Wednesday, April 13, 2011

3D Tanpa Cermin Mata dalam iPad 2 - [Video]

credit to the owner
Pada mulanya, memang agak tidak terjangkau dek akal bagaimana hendak mewujudkan persekitaran 3D tanpa mengguna cermin mata yang direka khas untuk menghasilkan imej 3D. Namun, seperti yang berlaku kepada Nintendo 3DS konsol, telefon, kapal terbang, teknologi nano, sekarang ianya semakin jelas kelihatan.

Terima kasih kepada Jeremie Francone dan Laurence Nigay dari makmal penyelidikan Informatik Grenoble di EHCI Research Group kerana membawakan teknologi ini kepada iPad 2.

Seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah, iPad akan mengesan pergerakan kepala manusia (sebab kat situ je ada mata) melalui kamera depan dan dengan data tersebut, iPad akan menghasilkan efek 3D pada skrin. Tiada penglibatan acclerometer dalam pembikinan efek ini harap maklum. 

Jemput lihat video yang disediakan.

0 comments: