Monday, August 30, 2010

iPhone 4 di Malaysia September 2010


Menurut sumber yang bolehlah dipercayai, generasi ke-4 iphone iaitu iPhone 4 akan dapat dilihat dijual secara berluasa di Malaysia negaraku tercinta pada September 2010 ini.

Menurut sumber lagi, hal ini timbul apabila salah seorang pegawai khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi menjawab soalan yang diajukan sumber mengenai ketibaan telefon pintar yang menjadi kegilaan masyarakat dunia sekarang ini.

Saya ada bertanya kepada pembekal telco namun mereka pun tidak pasti bilakah iPhone 4 akan dapat ditawarkan kepada pengguna talian patung kuning itu.

Sejauh mana kebenaran perihal ini, sama-sama kita nantikan pada bulan 9 ini. Penulis pon dah lame tunggu telefon ni sampai ke Malaysia secara sah. :)

Kepada yang berminat tu, dah boleh simpan skit duit raya atau duit gaji tak pon, bak kata teman penulis, "swipe" je. Jalan terus. Hehe.... sama-sama kita nantikan..