Tuesday, September 6, 2011

Perlukah Apple Menamatkan Pengeluaran iPod Touch?

Lagi 2 hari genaplah setahun pengeluaran iPod touch generasi kedua dan sehingga hari ini juga, tidak banyak berita atau khabar angin mengenai produk apple ini diperkatakan. Ditambahkan lagi dengan artikel yang dikeluarkan oleh seorang penganalisa teknologi di blognya membuatkan penulis terfikir akan kelogikan kata-katanya.
credit to the owner
Patutkan pengeluaran iPod touch dihentikan dan diganti dengan low-end iPhone? Jika diikutkan artikel tadi, tidak mustahil perkara ini boleh berlaku. Ianya pernah dilakukan Apple kepada iPod Mini beberapa tahun lalu. Dalam artikelnya lagi, dia melabel iPod touch sebagai peranti yang aneh. Manekan tidak, bentuknya seperti iPhone tetapi dipanggil iPod (tidak menyerupai bentuk keluarga iPod) dan cuma fungsi telefon sahaja yang di buang dari peranti itu.

Dia percaya, selepas perletakan jawatan Steve Jobs, ianya sesuatu perubahan yang berani yang perlu dibuat oleh Tim Cook dalam membuktikan yang Apple masih lagi sentiasa bergerak ke hadapan dan berinovasi selari dengan misi mereka.

Persoalannya, produk apa yang boleh menggantikan iPod touch ini yang sangat popular dikalangan remaja-remaja yang membolehkan mereka bermain dengan aplikasi iPhone tanpa perlu terikat dengan pelan & kontrak telco yang mahal?

Jawapannya: Khabar angin yang kuat diperkatakan di internet (bukan di repomeng), iPhone 4s (atau apa sahaja nama yang mereka nak kasi nanti).

Kita gambarkan low-end iPhone sebagai iPhone 4 dengan beberapa downgrade dari versi asal yang mana harganya menyamai harga iPod touch. Ianya perlu mempunyai jurang perbezaan yang besar atau keupayaan yang boleh dibandibezakan oleh mata kasar pengguna. Jika tidak, mereka tidak akan teragak-agak untuk memilih high-end iPhone. (Logiknya)

3MP vs 8MP kamera, Single Core A4 vs Dual Core A5, kamera depan VGA vs 2MP kamera depan, bateri kecil vs bateri kapasiti tinggi dan mungkin 8GB vs 64GB kapasiti storan semestinya mewujudkan jurang yang jauh antara dua kategori iPhone ini.

Ini merupakan perubahan yang dramatik bagi Apple yang kita berharap ada pengumuman dibuat pada bulan ini akan tetapi, tiada ura-ura atau desas desus malah jemputan kepada media bagi acara ini dibuat.

0 comments: