 - Apple mengesahkan Jobs akan kembali bertugas pada hujung bulan Jun.

Januari 2010 - Apple mengumumkan iPad yang menjadi satu fenomena kepada dunia pada masa itu

September 2010 - Jobs muncul di pentas di San Francisco untuk mengumumkan keluaran Apple-TV.

Januari 2011 - Apple mengumumkan Jobs akan mengambil cuti tanpa menyatakan sebabnya. Ini menimbulkan spekulasi mengenai kesihatannya, kesan terdahap produk dan harga pasaran saham.

Mac 2011 - Walaupun masih bercuti, Jobs muncul untuk memberikan ucapan pada pekancaran iPad 2.

Jun 2011 - Masih lagi dalam tempoh cuti, Jobs muncul di WorldWide Developers Conferences di San Francsico untuk memperkenalkan iOS5 dan iCloud. Beberapa hari kemudian, beliau muncul di Cupertino City Council bagi cadangan kertas kerja membina kampus seperti kapal angkasa di bandar itu.

August 2011 - Jobs akhirnya bersara sebagai Apple CEO dengan menyatakan yang beliau tidak lagi dapat memenuhi kehendak sebagai CEO Apple. Tim Cook, COO mengambilalih tugas beliau. Jobs walaubagaimanapun masih lagi menjadi pengerusi bagi badan pengarah Apple.

Dan begitulah serba ringkas mengenai kisah perjalanan Steve Jobs dan kariernya. Sumbangan beliau dalam evolusi teknologi sangat besar dan akan dikenang selama-lamanya. Steve Jobs, you are an iCon.

0 comments: