credit to the owner |
Dalam satu kenyataan menyebut, pembuatan paket untuk meletakkan peranti tersebut juga sedang sibuk dihasilkan walaupon iOS 5 belum lagi berada di fasa akhir penghasilan. Walaupun beberapa versi beta yang dikeluarkan sebelum ini, Apple masih lagi belum berpuas hati dengan keluaran tersebut yang mana perlu mengandungi sekurang-kurangnya 200 perubahan dan peningkatan dari iOS sebelumnya seperti yang diwar-warkan dan tidak hairanlah sehingga sekarang, tiada versi akhir untuk iOS 5.
![]() |
credit to the owner |
Kunci utama peningkatan ini dalah Notification Center yang memberi nafas baru dalam pemaparan notifikasi selain dari menghilangkan rasa tidak senang pengguna ketika notifikasi tersebut muncul di penjuru skrin ketika bermain permainan di iPhone dan sebagainya.
Selain itu, terdapat satu fungsi baru yang dikira sangat memberangsangkan iaitu iMessage. Pengguna iPhone (iOS 5) bakal menikmati khidmat mesej sesama pengguna iPhone (iOS 5) seperti yang dialami oleh pengguna BlackBerry sekarang melalui BlackBerry Messengernya dan semua itu akan menjadi lagi best jika dapat dinikmati oleh pengguna iPad dan iPod Touch juga.
![]() |
credit to the owner |
iOS 5 juga mungkin mengandungi fungsi untuk meletakkan folder di dalam folder atau memuatkan lebih dari 12 aplikasi di dalam satu folder. Seperti yang kita tahu, buat masa sekarang ianya hanya boleh dilakukan pada iPhone yang telah di'jailbreak'.
Seperti yang sebelum ini, peminat produk Apple di Asia, Malaysia khususnya hanya dapat dinikmati selepas beberapa minggu (selalunya 2 bulan) selepas pelancaran di US sehingga permintaan di US, UK, German dan sekutu-kutunya dipenuhi. Malah China yang yang menjadi pengilang kepada iPhone ni pun mendapat nasib yang sama. Biasalah tu....
Sekarang ni pun, di China, walaupun iPhone 5 masih belum di pasaran, tetapi aksesori case telahpun dijual secara meluas di pasaran sana.
0 comments:
Post a Comment