Monday, November 15, 2010

Kelambatan iOS 4.2 - Dijangka keluar 24 November 2010 ini.

Dalam post yang lepas, penulis ada menyatakan desas desus yang iOS 4.2 akan keluar pada Jumaat lepas. Sabtu pagi tu punye lah semangat bukak safari dan pegi ke web apple.com dan tengok bahagian iphone iOS. Alih-alih, kat web mereka masih tiada perubahan. Sekali pegilah riki kat mane-mane sumber yang boleh dijadikan panduan.
Credit to the owner

Menurut sumber, Apple terpaksa menukar tarikh pengeluaran iOS 4.2 disebabkan masalah teknikal yang dihadapi pada iPad.

Tapi yang pasti iTunes10.1 dah pun boleh dimuat turun dari laman web Apple atau update dari iTunes10 sendiri.
Jadi kita tunggu jelah 9 hari dari post ni ditulis. Harap-harap kali ni iOS 4.2 dapat dimuat turun pada hari tersebut.

0 comments: