Tuesday, October 12, 2010

Ada Apa Dalam iPhone 4?

Pernahkah anda terfikir apekah yang menghuni atau apekah alatan disebalik penciptaan iphone yang seperti dikatakan oleh "steve Jobs" sebagai "Creation & Innovation". Pernahkah anda terfikir yang semua chip dan mikroprosessor dalam iphone 100% datangnya dari Apple? Jawapannya TIDAK.


Berikut adalah tulang belakang yang kuat makan bateri di sebalik iphone ini.

Skrin Sentuh
Ni dia. Salah satu bahagian paling berteknologi tinggi, berharga, paling penting, gempak gler, cun, perkh, meletup, tak hinggat... (mcm iklan celcom lah plak).Bahagian yang memang pengguna akan tengok tiap-tiap hari. Untuk pengetahuan korang, skrin ni dikilangkan oleh Corning Gorilla Glass di mana satu lembaran kaca  tipis yang  diperkuatkan secara kimia dengan alkali aluminosilikat  yang dilaporkan 20 kali lebih kukuh dan 30 kali lebih keras daripada plastik. Tapi kot ye pon, jangan lah cuba-cuba pijak yang kawan punya ok.

Gorilla Glass ni juga kalis cap jari dan juga dan sebab tulah kat USA sane, Apple tak kasi AT&T jual "screen protector" bersama dengan iphone4 mereka sebab mereka cakap yang sedia ada dah cukup tapi bagi mereka yang memang dok ikat perut siang malam membanting tulang kumpul duit nak beli iphone4 ni, "extra protection" tak salah kot.

Pemproses
Inilah tukang pikir dan saraf tunjang untuk telefon ni. Pemproses A4 ni dikilangkan oleh Samsung. Jadi tak hairan lah kenapa ada pemproses setanding iaitu (A8) dalam Samsung Galaxy Tab - Rujuk artikel lepas. Samsung Wave 8500 pun pakai A8 Core yang sama.
Menggantikan Samsung S5PC100 ARM A8 600 MHz CPU yang digunakan dalam 3GS, iphone 4 ni pakai ARM Cortex A8 core, macam abang besar die lah iaitu  iPad.. iPad A4 clock die pada 1GHz. Laju tu....

3-Paksi Gyroscope.
Setakat ni, hanya iphone 4 je yang ada fungsi ni sebab menurut sumber, buat mase sekarang, ST Micro buat untuk iphone 4 sahaja. Chip-chip dalam gambar tu mewakili

  • Skyworks SKY77542 Tx–Rx iPAC™ FEM untuk Dual-Band GSM/GPRS: 880–915 MHz dan 1710–1785 MHz bands.
  • Skyworks SKY77541 GSM/GRPS Front End Module.
  • ST Micro STM33DH 3-axis accelerometer
  • TriQuint TQM676091
  • 338S0626

Kamera
Ha... yang ni pulak permata iphone4 ni. 5MP kamera belakang untuk tangkap gambar yang beresolusi tinggi. 720p video pada 30fps serta ciri tap to focus dan flash LED. Yang ni Apple buat kot sebab tidak dinyatakan sumber lain.

Peranti Tanpa Wayar (Wireless Device)

Broadcom memang terkenal di kalangan laptop dan beberapa peranti lain dalam membekalkan khidmat jaringan tanpa wayar ni. Tidak lupa jugak untuk iphone. Apple juga menggunakan khidmat Broadcom untuk peranti tanpa wayar mereka. Broadcom BCM4329FKUBG 802.11n dengan Bluetooth 2.1 + EDR dan FM receiver dan Broadcom BCM4750IUB8 untuk single-chip GPS receiver.


Jadi begitulah serba sedikit mengenai pendedahan isi perut iphone 4 ni. Dah menjadi adat dalam bisnes ni saling memerlukan antara satu sama lain. Bisnes to bisnes la katekan.

0 comments: