Nampaknya Windows 8 berjaya diloloskan dan telah tersebar di internet dan sekarang dijumpai dalam satu FTP . Macam cerita TRON Legacy plak (bahagian permulaan). Nombor Build yang tersebar adalah 6.1.7850.winmain_win8m1.100922-1508_x86fre_client-enterprise_en-us.iso yang bermakna telah dipaketkan pada 22 September 2010.
![]() |
credit to the owner |
Sumber telah mengesahkan berita ini yang sekarang ini boleh didapati dalam laman FTP persendirian dan hanya menunggu masa untuk berada di forum-forum, rapidshare, fileserve etc. dan torrent.
Berita mengenai Windows 8 sering kali tersebar kebelakangan ini dalam pelbagai bentuk, baik dari paparan desktop, fungsian kecil dan sebagainya. Tapi yang pasti, kalau bukan tester, siapa lagi yang boleh bocorkan rahsia ni kan.
0 comments:
Post a Comment