Wednesday, October 27, 2010

Firefox Flaw - Budak 12 tahun dapat $3000

Siapa sangka, menghabiskan masa 90 minit selama 10 hari membolehkan kanak-kanak dari San Jose ini, Alex Miller mendapat wang ganjaran bernilai $3000 (MYR9,330) daripada pemaju browser Firefox di atas penemuan "critical flaw" yang membolehkan pengodam mengeksploitasi browser pengguna samada untuk menjahanamkan browser tersebut ataupun membuat arahan jarak jauh (remote control command) untuk mencuri maklumat yang disimpan dalam browser mereka seperti katalaluan dan sebagainya.

Menurut sumber, Miller ni dikenali sebagai kipas susah mati Firefox sebabnya nak mengejar wang ganjaran yang ditawarkan oleh Firefox. Sebelum ini wang ganjaran yang ditawarkan hanya $500, tapi biler tahu je mereka dah naikkan jadi $3000, itu yang buat si Miller ni tekun je cari bugs kat browser Firefox ni. Sebelum ni, die pun pernah melaporkan kecacatan yang lain yang ada kat Firefox, tapi tu tak melayakan dia untuk dapat wang ganjaran ni.

Jadi korang sume, jangan lupe selalu pastikan browser Firefox korang updated setiap masa. Bukan apa, kita ni sapelah sangat sampaikan orang nak hack atau exploit kitakan, tapi harus diingat, hacker-wannabe selalu berkeliaran di alam siber sane. Jadi, tak salah untuk layan lebih kalau melibatkan hal-hal keselamatan ni.

So, kali ni memang berbaloilah pencarian die selama ini. Bayangkan budak 12 tahun macam ni dah tahu selok belok coding, serta lagik dan algoritma program. agak-agak ape keje part time die biler besar nanti? - WOW..
Bersama Cheque yang dimenangi dan coding yang diwarnakan di belakang

0 comments: