Wednesday, October 27, 2010

Firefox Flaw - Budak 12 tahun dapat $3000

Siapa sangka, menghabiskan masa 90 minit selama 10 hari membolehkan kanak-kanak dari San Jose ini, Alex Miller mendapat wang ganjaran bernilai $3000 (MYR9,330) daripada pemaju browser Firefox di atas penemuan "critical flaw" yang membolehkan pengodam mengeksploitasi browser pengguna samada untuk menjahanamkan browser tersebut ataupun membuat arahan jarak jauh (remote control command) untuk mencuri maklumat yang disimpan dalam browser mereka seperti katalaluan dan sebagainya.

Menurut sumber, Miller ni dikenali sebagai kipas susah mati Firefox sebabnya nak mengejar wang ganjaran yang ditawarkan oleh Firefox. Sebelum ini wang ganjaran yang ditawarkan hanya $500, tapi biler tahu je mereka dah naikkan jadi $3000, itu yang buat si Miller ni tekun je cari bugs kat browser Firefox ni. Sebelum ni, die pun pernah melaporkan kecacatan yang lain yang ada kat Firefox, tapi tu tak melayakan dia untuk dapat wang ganjaran ni.

Jadi korang sume, jangan lupe selalu pastikan browser Firefox korang updated setiap masa. Bukan apa, kita ni sapelah sangat sampaikan orang nak hack atau exploit kitakan, tapi harus diingat, hacker-wannabe selalu berkeliaran di alam siber sane. Jadi, tak salah untuk layan lebih kalau melibatkan hal-hal keselamatan ni.

So, kali ni memang berbaloilah pencarian die selama ini. Bayangkan budak 12 tahun macam ni dah tahu selok belok coding, serta lagik dan algoritma program. agak-agak ape keje part time die biler besar nanti? - WOW..
Bersama Cheque yang dimenangi dan coding yang diwarnakan di belakang

Tiada White iPhone 4 Untuk Tahun ini?

Dengar khabarnya, iPhone 4 putih tidak akan dipasarkan sehingga musing panas tahun depan atau lebih tepat lagi dalam bulan Mei 2011. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Apple sendiri. Jadi, meloponglah orang yang tunggu iPhone 4 versi putih ni keluar. Mane ke tidaknye, setahun lepas iphone 4 keluar, lagi setahun, baru iphone 4 putih dikeluarkan.

Tapi kalo tengok secara kasarnya, tak ade perbezaan fungsi pun dengan iPhone 4 yang biasa tu cume dari segi luaran je lah. Apple pulak cakap, mereka mengalami masalah dalam menghasilkan component untuk iPhone 4 putih ni. Ape yang susahnye tak tahulah., TETAPI, banyak juga spekulasi yang mengatakan sebab Apple melambatkan pengeluaran mereka sebab mereka sedang bertungkus lumus untuk membaiki masalah melibatkan "antennagate" (walaupun penulis tak pernah mengalami situasi sebegitu).

Tapi adakah ini salah satu strategi bisnes mereka? Ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah atau macam mana rupabentuk iPhone 5 tahun depan termasuklah penulis sendiri, tetapi tup tap tup tap, alih alih, bulan 6 tahun depan (2011), iphone 4 putih yang dilancarkan mereka. Siapa tahu.....

Tuesday, October 12, 2010

Ada Apa Dalam iPhone 4?

Pernahkah anda terfikir apekah yang menghuni atau apekah alatan disebalik penciptaan iphone yang seperti dikatakan oleh "steve Jobs" sebagai "Creation & Innovation". Pernahkah anda terfikir yang semua chip dan mikroprosessor dalam iphone 100% datangnya dari Apple? Jawapannya TIDAK.


Berikut adalah tulang belakang yang kuat makan bateri di sebalik iphone ini.

Skrin Sentuh
Ni dia. Salah satu bahagian paling berteknologi tinggi, berharga, paling penting, gempak gler, cun, perkh, meletup, tak hinggat... (mcm iklan celcom lah plak).Bahagian yang memang pengguna akan tengok tiap-tiap hari. Untuk pengetahuan korang, skrin ni dikilangkan oleh Corning Gorilla Glass di mana satu lembaran kaca  tipis yang  diperkuatkan secara kimia dengan alkali aluminosilikat  yang dilaporkan 20 kali lebih kukuh dan 30 kali lebih keras daripada plastik. Tapi kot ye pon, jangan lah cuba-cuba pijak yang kawan punya ok.

Gorilla Glass ni juga kalis cap jari dan juga dan sebab tulah kat USA sane, Apple tak kasi AT&T jual "screen protector" bersama dengan iphone4 mereka sebab mereka cakap yang sedia ada dah cukup tapi bagi mereka yang memang dok ikat perut siang malam membanting tulang kumpul duit nak beli iphone4 ni, "extra protection" tak salah kot.

Pemproses
Inilah tukang pikir dan saraf tunjang untuk telefon ni. Pemproses A4 ni dikilangkan oleh Samsung. Jadi tak hairan lah kenapa ada pemproses setanding iaitu (A8) dalam Samsung Galaxy Tab - Rujuk artikel lepas. Samsung Wave 8500 pun pakai A8 Core yang sama.
Menggantikan Samsung S5PC100 ARM A8 600 MHz CPU yang digunakan dalam 3GS, iphone 4 ni pakai ARM Cortex A8 core, macam abang besar die lah iaitu  iPad.. iPad A4 clock die pada 1GHz. Laju tu....

3-Paksi Gyroscope.
Setakat ni, hanya iphone 4 je yang ada fungsi ni sebab menurut sumber, buat mase sekarang, ST Micro buat untuk iphone 4 sahaja. Chip-chip dalam gambar tu mewakili

  • Skyworks SKY77542 Tx–Rx iPAC™ FEM untuk Dual-Band GSM/GPRS: 880–915 MHz dan 1710–1785 MHz bands.
  • Skyworks SKY77541 GSM/GRPS Front End Module.
  • ST Micro STM33DH 3-axis accelerometer
  • TriQuint TQM676091
  • 338S0626

Kamera
Ha... yang ni pulak permata iphone4 ni. 5MP kamera belakang untuk tangkap gambar yang beresolusi tinggi. 720p video pada 30fps serta ciri tap to focus dan flash LED. Yang ni Apple buat kot sebab tidak dinyatakan sumber lain.

Peranti Tanpa Wayar (Wireless Device)

Broadcom memang terkenal di kalangan laptop dan beberapa peranti lain dalam membekalkan khidmat jaringan tanpa wayar ni. Tidak lupa jugak untuk iphone. Apple juga menggunakan khidmat Broadcom untuk peranti tanpa wayar mereka. Broadcom BCM4329FKUBG 802.11n dengan Bluetooth 2.1 + EDR dan FM receiver dan Broadcom BCM4750IUB8 untuk single-chip GPS receiver.


Jadi begitulah serba sedikit mengenai pendedahan isi perut iphone 4 ni. Dah menjadi adat dalam bisnes ni saling memerlukan antara satu sama lain. Bisnes to bisnes la katekan.

Friday, October 1, 2010

Black Mentor vs Yus KSN

Semalam penulis ada menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh klient kiteorang iaitu Kompleks Sukan Negara. Sambil-sambil makan tu, kiteorang pun dihiburkanlah oleh dendangan lagu lagu raya sepanjang zaman.

Untuk merancakkan lagi majlis, kiteorang dihiburkan pulak dengan artis-artis jemputan seperti Ezlynn, Black Mentor dan Farawahida. Nak dijadikan cerita, mase Black buat persembahan, kiteorang semua memang pecah perut dek gelagat Black yang beramah mesra dengan para jemputan yang hadir ditambah pulak dengan sorang abang fotografer yang memang sporting habes campur gila kepala skit. hehe. Memang tak keris gusi kiteorang.

Dan sampailah mase yang dinanti-nanti dalam banyak-banyak adegan ni. Kalo tengok video di atas, mase last lagu Sofia Jane tu, ade seorang gadis yang turun menyanyikan lagu tu dengan penuh lunak dan merdu kan dan untuk lagu terakhir ni, Black telah menjemput gadis yang bernama Yus ni untuk tampil ke pentas bagi mendendangkan lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain. Lagu ni, tau tau je lah. memang pecah tekak la kalo nak nyanyikan. Maklumlah, pitch tinggi. Dalam ni korang boleh jugde sendirilah performance dieorang erk.