Friday, October 1, 2010

Black Mentor vs Yus KSN

Semalam penulis ada menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh klient kiteorang iaitu Kompleks Sukan Negara. Sambil-sambil makan tu, kiteorang pun dihiburkanlah oleh dendangan lagu lagu raya sepanjang zaman.

Untuk merancakkan lagi majlis, kiteorang dihiburkan pulak dengan artis-artis jemputan seperti Ezlynn, Black Mentor dan Farawahida. Nak dijadikan cerita, mase Black buat persembahan, kiteorang semua memang pecah perut dek gelagat Black yang beramah mesra dengan para jemputan yang hadir ditambah pulak dengan sorang abang fotografer yang memang sporting habes campur gila kepala skit. hehe. Memang tak keris gusi kiteorang.

Dan sampailah mase yang dinanti-nanti dalam banyak-banyak adegan ni. Kalo tengok video di atas, mase last lagu Sofia Jane tu, ade seorang gadis yang turun menyanyikan lagu tu dengan penuh lunak dan merdu kan dan untuk lagu terakhir ni, Black telah menjemput gadis yang bernama Yus ni untuk tampil ke pentas bagi mendendangkan lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain. Lagu ni, tau tau je lah. memang pecah tekak la kalo nak nyanyikan. Maklumlah, pitch tinggi. Dalam ni korang boleh jugde sendirilah performance dieorang erk.

0 comments: